Followers

Monday, October 2, 2017

ISU VIRAL: APAKEBENDA LA HIBAH HIBAH HIBAH NI....

nak tau lebih pasal HIBAH? kebelakangan ini, topik Hibah ni menjadi viral merata-rata. sebagai seorang yang sentiasa UP TO DATE, mestilah KITA kena ambil tahu kan? baru senang nak bergosip dalam pantry! ketika kenduri kendara...

Intro hibah: apakah definisi HIBAH sebenarnya?

Pengertian Hibah adalah pemberian atau HADIAH IKHLAS yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pembagiannya biasanya dilakukan pada waktu penghibah masih hidup. Biasanya pemberian-pemberian tersebut tidak boleh dipertikai oleh keluarga yang tidak menerima pemberian itu, oleh kerana pada dasarnya seseorang pemilik harta kekayaan berhak dan bebas untuk memberikan harta bendanya kepada sesiapapun.
sumber:http://www.pengertianpakar.com/2014/11/pengertian-hibah-menurut-hukum-islam.html

hibah = hadiah

 kenapa HADIAH ini jadi viral sangat?? 

Kerana hadiah ini benilai BILLIONs ringgit yang tidak dituntut. Proses untuk menuntut harta ini sangat memerlukan komitmen dan melibatkan banyak pihak untuk diselesaikan jika tidak dihibahkan ketika masih hidup.Alang-alang nak tinggalkan harta kepada keluarga dengan niat meringankan bebanan kewangan yang ditanggung atau untuk disumbangkan kepada badan amal, tinggalkanlah dalam keadaan yang sangat mudah untuk DITERIMA.

Pandai kerja kuat, pandai kumpul HARTA tapi gagal urus harta! 

ada beberapa badan urus harta pusaka yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan (macam cendawan inoki celup tepung) yang ada di Malaysia tapi kos untuk membuka file HIBAH agak mahal dan ramai tidak mampu. kos bulanan dan permulaan yang tinggi. ramai ada harta, tapi bukan cair (wang tunai) tapi BEKU (rumah/kereta/tanah/bangunan dan aset-aset lain)

Sebaik sahaja berlaku kematian, semua harta, wang ringgit akan DIBEKUKAN(freeze) serta merta! Jika tidak dihibahkan perlu melalui proses-proses tuntutan harta melalui mahkamah yang memakan masa KADANG-KADANG SETAHUN selalunya bertahun-tahun.

APA AKAN BERLAKU KEPADA TANGGUNGAN YANG DITINGGALKAN? TERFIKIR TAK....

RUMAH YANG DIDIAMI KELUARGA TERSAYANG BERKONGSI PINJAMAN TETAPI DIBAYAR SORANG-SORANG (YG MENINGGAL TADI) JADI PERCUMA TAKAFUL COVER LOAN SEPARUH JELA..SEPARUH LAGI KENA BAYAR
DUIT BELANJA ANAK-ANAK SEKOLAH/UNIVERSITI
DUIT DAPUR DI RUMAH
BAYARAN BULANAN KERETA YANG DIGUNAKAN KELUARGA

 
kalau sayang dan ambil berat tentang orang-orang yang kita sayang, sediakan HIBAH

kenapa tiba-tiba HIBAH takaful menjadi POPULAR?
ni lagilah menjadi persoalan kan?adakah ajen-ajen takaful cuba mengambil kesempatan? atau salah guna isu-isu viral?

JAWAPAN: DISEBABKAN RAMAI YANG TAHU HIBAH PENTING, TAPI NAK DAFTAR FILE HIBAH KE ATAS HARTA LAIN KOSNYA MAHAL, JALAN TERPATAS ADALAH 
HIBAH TAKAFUL PERCUMA!

Tak semua, tapi ada syarikat takaful yang mendapat pengiktirafan HIBAH utk pampasan daripada sijil takaful yang dimiliki peserta yang menyertainya kerana?

PAMPASAN KEMATIAN DI DALAM SIJIL TAKAFUL TETAP DAN FIXED(TIDAK BERUBAH MENGIKUT INTEREST @ DIVIDEN)

harta yang akan cair dulu selepas kematian adalah HIBAH pampasan dari TAKAFUL. cuma kena hantar dokumen sijil mati dan beberapa helai borang dapatlah DUIT kepada penama hibah yang diletakkan ketika pemilik sijil masih hidup.

ihsan pic: facebook GM jamilah, great eastern takaful berhad




bukan cerita dongeng atau SKIM tidak berdaftar tetapi institusi kewangan berdaftar dan sah

SEKARANG, nampak tak apa beza hibah di takaful berbanding tempat-tempat lain! TAKAFUL aset yang paling berharga (mahal) kalau yang ambil RM1 juta/ 2 juta/ RM500,000 mengalahkan nilai rumah yang kita miliki.

proses tuntutan mudah dan cepat! sangat memenuhi muamalat islam dalam menguruskan duit ringgit(kewangan). Keluarga kita dijamin kewangannya, dilindungi kewangan yang kukuh dan selamat. 

SOALAN: KALAU SYARIKAT TAKAFUL TU BUNGKUS?
great eastern takaful berhad dilindungi PIDM dan sepenuhya mendapat kelulusan dan dikawal oleh BANK NEGARA MALAYSIA. terjaminn kannn??



berminat buka hibah takaful bermula RM500,000 up to RM 2 juta?
wasep HASBAH JUWAINI
012-6260742 
yang berdekatan ALOR SETAR- boleh jumpa JUMAAT ini
yang diluar alor setar: dont hesitate to what app @call:
 012-6260742
012-6260742
NOW !!!


Friday, August 11, 2017

cara mengurangkan hutang kad kredit dan berminda lapang!

kredit kad membawa bahana atau kebaikan

Berhati-hati dengan hutang kerana:

"SETIAP KALI KITA BERHUTANG, KITA MENJADI PEKERJA KEPADA WANG MEREKA"

Kelulusan akademik hanya diperlukan di sekolah dan universiti tapi bukan pihak BANK. Pihak bank tidak melihat laporan akademik kita dengan mengira berapa bilangan A yang kita dapat, tetapi Laporan Kewangan kita berapa bagus kita menguruskan hutang yang kita ada sebelum memberi kelulusan kewangan rumah, kereta, perniagaan dan keperluan lain. Ramai golongan bijak pandai dan profesional yang cemerlang akademik sepanjang hidup, staright A's students tak mampu membeli rumah selesa, kereta idaman dan hidup dalam nazak kewangan sepanjang usia sehingga akhir hayat. Menjadi hamba kepada duit terkpaksa bekerja untuk duit demi  meneruskan kelangsungan hidup dan tidak mampu menjadikan DUIT pula bekerja untuk kita dalam mana-mana fasa kehidupan pun.

SEBELUM KITA MENJADI MANGSA SETERUSNYA BAIKI LAPORAN KEWANGAN ANDA!

tujuan menjaga laporan kewangan kita mampu:
  1. Menjadi lebih kaya
  2. Memiliki kereta mahal yang baru bukan TERPAKAI
  3. Meningkatkan taraf hidup berkadar dgn fasa kehidupan (peningakatan komitmen tidak menurunkan taraf kehidupan) cth; makin bertambah anak,makin tidak cukup duit dan makin pening kepala sana sini kena potong(astro, turunkan installment kereta, menyekat simpanan bulanan atau terpaksa overtime setiap hari)
Berapa ramai orang bijak urus kewangan " menikmati kehidupan percuma dan inilah perkara terbaik yang perlu dinikmati"


KEPADA PEMEGANG KAD KREDIT mungkin kurang menggembirakan jika saya katakan, Kad kredit bukan aset tetapi LIABILITI (hutang yang tidak bagus) tapi tidak bermakna perlu dihapuskan. 

"yang bertunggak bakinya, sila ikuti tips ini dahulu sebelum menggunakan tips-tips yang akan saya kongsikan dalam menghasilkan lebih banyak wang dari kredit kad"


Tips selesaikan hutang kad kredit:


  1. Jika ada lebih daripada beberapa kad, simpan 1 je dalam dompet & tinggalkan kad-kad yang lain di rumah di tempat yang selamat!cth:almari solek bilik tidur sendiri atau peti simpanan berkunci. kad yang dalam dompet, setiap kali guna terus bayar @ bertukar ke debit kad mulai hari ini TUJUAN: JANGAN TERUS GALI LUBANG YANG MAKIN DALAM
  2. Sedaya upaya selesaikan satu persatu tunggakan kredit kad. EG: kad A,sebelum ini hanya bayar minimum kan? semakin celik kewangan, anda perlu tambah RM 100-200 tambahan setiap bulan bayaran. teknik ini memakan masa mungkin berbulan atau beberapa tahun! Jika tidak sanggup lakukan ini, impian anda untuk bebas kewangan hanya tinggal angan-angan.
  3. Kad-kad kredit yang lain  teruskan membayar minimum.
  4. Selesai kad A, ulang langkah yang sama untuk kad B, kad C. (jika ada lebih drp satu kad sehingga semuanya selesai). Jika masih menggunakan kad A, sambil menyelesaikan kad-kad yang lain, setiap kali menggunakan kad A, terus buat bayaran penuh! ingat "jangan gali lagi lubang selagi lubang yang lain belum kambus"

ketika sedang mengalami "pening kepala" dengan hutang kad kredit anda perlu ubah tabiat berbelanja:
  • membayar dengan menggunakan TUNAI/kad debit mulai hari ini
  • berhenti tabiat membeli dengan tidak dirancang. Delete apps : LAZADA, ZALORA,FASHIONVALET dan online-online store daripada handphone. nak rekod laporan kewangan bagus, kena kuat berusaha seperti zaman universiti/sekolah kita stay up buat ulangkaji pelajaran sebab nak SCORE A dalam peperiksaan.
  • Berubah sementara ke barangan keperluan yang lebih jimat cermat: beras siam(RM60 utk 10kg) kepada beras biasa(RM30 utk 10kg) dan barangan dapur yang lebih murah (belian borong) atau berhenti makan di luar sementara waktu. Masak steak sendiri di rumah daripada makan steak di restoran MENATE atau TONY ROMA's
  • Jika perlukan ubat-ubatan, selalunya beli kat farmasi je (panadol dll), sekarang bertukar ke hospital kerajaan dahulu. Tunggu lama sakit tak apa daripada habis duit sebab lebih murah atau ada yang FREE je.
  • Mula berjinak-jinak cari pendapatan sampingan (bisnes online atau jual masakan sendiri di tempat kerja atau menjadi AJEN/dropship kepada mana-mana syarikat dgn syarat tidak mengeluarkan modal yang banyak)
  • Mula menggunakan teknik PIZZA 4 slices: 60%, 30%, 10% dan 10% utk berbelanja. cecah sahaja % dalam potongan pizza ini, tak payah fikir lagi nak makan ais krim magnum atau nak beli kerepek pisang di 7-eleven.(tahan dulu sebelum boleh beli sekampit kerepek tanpa berfikir best kan?)
  • Semak semua polisi takaful/insuran yang ada- tutup mana tidak perlu atau terlebih carum (tapi perubatan dan asas perlu ya hibah, elaun sakit kritikal) TAKAFUL PERLU DI SAAT KITA TIADA DUIT LEBIH. jangan sampai terjatuh ditimpa tangga. kesilapan ramai orang, komitmen paras telinga stop semua polisi takaful. Bersedialah jika terjatuh, tertimpa lagi bangunan 50 tingkat (kena HEMPAP).
  • Lupakan dulu nak upgrade handphone walaupun MAxis offer zerolution(tak payah bayar upfront tapi komitmen bulanan meningkat)
kuasa menukar kad kredit menjadi bermanfaat


  1. Menjadikan modal berniaga tapi pastikan cepat-cepat mencari customers dalam masa sebelum habis 21 hari(nak elak bunga/interest). contoh: membuat perniagaan online pre-order. minta bayaran deposit sahaja daripada pembeli yang berminat. selepas cukup order beli dengan kredit kad, apabila barang dihantar minta mereka bayar penuh. cepat-cepat selesaikan hutang kad kredit. Keuntungan perniagaan menjadi milik kita tanpa MODAL
  2. Ada rumah yang terbiar, jadikan ianya berharga (homestay atau jadikan rumah sewa), naikkan value rumah dengan membeli perabot (murah-murah je) jadikan dia cantik, sewakan. kutip deposit dah lepas cover hutang kad kredit dan keuntungan menyewa dikutip setiap bulan dalam masa berpanjangan





Friday, February 10, 2017

CARA NAK BUAT BISNES DENGAN MOOD GEMBIRA

salam semua haiii....berapa ramai yang menjalankan bisnes sekarang tapi...tapi...tapi...





  • serabutlah dengan perjalanan  bisnes tu
  • kalau ada pilihan nak blah tukar bidang lain
  • dah lama buat masih tak happy sebab banyak sangat cabaran bertubi-tubi macam kena penumbuk setiap hari
  • muka pun rasa cepat tua dari usia sebab stress






Kalau usia anda masih muda, sangat berbaloi cuba sesuatu perniagaan dari sekarang. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. tapi jika usia anda telah melebihi 55, lebih baik anda bersedia untuk pencen dan melakukan apa saja yang disukai dengan kemampuan yang ada. Bisnes bukan sesuatu yang mudah untuk kekal. Ada yang hebat di permulaannya, tapi gagal ditengah-tengahnya atau lagi sedih tumbang di hujungnya. Banyak pengorbanan, kesakitan, kepayahan dan kekuatan diperlukan ketika 10 tahun  terawal. Menjalankan perniagaan melibatkan "consultation" bukan terlalu mudah, bukan terlalu sukar. Tapi hati kena "CEKAL" dan terus "ISTIQAMAH" dlm usaha. Bagaimana saya mampu bertahan sehingga hari ini 6 tahun dalam perniagaan perundingan kewangan patuh shariah ini? sehingga berjaya ke tahap ini...satu saja tips  "MENJADIKAN SESUATU YANG PAYAH ITU BIASA DAN MENCARI GEMBIRA DALAM APA SEKALIPUN CABARAN"

jom tengok tips jalankan perniagaan dan cara cipta gembira ketika menjalankannnya......





pertama!! buat bisnes tak boleh seorang diri (lone ranger). letih tau! lama-lama kita macam tak ada semangat yang berkobar-kobar macam mula-mula nak mulakannya. Semangat manusia ni ada masa turun dan naik. ada masa macam nak terbang sampai bintang, ada masa macam nak tidur setahun. Betul tak? sebab tu pentingnya "team". team ni plak bukan team cerca merba, bukan lagi bersemangat rasa nak left dari what app group team yang tidak sesuai. Semua benda diorang nak promote! jenuhla nak membeli. habis tu product kita tak jugak kembang-kembang. Kuat sembang post-post topik parabola (cerca merba) sangat! jika anda menjalankan perniagaan consultation pastikan team yang hari-hari kita communicate tu dari bidang yang 100% sama! contoh takaful. group yang menemukan ajen-ajen takaful yang berkongsi masalah yang sama dan cerita yang difahami. baru bermanfaat sesama kita utk anjakan paradigma. kalau anda jual kosmetik, bergaul aktif dengan peniaga-peniaga kosmetik sahaja untuk bertukar pengalaman, ilmu dan pendapat. kalau bisnes makanan, bergaul dengan tauke-tauke produk makanan je! kalau group-group lain tu untuk silaturrahim je bukan untuk bincang bisnes. Cari motivasi sesama team members yang betul dan sebidang. okeyyy....rasakan perubahan ini! yang macam nak tidur setahun pun tiba-tiba macam taknak tidur 10 tahun, nak kerja dan nak buat strategi yang dibincangkan.





Kedua !! kawal topik perbincangan dalam group. ada yang kata "admin kaki kontrol" ..kihkih. kritikan membina itu biasa. Jangan gila kuasa sangat admin. cuma bila nampak keluar topik, yang lain jangan komen atau sambung. kadang-kadang siap bersembang 2 orang topik nth hapa-hapa. baik lah p chat 2 orang je. Kalau tengok macam takde gaya nak berhenti tu, admin paste satu kata-kata motivasi tentang kejayaan, usaha ke, doa ke...yang berkaitan perniagaan konon-konon nak sharing. Nanti 2 lagi tu diamlah. Jangan bebankan team members yang lain yang busy berniaga, buka-buka what app ada 555 notifications. Bila scroll, cerita pasal drama pukul 10 malam slot akasia. lama kelamaan setiap info dalam group tersebut tidak dibaca walaupun info penting. MAKLUMAT DAN MOTIVASI TAK SAMPAI. mula hilang minat untuk berkomunikasi. Admin kena pastikan group tersebut, proaktif dan efektif untuk info dan motivasi perniagaan yang kita jalankan.





Ketiga!! Bangun  pagi post dulu quotes, kata-kata hikmah, motivasi supaya yang sedang tidur atau takde idea nak mulakan hari tu, rasa bersemangat! Lakukannya setiap pagi..





Keempat !! jangan tunjuk ketua sangat! sorang je boleh post apa-apa saja macam dia super hero...nanti semua team members pm tepi.hihii...group yang dibuat tu tak ada orang nak masuk. jadi admin kena kawal diri jugak, hati, emosi kena jujur dan ikhlas. Baik tu datang dari kita dulu...bila kita mula ikhlas, orang lain perlahan-lahan ikhlas dengan kita. Walaupun akan ada jugak satu dua orang yang perangai "malaun" tu. memang menyampah, tapi sabar je! percaya kalau baik yang kita hulurkan lambat laung baik jugak yang kembali. JANGAN GILA KUASA marah-marah dalam team mentang-metanglah senior sikit dalam bisnes tersebut, rasa hebat sangat...tak boleh! kena hormati sesama team members. Biar menjadi medan pertempuran ideas, aktviti dan sama-sama dpt benefits daripada perbincangan tersebut, Sapa nak mulakan topik hot tu dahulu, biarkan perbincangan berlangsung. kalau kita tahu, kita mencelah sama seperti orang-orang biasa yang lain tak payah tunjuk terer sangat kalau topik yang kita tidak arif janji topik tersebut berkaitan bisnes yang sedang kita jalankan. bear in mind "buat group bukan nak tunjuk HERO"


ikhlas...
hasbah juwaini
#thebesttakafuladvisorhasbahjuwaini
#motivatorhasbah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature