Hari ke-4 di London: SHOPPING di Oxford Street, London.
Oxford street ni best! Kami ke sini menaiki train bawah tanah iaitu Bakerloo line(warna coklat) dari stesen Paddington. Satu tips, untuk kalian yang suka hotel, lokasi terbaik adalah Hilton hotel, Paddington betul-betul berhadapan stesen keretapi ini. Kami pada mulanya keliru juga nak beli “kad oyster” seperti kad touch n go kita atau tidak. Tapi Lecehnya nak top up.
Disebabkan kitorang berlengah-lengah sikit hari ini, lambat pulak keluar dari rumah. Sedar-sedar dah tengahari. Waktu begini, ramai orang di stesen keretapi. Kami ambil keputusan pakai mask.
Sambung cerita kad “oyster” kami tak beli pun. Pekerja di stesen keretapi bagitahu, kalau ada kad touch apa-apa sahaja macam visa/master juga boleh digunakan. Jadi kami cuba activate debit card maybank melalui online banking. Dan touch! Wow boleh gais... so settle masalah kami. Tak payah lah beli kad oyster tu. Buang masa. Pakai kad debit korang je! Maybank atau apa saja bank je pastikan activate luar negara. Boleh buat online di website. Tak payah call.
Tak tahulah tindakan memakai mask ni betul atau salah. Di luar negara terutama UK, mask hanya dipakai oleh orang sakit dan bukan untuk orang yang sihat. Sehingga kami diinterview wartawan survey tentang COVID-19 dan pemakaian mask.
Untuk saya yang sedikit paranoid, memang saya paksa semua anak-anak pakai mask. Ketika di tempat awam contohnya train. Walaupun hakikatnya kami keluar bukan waktu orang keluar kerja, train kami naik kosong je! Bahagia giler. “Social distancing”. Di UK masih berjalan aktiviti seperti biasa. Cuma mereka kempen “stay at home” untuk kurangkan perebalan wabak covid-19 yang sedang menyerang satu dunia ketika ini.
Dah masuk kedai-kedai boleh la buka mask ni. Huh! Rasa ada udara segar. Haha. Kedai pertama yang kami nampak keluar sahaja daripada bawah tanah tu, adalah kedai H&M. Ni jenama kegemaran kakak dan abang Aniq. Jadi bolehlah mereka shopping baju raya.
Tak kurag juga Adelia. Ligat mencari barang keperluannya.
Di bawah ini, gambar abah bersama bangunan “MICROSOFT”.
Orang komputer, wajiblah ambil gambar kenangan katanya.
DESTINASI SHOPPING PERTAMA: HAMLEY’s kedai mainan 7 tingkat dan terbesar di dunia.
Ok, jom tengok apa yang ada di dalam Hamley’s ni
Table Hockey Set. Ni kami beli standby nak balik main kat malaysia nanti. Indoor game.
Inilah dia Paddington bear.
Jarang jumpa lego jual cedok pakai senduk kan? Kat sini boleh ceduk, timbang.
Banyak juga aktiviti untuk kanak-kanak di dalam ni. Rangka promosi setiap department, cuba je tak beli pun takpe. Kalau suka, baru beli. Mereka sangat terbuka.
Dekya, round sorang-sorang tak ingat mama dah! Fokus nak cari toys yang nak dibeli.
Dah dapat toys yang dicari, semua nak balik! Heloo... senang betul jadi kanak-kanak ni, kan. Sebab tak sabar nak main sebenarnya. Tahu sangat perangai sorang-sorang tu.
Sambil jalan meuju stesen keretapi bawah tanah, mata tak berhenti melihat kiri kanan. Mana-mana outlet yang ada sales tu kami beli. Janji harganya betul-betul murah daripada Malaysia. Kalau harga yang sama di Malaysia, tak belilah. Beg kosong pun dah tak ada. Tak payah nak susahkan diri. Kann??
Mama memang tertarik dengan handbag je. Lain-lain takde nafsu. Hahaha
Selesai!
Ok, masing-masing dah ada barang bolehlah kita balik rumah ye! Sebelum sampai rumah kami singgah makan nasi dulu di restoran halal berdekatan rumah
Hari ini makan seabass grill. Sekoq sorang! Kenyang.
Ok, boleh balik.
London Checked In by Hasbah Juwaini & family.
No comments:
Post a Comment