Followers

Sunday, September 2, 2018

takaful #masihadaharapan

#masihadaharapan

saya kecewa bila tengok caruman takaful yang mahal dan makin mahal. saya dah lama simpan impian memiliki sekurang-kurangnya 1 akaun takaful kerana di zaman serba hutang ini TAKAFUL menjadi keperluan asas, tapi bila tahu carumannya:


"SAYA RASA TIDAK MAMPU"


  1. semak semua exsiting clients yang hibah: tak sampai RM100,000 offer kepada mereka dahulu
  2. ajen yang belum ramai clients: share kebaikan hibah takaful dengan semua adik beradik, kawan-kawan, ibu bapa dan kita sendiri 
kita kena jelas dulu apa itu hibah takaful:
- harta yang ingin ditinggalkan kepada orang tersayang bila kita tiada nanti
- Harta duit cash! bukan harta beku spt rumah/kereta dll dan tiada hutang. senang nak digunakan dan dituntut 
- tuntut dengan GREAT EASTERN TAKAFUL


APA BEZA HIBAH TAKAFUL VS HIBAH DUIT TUNAI DI BANK? 
-terangkan gambarajah ini kepada klien.cara tuntutannya dan tempoh masa untuk tuntutan (tengok gambarajah)


selain drp murah, untuk mencipta Rm 500 ribu yang pertama dalam hidup...permohonannya terhad. jadi perlu apply cepat!

terang balik 1 per satu perbezaan simpan 500,000 dengan usaha keras ikat perut berbanding carum di takaful utk dapatkan RM500,000.


urus duit perlu ilmu


kat mana nak tuntut atau proses tuntutan?
- takaful: isi borang takaful dan sijil mati hantar ke GE takaful jika masih ada agent, mintak agent uruskan berbanding di bank: perlu minta kelulusan mahkamah dahulu yang memakan masa
- cara pembahagian hibah takaful adalah HIBAH terus kepada penama, yang tidak boleh dipertikai oleh ahli keluarga. berbanding cash di bank Rm500,000 dibekukan perlu dibahagi mengikut pembahagian yg ditetapkan oleh faraid
- proses hibahbtakaful pantas : seawal 14 hari...berbanding melalui mahkamah memakan masa sampai bertahun atau paling awal (6 bulan)

siapa yang boleh memohon?

tanya 6 soalan ini kepada clients (family/kawan yang nak apply)
  1. merokok atau tidak merokok tak kisah boleh apply (beza harga sahaja)
  2. orang yang bebas drp sebarang rawatan dan tidak perlu sebarang rawatan sekarang drp hospital/doktor kecuali ubat sesema
  3. orang yang tak pernah disahkan sakit-sakit berikut; sakit jantung/sakit dada, kolesterol tinggi, angin ahmar(strok), darah tinggi, kencing manis, kanser, ketumbuhan(tumor), penyakit hati(hepatitis), HIV , AIDS, penyakit melibatkan otak atau saraf, penyakit mata & terlinga, tiroid(leher), paru-paru dan saluran pernafasan, usus, pundi kencing, tulang belakang, sendi, sistem imuniti, penyakit darah, penyakit keturunan, atau penyakit sejak dilahirkan, masalah mental, penagih dadah atau peminum arak tegar. 
  4. tak prnah masuk hospital(warded) dalam masa 2 tahun kebelakang (2016-2018) kecuali bersalin.
  5. orang yang tak pernah ditolak permohonan atau ada pengecualian coverage ketika memohon takaful walapun dengan syarikat lain
  6. tak bankrupt
6 ni saja soalan yang perlu ditanya kepada pemohon!!

soalan lain?
  • umur yang boleh apply; baby 30 hari lepas lahir - 70 tahun
  • ada saving tak selain hibah? TAKDE
  • tamat polisi: umur pencarum 80 tahun
  • cara bayar: bulanan atau setahun terus pun boleh
  • mahal sangat 500,000 hibah, nak 100k boleh? BOLEH (itu minimum)
  • harga; refer jadual modul 6 alfalah takaful advsiors

HIBAH DIA DAPAT BERAPA?
- ada 4 kategori. hibah mmg duit tunai yang dapat kat family kalau pencarum meninggal
- meninggal sebab apa, jumlah yang dapat tu berbeza



satu: meninggal di malaysia sbb selain kemalangan; sbb jantung ke apa je; dapat 100%
dua: meninggal di malaysia sbb kemalangan : dapat 200%
ketiga: meninggal di malaysia kemalangan dalam kenderaan awam: dapat 300%
keempat: meninggal di luar malaysia tak kisah sebab apa : dapat 400%

untuk TPD: tak kisah punca dan dimana-mana: 100% cash payout tidak berganda.


GM hasbah juwaini
#alfalah takaful advisors
2.9.2018






Friday, August 31, 2018

TAKAFUL; bagaimana menarik minat pelanggan?

Menarik minat ini bukan sahaja kepada produk takaful tapi juga apa sahaja produk atau bisnes yang kita jalankan. atau lebih tepat cara memasarkan.

produk dalam bisnes ada 2 jenis; 

Tangible(boleh nampak) vs Intangible(tak boleh nampak:TAKAFUL, ilmu, kepandaian, wasiat, hibah)

setiap perniagaan perlukan kedai! bezanya, Di zaman alam maya ini kedai kita boleh dibuka secara MAYA. online. jadikan facebook, instagram, blog dan medium-medium online ini kedai kita dengan sewa zero tapi berkesan!! hari-hari promote , buat sales di kedai kita..apa saja cara supaya orang datang kedai kita.

kalau rasa susah nak jaga banyak; BUKA SATU JE KEDAI ONLINE iaitu 'facebook'. setiap kali buka facebook, ingat ni kedai takaful kita. selagi tak post hari tu bermakna 


"KEDAI BELUM DIBUKA" 

sama juga bila buka kedai, post benda lain, jual bedak promote ubat gigi kedai sebelah atau letak gambar kasut(tak kena mengena dengan produk kita). cara tak betul! 1st promote dulu produk kita. macam restoran, buka je letak menu dan ditambah 1 menu special setiap hari yang berbeza. di takaful kongsi setiap hari info-info berbeza atau dengan cara penulisan yang berbeza manfaat takaful. Baru orang tahu.


jangan dalam satu kedai, jual kasut, jual kek, jual ubat gigi -CERCA MERBA! fokus satu sahaja produk di facebook (kedai utama kita). setiap post relatekan dengan takaful sehari berkali-kali post sebab kedai kita lagi lama buka (24jam) lagi ramai pelanggan.

buat kedai kita sehingga:


  1. dicakap-cakap oleh ramai orang dan tahu kita takaful advisor , tempat rujukan, disebut-sebut dan dikenali sebagai PEMBEKAL TAKAFUL. bermula buat sampai ahli keluarga kecik-besar semua tahu kita buat takaful, dikalangan kawan-kawan serata ceruk perasan kita PEMBEKAL TAKAFUL dan selepasnya akan datang orang-orang yang tidak dikenali selepas banyak recommendation daripada orang-orang sekeliling kita yang telah menjadi clients. BESARNYA KUASA CAKAP CAKAP NI (mulut ke mulut) melalui facebook. kalau orang yang refer tak mampu nak mencarum, tapi orang yang dia refer beli dengan kita.


2. Minta klien yang berpuas hati/dah apply takaful dengan kita  dan happy dengan servis kita komen yang baik-baik tentang servis kita di wall @ facebook komen.. mudahkan uruskan permohonan, kalau ada rekod claim/GL hospital client kita , yang kita tolong uruskan terus share. untuk yakinkan pelanggan baru. yakin kita advisor yang bagus, knowledgable dan boleh tolong mereka ketika memerlukan.



vs 



3. terangkan di kedai kita setiap saat/masa tentang PENINGKATAN NILAI HIDUP BILA MEMILIKI PRODUK KITA. contoh: macam mana boleh berjimat dengan memiliki medical card? terangkan manfaat yang pelanggan dapat. anggap orang tak tahu langsung tentang apa yang kita sedang jual. sebab kesilapan kita peniaga adalah, menganggap orang tahu sendiri maklumat produk kita. kalau nak, dia datang, kalau taknak tak payah cakap apa pun tetap tak nak. ni kita yang assume bukan realiti.



4. SHARE PENGALAMAN CLIENTS: a/b/c yang telah memohon takaful dengan kita. ada yang bermasalah, ada yang mudah, ada yang tak dapat, ada yang kena reject, ada yang kena pergi medical check up. supaya penceriataan dan setiap iklan kita (post) kita di kedai kita iaitu facebook menarik setiap hari.



5. TAWARKAN "reward' atau hadiah yang kita mampu dan tidak beban, kepada client yang sudi refer kita kepada kawan-kawan mereka atau orang sekeliling mereka.

6. Buat iklan promotion yang menarik setiap hari di kedai maya kita. contoh:
'pernah kena reject dengan syarikat takaful tapi teringin nak ada satu akaun dengan takaful. dalam tempoh terhad, GET tawarkan hibah gerenti lulus kepada yang pernah kena reject oleh takaful" - berikan produk ameen. iklankan yang betul dan jangan sesekali menipu. tapi CLICHE. buat promosi dan tawaran setiap hari yang menarik!


7. BERIKAN # yang menarik perhatian. contoh: #hibahchallange atau buat #thebesttakafuladvisorhasbahjuwaini #askme #takafulwithhasbah apa-apa yang menarik.  kita yang kena kreatif menarik pelanggan dan kena usaha macam buka kedai bila takde pelanggan apa kita buat? terus main handphone atau sambung tidur? atau 'BANGKIT USAHA LAGI" bangun edar flyers, boost fbads buat aktiviti berkaitan takaful bukan terus membawang, mengeluh, tinggalkan dan buat kerja lain dgn harapan sorang yang kita approach semalam contact bagi jawapan nak apply.




"9/10 REZEKI MEMANG DATANG DRP PERNIAGAAN, TAPI 9/10 CABARAN DATANG DRP PERNIAGAAN' kalau orang yang berjaya harini kita lihat sangat berjaya, dia telah kuat usaha majukan kedai nya 5 tahun sebelum kita buka kedai. hariini kedainya dikenali dan menjadi pusat tumpuan. 

jom buat harini. ingat "facebook kita adalah kedai takaful kita. kalau malu nak buka kedai, baik jangan berniaga atau berimpian nak jadi ahli perniagaan yang hebat dan berjaya"

-hasbah juwaini-
GM TAKAFUL
team: AlFalah takaful advisors 

"kami besar dan advisor kami merata 1 malaysia"
come and join us
together we go far

Thursday, August 30, 2018

saya baru berjinak di great eastern takaful

PLAN DI GREAT EASTERN TAKAFUL ADA 9:

 to date: 30.8.2018

untuk advsior yang baru, fokus kepada 3 produk sahaja 
  1. Damai: (plan medical yang lengkap)
  2. Mega: (khas untuk MLTT rumah/income protection /hibah tinggi dan sakit kritikal yang return tinggi)
  3. Medimax : Plan perubatan asas yang paling murah 
nak jadi advisor yang berjaya, FOKUS kepada 3 ini dahulu. tak perlu tunggu tahu semua baru nak bermula. lets start with plan damai.

PLAN DAMAI


medical card - cashless card


siapa yang sesuai untuk dikongsi?
- keluarga yang pendapatan isi keluarga > RM5000 sebulan (max:suami +isteri + max: 2 anak)
(10% daripada jumlah pendapatan keluarga) 
- individu (single): gaji >RM 2500 sebulan (10% drp carum di takaful)
- ada beberapa pakej yang telah kita sediakan : ada medical card/pilihan bilik dan limit/sedikit hibah/ simpanan dan elaun wad.
(PILIHAN PAKEJ REFER MODUL 6 ALFALAH TAKAFUL ADVISORS)

kalau yang tak mahu medical card?
-juga sesuai kerana manfaat hibah dalam damai boleh diclaim sehingga berumur 99 tahun dan tidak terlalu mahal bermula min RM 100 sahaja. ada simpanan sekali 
-simpanan yang boleh dikeluarkan bila-bila masa 
- tinggalkan min  RM1000 Je dalam akaun untuk terus aktif. setiap pengeluaran simpanan tidak mengurangkan amount hibah

Apa plak HIBAH?
hibah tu harta! yang kita nak tinggalkan kepada keluarga. cara lama sebelum adanya takaful, kebanyakkan keluarga kaya atau sederhana cuba menabung sedaya upaya untuk banyakkan duit dalam bank supaya ada sedikit untuk keluarga bila kita meninggal. selain harta rumah/kereta dan lain-lain. BEZANYA: duit ini perlu difaraidkan (pembahagian ikut bahagian yg ditetapkan dan perlu melalui mahkamah yang memakan masa). HIBAH TAKAFUL- proses 14 hari terus masuk ke akaun penama yang kita telah letak di dalam buku sijil. HIBAH=maksudnya hadiah

apa lagi faedah dalam damai?
- badal haji
-simpanan 
-elaun sakit kritikal
-khairiat kematian rm2000 percuma
-khidmat tunda kereta percuma dan roadside repair percuma
- servis negara (pay & claim) kos perubatan, penghantaran pulang jika melancong perlukan bantuan kecemasan dan pesawat perubatan khas
-manfaat harian jika mc sebab kemalangan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
plan seterusnya: MEGA

hibah + cash value yang tinggi untuk yang hidup (duit tunai) yang mati (hibah)


Dengan siapa kita nak kongsi?

orang pendapatan sederhana - affluent!yang berpendapatan > RM6000 isi rumah. sarankan mencarum10% drp pendapatan mereka sebulan. buat coverage 10x ganda pendapatan tahunan mereka dan orang yang dah ada medical card. sebab investment belum tentu mampu bayar doktor yang sekali mintak RM100,000++ bila kita sakit. so medical 1st. lepas tu bopleh fikir invest & hibah.
orang kaya: biasa hutang banyak. rumah pun mahal > Rm500,000. mega ni fokus kepada protection tinggi dari RM250,000- jutaan (unlimited). coverage : sehingga 30 tahun atau max umur: 70 tahun. 

Bagusnya plan mega ni, tempoh bayaran pendek! boleh pilih 10 atau 20 tahun sahaja dan berikutnya percuma tapi hibah dan coverage TPD selama 30 tahun. dalam jangka masa ini, kebanyakan kita masih bekerja dan perlukan income protection 10 tahun dan sebarang keadaan yang menyebabkan kita hilang punca pendapatan kerana masalah kesihatan, kita ada sejumlah TUNAI untuk meneruskan kehidupan dan membayar komitmen yang ada. 

apa jadi pada caruman bulanan?

andaikata umur 70 kita tak meninggal dan juga cacat kekal, jumlah cash yang kita dapat balik 3x ganda caruman yang kita dah carum 10 tahun lalu. Kalau taknak tunggu 30 tahun, duit investment kita daam akaun boleh je diambil bila-bila masa. tinggalkan min: RM1000. tetapi setiap pengeluaran tunai, mengurangkan nilai hibah. (sum at risk)

kesimpulan, plan mega ni tak rugi sesen pun duit caruma kita cuma caruman bulanan dia agak tinggi. tapi berbaloi untuk pulangan balik yang lebih banyak. boleh jadi:
 
apa lagi yang ada di dalam mega?
- tabung kecemasan kita bila perlukan cash 
-tabung HIBAH utk keluarga jika kita meninggal bila-bila masa
- cash value(pulangan) yang tinggi kita boleh digunakan untuk settlekan awal hutang rumah/kereta/personal loan kita atau top up modal perniagaan
- juga ada khairiat kematian

kalau saya nak 1 juta hibah , berapa saya kena carum 10 tahun pertama?
rujuk advisors kami (AlFalah Takaful Advisors modul 6)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PLAN MEDIMEX



plan perubatan paling murah memenuhi keperluan. ada 3 pilihan bilik :150/200/300
dengan had yang TIADA LIMIT penggunaan seumur hidup.

siapa paling sesuai?
keluarga yang berpendapatan


harganya berapa?
(refer jadual modul 6 alfalah takaful advisors). 5% diskaun untuk permohonan ahli keluarga.



ada tak elaun, khairiat kematian, simpanan dan lain-lain selain medical card?
TIADA. semata-mata kad perubatan untuk pembayaran bil hospital .


PENERANGAN MUDAH DRP:



GM HASBAH
AGENSI HASBAH BINTI JUWAINI
AlFalah Takaful Advisors
012-6260742




Tuesday, February 13, 2018

Tempat perlu pergi, merapi mount, JOGJA

Salam..sambung cerita semalam jom! belum habih cerita JOGJA saya dah check in hospital Coloumbia pulak arini...tapi bukan saya tak sihat, anak yang paling kecil 7 bulan tak sihat. demam + cirit birit berdarah (disentri).

Hari ke-2 kami di Jogja, pagi-pagi lepas breakfast kami terus ke gunung merapi. Gunung merapi tu tempat tinggalan gunung berapi. dinamakan "SISA HARTAKU". nak naik gunung tu kena naik jeep..besttt!! tak pernah naik hokey..jom posing dl sblm naik jeep yang menggegarkan seluruh urat-urat. jalan berbatu kerikil...

 plate jee kami: AB 1759 B 

once in a blue moon ok gak indoor activities ni..mencabar! 

jeep kami warna merah

ni dah sampai separuh. berhenti tengok tinggalan barang-barang yang kena larva masa tahun 2010 dulu. ada melibtakan kematian juga..dalam SISA HARTAKU ni banyak barang-barang tinggalan. jadi muzium; radio, tv, katil, barang-barang rumah dll.


belakang tu pun jugak ye. tu bukan rumah hantuuuu okeyyy..

rupa jeep yang kitorang tunggangi...hehehhe. 1 jeep naik 4 orang

ni puncak kedua ada batu alien. batu-batu yang terbentuk dr larva

post team wajib! inilah kenangan hari-hari tua nanti.SAHABAT...

pic ni paling sukaaaaaa....."berani tak?"

'u jump i jump"

angin memang kuat! dah nak sampai puncak gunung...lagi setengah perjalanan.


ni permukaan berbatu-batu puncak gunung..pemandangan sangat cantik

pic wajib : lompat sana sini. nasib baik naik..jangan sedepuk ke bawah sudah


bekas kawah: BUNKER





tadah telinga dengan bebelan: BOSS


 sampai bawah terus pergi makan.sedapnyaaa lapar sangat!!


ok, jom kita ke CANDI BOROBUDUR. Pemandangan dari candi ni sangat menarik! dan cantik...








malamnya kami ke malioboro street. tapi tak ada gambar...sebab sesak. so tak beli sangat..tengok-tengok je sampai lenguh tapak kaki..hehehe

jumpa lagi next day.esok lagi cantik dan penuh memori..

Sunday, February 11, 2018

Tempat menarik di Yogyakarta (Jogjakarta)

salam semua....satu impian saya dulu nak jelajah semua tempat di dunia semampu yang mmapu. Kali ini saya kongsikan JOGJA. Untuk yang sukakan scenery, aktiviti luar yang rare dan melihat ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.

"DAY 1 - LUNCH, HOTEL, DINNER"

Flight kami awal tau..8.25 am. so kami kena standby kat airport 2 jam awal. tapi pukul 4 pagi dah kena berkumpul di KLIA. Mengantuk sangat....



sampai di airport JOGJA dalam 3 jam. beza masa di sana dan kita sejam je. Airport jogja pun kecik je. paling seram dalam dunia, diorang guna scanner "ANJING" hidup. takut gilerrrrrr!!!!!

with beloved team #ALFALAH 


Adisutjipto International Airport 

business trip aka honeymoon sekali...

Sampai sana kami terus pergi makan. restoran ni cantik. nama dia 
"OMAH DHUWUR". Makanan sedap-sedap air je takleh terima tekak..hehe jom tengok air apa. tapi saya memang tgh diet ahakkksss,....xnak minum air manis. so ok je! mmg nak minum air kosong je...

 ni kan??? air cabai ...special at jogja only.tapiii....ehhehe



ni sedap ala-ala banana split! ada ice cream + pisang bawah dia

 ni bukan bird park tau! ni mmg kawasan dalam umoh dhuwur tu je..

1 pic  with GETB Asst vice Pres : en amry


"JANGAN TANYA BERAPA HARGANYA- KAMI MAKAN SEMUA NI PERCUMA. GETB yang tanggung...all free of charge. saya memang tak ambil tahu langsung bayaran sebab dah mmg tau FREE. Termasuklah tiket kapal terbang, makan, hotel, transportation segalaaanyaaaaa.. bawak badan je. sebab tu terlajak enjoy ke JOGJA. hampir semua trip saya tulis dlm blog percuma kecuali ada few je yang saya bawak keluarga tu, saya pergi sendiri"

bawah ni pic nak fefiling model sikit walaupun tak mandi...mandi pagi pukul 3 pagi sebelaum ke airport pagi tadi....


nampak tak happy tak terkata "kenyang perut senang hati"

sebelah restoran ni,ada satu kilang buat barang-barang daripada silver. ada barang perhiasan rumah, jewellaries, macam-macam original silver. baru tau, silver ni ada benang dia rupanya...

cantik kan? tapi mahal sangat...ada yang sampai RM1k ++ malaysia.kalau minat mungkin ok. saya mmg tak pakai jewellaries.

memang cantik-cantik

ishh.. tiba-tiba macam gergasi. angle tak ok!! sapa amik pic ni??? (emmmh)

berkira..hehhe convert rupiah to RM hahahha..siap pakai calculator kiki.

mata pun dah menikmati silver yang berkilau-kilau, rasa nak pejam pun ada sebab ngantuk. Jom balik hotel...tak sabar nak terbongkang atas katil...nama hotel ni 
"INNSIDE HOTEL"

 hehehe.. gambar toilet dulu. mana tau nak upgrade toilet leh tiru design termasuklah cara gantung towels okeyy...
ni model kaku! suruh pusing pun taknak...ni bilik dia!

ada salak, limau, pisang...tempe semua sedap! salak tu manis.ni mcm welcome drinks hehhe. best lagi semua dalam peti ais dan semua makanan dlm bilik ni "complimentary" boleh makan tanpa extra charge. bagus kan...

model lelaki dah nak senyum sikit..

dia dah start pose dah! tu welcome notes and congratulation notes utk kitorang dari Great Eastern Takaful berhad. kalau p sendiri ada?? memang takde lah kan...selalu jadi VVIP dia oversea sebab rombingan yang ramai. dalam flight pun pilot welcome us GETB group sbb 1/2-2/3 daripada passengers

ni lah buah salak.orang-orang kampung suka salak ni...yeke?dulu ada kawan orang key el, buah salak pun xkenal dan tak makan...saya suka je! manis...kalau muda sangat kelat. bersepah buah salak di JOGJA.

ok,kami rehat 3 jam lebih,fuh best! sempat membutaaa.... pukul 6 baru kena berkumpul untuk pergi dinner. "GALA DINNER GETB" combine dengan group 1. kitorang group 2. total saya rasa ada kot 300 orang. jom tidur dulu...

pukul 5.30 ptg baru bangun..dan bersiap! dinner kami tak pakai dress pun.pakai tshirt free dari GETB utk seragam. senang kan! malam ni dinner di...

meriah dah di lobi....sebelum berangkat

jarang-jarang jumpa walaupun satu company. sesekali berjumpa di event-event company macam ni lah....memang penuh memori.

tak pernah tak meriah...#alhamdulillah best dinner ni

sate kambing favourite! sedap sangat..

jus avocad! sedap...

ada persembahan tradisi jogja! seram hakak...macam nak lari dia datang dekat..ohhhh nooo..

bersemuttt tak?? #acahacahromatik yang pasti adelia takde adik dah ye..

dengan kawan-kawan seperjuangan. champion rookie advisor 2016: kak suhaila

pic tukang tarik beca.


dah jom balik....sambung tidur...

bye untuk hari pertama. kita jumpa pada hari esok day 2 at JOGJA ke gunung berapi! fuh lagi best.. padat dengan aktiviti.penuh pengalaman mengujakan yang tak pernah dilakukan sebelum ni..

JUMPA ESOK SAYANG-SAYANG SEMUA...HAPPY READING. LETS ENJOY JOGJA! destinasi harus pergi...:)


hasbah juwaini
#ajentakafulpergitravel pusing dunia...
012-6260742
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature