Followers

Wednesday, March 25, 2020

London, United Kingdom part 5(last)

Ok, harap ni last part. Saya combine hari ke-6 dan ke-7 kami di London. Semua jadual perjalanan dan program kami di sini saya susun sendiri je. Lebih fleksibel dan menyeronokkan. Kalau malas boleh tidur. Haha. Tak terikat atau terseksa. Memang matlamat percutian kali ni, nak cuba rasa “hidup di London macam mana”. Ada rezeki, anak-anak nanti boleh belajar di Universiti di sini. Boleh mama visit selalu.



Sedap wey, maggi goreng ni. Maggi goreng ni sesuai setiap masa. PKP sekarang ni pun sesuai. Rasa lazat dia sampai ke tekak. 


 

Sarapan dulu pagi ini seperti kebiasaan kami di sini sebelum keluar. Makan nasi ke, roti ke bubur atau  makanan yang mengenyangkan masak apa sahaja stok yang telah dibawa dari Malaysia. Mereka request nak makan maggi goreng pagi ni.  Dan yang tepi kiri tu, kebab tak habis semalam. Mama panaskan.


Ni stesen keretapi Holloway Road- jika nak ke Stadium Arsenal. 5 minit je jalan kaki dari sini.

Program hari ni nak tengok stadium emirates(Arsenal), ni impian Abah. Dalam perjalanan terjumpa satu universiti ni, LONDON METROPOLITAN UNIVERSITY. 



 Berdekatan dengan stadium Arsenal yang kami tuju. Dari sini nampak dah stadium Arsenal.



Taraaaaa..... inilah dia.

 

Muka abah sorang je excited. Kakak kata "nak tengok apa kat sini?" 😤 dalam kepala diroang Hamleys je.











Dah puas bergambar di Stadium Arsenal impian abah ni, kami sambung jalan-jalan. Kali ini ke Hard Rock Cafe pula.

 

 



 
Sanitiser disediakan di mana-mana untuk pastikan hygiene customer terjaga. Percuma je gais. 

 

Banyak juga shopping di sini. Dalam duk cari Hard Rock rupanya terletak di area Oxford Street Juga. Emm.. apa lagi, budak-budak ni nak ke Hamley’s lagi nak beli drone pula katanya. 

Terus ke Hamleys dan kedai cenderahati area-area sini.

Pergi balik Hamleys.  Lower ground ada dunia Harry potter. 

  


Teka jari mugil siapa... sibuk lah dekya ni dan kakak masing-masing nak buat kuku.

 


Banyak aktiviti kanak-kanak di sini. Tu yang buat budak-budak asyik nak ke sini.

 




 


Selain shopping toys lagi harini, kami shopping souvenir banyak-banyak sampai nak “rebeh bau” . Haha. Masing-masing dah besar ada lah rakan-rakan BFF atau BBUNU serta guru yang disukai, disayangi yang diorang nak bagi.

Seperti biasa sebelum balik, makan malam dulu di kedai Pakdin. 



Malam ni menu: Ikan seabass panggang

 

Mee kari dan terung berlado dan rendang daging


 
On the way balik kami singgah kedai runcit, jumpa keropok ni. Sedap!! 
Day -6 ended. Balik main toys diorang, mandi dan tidur secukupnya.

HARI KE-7: BALIK GAIS. 

Flight kami malam, tapi kami berkemas dari pagi dengan bersenang lenang. Dalam pukul 3, ke airport Heathrow pukul 8.20malam depart ke Malaysia. Transit di Dubai 3 jam. 

 




 







 



 

C u again London! Tak sabar balik Malaysia. Berakhirnya perjalanan 9 hari kami Malaysia-London. 

London Checked in By hasbah Juwaini & family.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature