Percutian ke London ni rancangan last minit je sebenarnya. Bila dapat berita, tiket ke Korea yang December tempoh hari dibatalkan dan mereka refund 100%. Tak tahu nak gantikan destinasi kemana, kami bincang dan buat keputusan ke London jelah, di musim cuti sekolah.
Kami sewa internet dulu di KLIA, sehari RM25. Kalian bolehlah bagitau nak date dari bila sampai bila. Sehari boleh guna 3GB.
Crew Emirates ni asyik nak ambil foto budak-budak ni je. Mama dan abah pun tumpanglah sekaki. Banyak juga toys dapat dari Emirates. Selimut kanak-kanak pun dapat sebagai cenderahati. Pandai ambil hari budak-budak ni. Selain buku warna, sticker dan stoking. 3 beradik ni pun terhibur dan tak buat perangai sepanjang 18 jam perjalanan. Alhamdulillah.
Di antara menu-menu di dalam Emirates Airline.
Lagi foto
Memilih penerbangan Emirates kerana biasa dengan sistem dan airport Dubai(transit) dan makanan dalam flight semua Halal. Penerbangan 14 jam nak tempuh bersama anak-anak lagi-lagi si Adelia ni tak tahulah macam mana. Harap ada banyak makanan boleh makan, dia tak bosan. Banyak juga hikmah memilih Emirates ni, nanti saya cerita. Hehe.
Di antara penerbangan yang saya survey ketika itu:
1. Penerbangan terus Malaysia-London 12 jam dengan Malaysia Airline
2. KLM dutch airline 11 jam transit Armsterdam + 1 jam ke London
3. QATAR airways transit Doha 15-18 jam
4. Emirates airways 18 jam transit Dubai
5. Cathay Airlines 18 -24 jam transit Hong Kong
Harga tiket semuanya lebih kurang je. Saya rasa Emirates paling ok, sebab 7 jam sampai Dubai, transit 3 jam boleh mandi, pergo toilet dan 7 jam lagi ke London. Dia tengah-tengah.
Foto pertama menjejakkan kaki ke luar airport Heathrow, London. Sebenarnya sejuk giler.
Muka bangun tidur masing-masing. Seorang je ceria dengan lolipopnya kemana-mana.
Sampai di Airport Heathrow, kami ambil teksi je. Dari airport terminal 3 ke Paddington: £65
mengambil masa 30 minit. Kalau convert RM dalam RM300 lebih
VIEW DALAM PERJALANAN KE TEMPAT PENGINAPAN KAMI
NAK TENGOK TAK KEADAAN RUMAH YANG KAMI DIAMI .....
Yeay, dah sampai pun. Teksi ni nampak kecil tapi muat 6 bagasi kami ni. Teksi berhenti betul-betul di hadapan apartment 2 bilik yang kami bakal menginap selama seminggu. Rumah ni saya booked di AirBnb. Sehari RM600. Seminggu dalam RM4000 lebih. Ada rumah yang lebih murah 100 lebih-200 lebih sehari, mungkin lokasi nya jauh sedikit daripada kota London. Kami tinggal di area tengah bandar, iaitu “Paddington” boleh jalan kaki saja ke mana-mana tempat terkenal di London.
Train station Paddington (train bawah tanah dan train utama cuma jalan kaki 5 minit dari rumah). Sangat mudah nak kemana-mana. Untuk lokasi rumah ini, saya bagi 10/10. Restoran halal berdekatan juga banyak termasuk KFC halal, restoran rakyat Malaysia, Labenon, Turki dan lain-lain yang halal.
Wow! Sebijik macam rumah-rumah london dalam tv. Haha. Kami diberikan pasacode untuk mengambil kunci ketika check in. Tak jumpa pun pemilik rumah.
Tak susah nak buka kotak kunci ni. Janji tahu code nya.
Tandas dia cantik. Sama macam hotel.
Ruang tamu yang sangat selesa untuk kami berlima
Abang Aniq & Dekya Berlari-lari membelek harta benda yang ada di dalam rumah.
Lengkap semuanya keperluan memasak. Semua excited tolong mama kemas makanan sebagai misi memulakan percutian ala-ala lepak di rumah sendiri di London.
Ruang makan yang cantik sambil tengok view luar rumah.. weather London masa ni, di antara 8-13 darjah celcius. Sejuk lah kalau 8 tu. Kalau 12-13 sedap-sedap je.
So hari pertama kami ambil keputusan nak rehat je. Sampai di sini masih pagi 11 lebih. Nak jaga kesihatan. Haha. Tidur mencukupi dan qada tidur yang tak sempurna di dalam flight. Perjalanan yang memakan masa 18 jam. Huh! Tengah tambah impian 2020, nak kerja kuat lagi next travel ke mana-mana kena naik business class. 🤪 bolehla tidur dalam bilik masing-masing kan?
Bila dah petang, kami semua macam segar. Hehe. Jadi kami semua ambil keputusan nak jalan-jalan di kawasan sekitar sambil beli air-air manis nak isi dalam peti ais.
Inilah nama jalan rumah yang kami diami.
Berdekatan rumah kami ni, banyak je kedai-kedai groceries keperluan harian dan ada jual daging halal lagi. Kedai orang arab. Memandangkan bekalan makanan kami dah banyak, tak fikir beli lagi. Nanti berlebihan pula stok makanan.
HARI KEDUA: KAMI MULA EXPLORE LONDON
Mata masih mengantuk sebab mata, masih mata Malaysia. Jam london 8 jam terkebelakang Malaysia. Contohnya, di Malaysia pukul 10 malam, London baru pukul 2 petang. Sepanjang jalan ni Adelia macam tidur je. Lenguhla tangan mama ni. Sesekali dia bangun, tidur lagi.
Kami ambil keputusan untuk naik bas Hop On Hop Off pass untuk 3 hari kesemua tempat-tempat utama di London. Boleh naik turun ikut keselesaan 24 jam.. Pakej ini diberi sekali percuma “cruise” melalui London Bridge. Harganya: £140 = RM776.13 sekeluarga. Adelia percuma.
Keadaan bas ni sangat London okey! Haha. Open air.
Sejuk sebenarnya. Kami pakai long-john berkualiti tinggi di dalam. Haha. Jadi tak perlu lah pakai tebal-tebal berlapis-lapis baju. Beli kat shoppee murah tapi selesa dan sedap giler. Tak payahla beli universal traveller semua tu. Pendapat saya sebab kami ada juga long john keluaran UT dan Uniqlo. Semua ni harga je mahal, tapi tak berfungsi. Sakit hati ketika memakai.
View London Sangat memukau mata, saya tak edit. Semua ni gambar direct dari Iphone sahaja.
Kami singgah di starbuck minum kopi untuk panaskan badan dan beri semangat kepada mata yang kelipop-kelipop. Jetlag gais. Rasa nak tidur. siang di London, malam di Malaysia.
Ini adalah view Sungai Thame. Sungai terpanjang di England dan Kedua terpanjang di United Kingdom.
Ini adalah London Eye.
Kelihatan banyak taman-taman(park) di sekitar bandar London.yang paling popular adalah Hyde Park, 7 minit sahaja jarak berjalan kaki dari rumah penginapan kami.
Di belakang ini adalah The Shard, bangunan tertinggi di London. 95 tingkat dan direka oleh pereka dari Italy juga dikenali bangunan kaca.
Dekya tidur je all the way. Mama rasa lenguh lengan-lengan ni.
Street di London
singapulah- sebuah restoran singaporean
Dari kejauhan boleh nampak “London Bridge”
Bas ni 2 tingkat. Lepas dah sejuk melampau, kami pindah ke bahagian dalam. Ada sedikit berbumbung. Taklah kesejukan sangat.
Pandangan Hampton Court Palace.
Trafalgar Square, London.
Kesimpulannya, kita akan lalu semua tempat menarik di London jika kita menaiki bas Hop on Hop Off ni. Kalau rasa nam turun, jalan-jalan, shopping, ambil gambar boleh je. Setiap 15 minit bas akan lalu. Banyak trip bas mengikut laluan: biru/violet/merah dan hijau. Download apps Big Bus Tour di handphone anda, susun lah perjalanan anda nak kemana pada hari tersebut.
NAK MAKAN APA HARI INI?
Ketika membeli tiket bas, terjumpa orang arab dia bagitahu kami ada KFC berdekatan rumah kami menginap. Jadi sebelum anak-anak mula meragam lapar dan penat, kami akan balik rumah dan makan dulu apa mereka nak. Hari ini mereka request KFC.
Sedikit berbeza daripada menu KFC tempatan. Tak crispy macam KFC kita tapi sejuk-sejuk makan ayam goreng panas tetap nikmat.
Ayam goreng, fries dan tenders.
Penutup hari ke-2 dengan OOTD mama ok.
LONDON checked in by Hasbah Juwaini & Family
No comments:
Post a Comment