Followers

Monday, March 23, 2020

London, United Kingdom part 2

Hari ke-3 di London.

Kebiasaan pukul 10 pagi ke baru kami keluar rumah supaya tak bertembung dengan orang pergi kerja dan sesak di stesen keretapi. Kami makan nasi dulu, nasi bRahim. Breakfast kenyang-kenyang baru bersiap keluar. Hari-hari mama masak tau. Selalu cheftri kan. Visa Chef tri tak lulus. Jadi tak ada rezeki cheftri nak ikut serta trip London kali ini.





 


Semua mood tak sabar dah pergi jumpa Shrek, fihes dan London Eye, 4d movie dan cruise merentasi London Bridge.



Ini stesen bas tempat tunggu. Tunggu je, dslam 15-20 minit ada bas lalu. Bas hop on hop off yang kitorang dah beli pass untuk 3 hari tu. Hehe. 


Dah sampai. Tak jauh pun perjalanan. Semuanya dekat-dekat sahaja cuma kalau jalan kaki boleh patah kaki. Sebelum patah, naiklah bas okey. 

Weather hari ini best! 12 degrees. Suam jer. Paling penting jalan dengan family ni, anak-anak kena comfort. Kalau tak sepanjang masa mereka buat perangai. Kalau boleu senyum dan berlari riang tu, bahagia lah tu maknanya. Mereka kan jujur.

Dari Paddington kami tukar laluan bas di Hyde Park. Kami nak ke tempat-tempat kids interesting places sahaja hari ini. Beli jiwa orang kata. Hehe


Dekya: Adelia Delysha

Kakak: Alysha Dania

guggi bukan gucci atau giggi- toksahla belek sangat tulisan tu. guggi tu ups sikit daripada gucci. Haha


Abang Aniq Hazley
Dah sampai pun. Inilah dia tempat pertama yang wajib dikunjungi: iaitu SHREK’s ADVENTURE

Muka tak sabar! 

 

 Dalam Shrek’s tour ni tak boleh ambil gambar. Kat luar boleh . Banyak aktiviti menarik sepanjang adventure ini. Terutama untuk kanak-kanak seperti: sleeping beauty dan pelbagai kareter disney yang lain.











 



 Keluar dari Shrek’s Tour dengan lolipop untuk dekya! Pantang nampak ais krim dan lolipop uh!! Sejuk-sejuk pun nak ais krim dia ni makan sikit mama yang dipaksa menghabiskannya.

Bersebelahan Shrek’s Adventure ada satu lagi tempat menarik perlu dikunjungi bila ada anak-anak. Aquaria. Tiket dia agak mahal, tetapi kalau dah kira dalam budget bolehlah. Kami beli tiket pakej 3 in 1: Shrek, Aquaria dan London Eye dan termasuk 4D cinema £190 = RM1500






Mari mama betulkan abah. Hahaha. Pic ni diambil oleh Fotografer fofuler: Dekya.



Ada banyak indoor games yang boleh budak-budak ni main menjadikan lama kami kat dalam tu. Penat kaki aih.




 

Anniversary mama dan abah sebenarnya minggu ni. Semoga menjadi moments mania untuk family kecil ini.




Lebih kurang macam Aquaria, KLCC malaysia. 



Sini di antara yang berbeza sedikit. Ada “live penguine” . Berenang-renang, melompat dan berjalan. Comel-comel belaka macam gayanya duduk di Antartika.


Seterusnya, hari pun dah nak petang, kami terus ke London Eye. Semua tempat ini berdekatan sahaja, keluar pintu masuk pintu. Eloklah kalau nak pergi tu masukkan dalam itinerary waktu yang sama berturut-turut.

 

 

Penat dah berjalan-jalan dalam Aquaria dan Shrek tadi, rasa nak duduKlah sekejap sebelum naik London Eye Melihat view London dari atas pula. Banyak pula merpati jinak di sini, berkeliaran menunggu makanan. Semua biskut munchy’s dalam beg abah dijadikan umpan menarik merpati . Tak sahla ke London kalau tak bagi makan merpati kan? Hahahahha. #poyo 

 



 

Dekya ni memang behave jika kemana-mana. Tak banyak ragam, paling teruk nak dukung je. Haha. Jadi nak senang kami bawak stroller ke mana-mana. Penuh merpati di sini. Sibuk dekya, kakak dan abang Aniq beri makan kepada merpati. 

 
Di belakang kami tulah London Eye. Rupa dia sama macam Malaysia eye satu masa dulu yang diletakkan di Tasik Titiwangsa. Mana pergi dah benda alah tu ye?



Ini semua pemandangan dari atas London Eye. Setiap kali orang keluar, pekerja akan sanitise semua tempat duduk dan besi-besi pemegang di dalam cube elevator ini.



Satu gerabak tu untuk satu keluarga tapi tak tahu macam mana ada mat saleh belakang tu terjoin gerabak kami. Takde geng kot. Haha.























Berdepan London eye ada satu kedai roti hot dog halal. Roti pun halal. Satu roti harganya £6 = RM32 ringgit. Beli seorang satu, sebab semua dah sangat lapar. Setakat biskut dalam beg abah tu, tak rasa apa masuk perut. Tapi Mahal nak mampuih kan? Tapi ok lah, kami jarang makan di luar. Sesekali jumpa makanan halal, kami akan beli untuk menikmatinya. Apa nikmat berjalan kalau tak rasa makanannya kan? 






Roti sosej dan mustard sauce. Seketui RM30. Hehe. Telan jela. Sos cili memang tak wujud di negara-negara eropah ni. Kalau ada pun sos tomato. 

 


Hari dah petang, kami pun kena  balik ke sarang. Masing-masing dah kepenatan dan mengantuk. Saya rasa ni macam tower of london. Bus stop hop on hop off terdekat adalah di sini. Dekat tugu singa ni. Senang nak ingat kan? Landmark dia. 

Memandangkan perut lapar lagi, kami decide makan malam berdekatan rumah di restoran Halal Labenese. Makan lamb chop. Yeay... mama tengok orang upload steak menate, huh menggoda betul.


Inilah lamb chop tu! Sedap giler.


 
Abah dan aniq makan nasi. Dekya tak ingatlag makan apa, tapi  berselera makan tau.

Kakak minum maggo lassi saya rasa. Memang manggo fresh dibelend gitew je. Sedap


Kekenyangan betul kami hari ini sampai mengantuk gais. Total harga makanan ni lebih kurang RM300-350. Memang makan di luar kalau convert mahal. £60 lebih. Alhamdulillah sedap dan kenyang. Mengantuk giler gais! 

London checked in by Hasbah Juwaini & Family.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature