Ada yang genuine ada jugak yang scam sampai dah tak tahu nak pilih yang mana. Cara promosi semuanya sama je gaya. Betul tak? Saya juga seperti anda, dah penat baca post-post suruh simpan ni. Tapi sebab terjebak sebagai financial advisor ni...tanpa sedar saya mampu MENYIMPAN RUPANYA!!!! bila check akaun a, b, c, d,e..... dalam tak ada tak ada duit ni, banyak jugak duit di sana sini. kalau kumpul semua tu syok jugaklah. rasa nak menari. Tapi setiap simpanan tu ada keperluan dan perancangan tersendiri dan kami paksa diri kami untuk TUTUP MATA seolah-olah ianya TIADA.
Saya ada ASB juga. Asb tanpa sedar tak berkembang-kembang...emm sedih betul asyik ambil bila nak beli rumah, buat down payment kereta dan ada je kegunaan yang tak dapat nak dielakkan. Macam malas nak tengok buku ASB sebab tak menggemok! bukan salah ASB tak bagi dividen, salah sendiri asyik keluarkan je. Bila ada lebih masukkan lagi....
Saya ada satu akaun bank yang tidak ada KAD ATM juga konon-konon supaya boleh buat simpanan kecemasan. Bila dapat gaji je setiap bulan terus transfer ke situ untuk simpanan yang besar sikit dan senang jugak nak keluarkan melalui buku cheque. lambat sikit la nak kelarkan sebab susah. tetapi...bila nak bayar kos pengambilan maid yang memakan kos yang agak besar, terambil juga. Emm....bila tak keluar-tak keluar...sekali keluar...menyusut banyak betul.Akhirnya diantara yang saya perasan tidak langsung berusik adalah DUIT DI AKAUN TAKAFUL. Kami sekeluarga ada banyak akaun takaful: setiap anak dah tentu sorang satu akaun kad perubatan beserta simpanan (RM200-245 seorang setiap bulan), ada satu lagi akaun khas yang dibuka untuk pendidikan sahaja (RM110 sebulan), akaun personal medical card (RM375 sebulan), income protection setengah juta (RM300 sebulan), suami ada 2 akaun(satu pelaburan RM150 sebulan dan akaun kad perubatan RMxxx) . saya juga mencarum kad perubatan untuk ibu bapa saya (sebulan lebih RM500) dan plan haji umrah untuk mereka serta hibah ....banyak nya plan takaful kami rupanya....
tak terkira jumlahnya : tetiba rasa nak kira lebih RM2000 sebulan. semuanya tolak terus dari kad bank kami. so memang tak perasan berapa exact amount sebulan. rupanya lagi banyak faham tentang takaful lagi OBSeS!! kepentingannya....sampai saya pernah suarakan kepada suami:
"kenapa orang lain boleh tenang tak ada medical card?" - suami jawab "ada hospital kerajaan""aa kan..betul tu. tapi kalau ada yang kena bayar-bayar tu amik duit mana?" - suami jawab "tak mahal""oo okeh..kalau tak selesa, tunggu lama?" - suami jawab "janji dapat rawatan, sekarang makin selesa, facilities makin bagus"'okeh...surrender!" .....saya OBSES rupanya, bila anak-anak atau diri sendiri tak sihat,terus nampak KPJ, Coloumbia atau private hospital, terus tengok MEDICAL CARD je....aktif ke tak!! sebab tak tau nak kemana kalau hospital umum. klinik ke hospital. kalau p tengah-tengah malam sebab demam je, demam suhu tinggi kena marah tak?? tunggu lama tak? kepala ni fikir macam-macam...
Kalau ke coloumbia/KPJ terus mereka assist dengan pantas. sebab kalau kat coloumbia seremban ni atau KPJ lengang je malam-malam. takde orang sangat. sampai-sampai terus disambut dan buat procedure dan berjumpa doktor. tapi masa nak bayar, mahal sangat tak sampai 1 jam pun proses rawatan dah kena bayar lebih RM200. kadang-kadang 500 ringgit. kalau berulang-ulang macam ni parah jugak poket. selalunya amik pendekatan kalau dah demam lebih 3 hari mintak masuk wad jelah nak pakai kad perubatan takaful. tak payah bayar bil.
'RASA MACAM SGT PERLU KAD PERUBATAN UNTUK KELUARGA YANG BERSERTA SIMPANAN'
tepuk dada tanya selera...
012-6260742 (hasbah juwaini)
No comments:
Post a Comment