Followers

Friday, February 10, 2017

CARA NAK BUAT BISNES DENGAN MOOD GEMBIRA

salam semua haiii....berapa ramai yang menjalankan bisnes sekarang tapi...tapi...tapi...





  • serabutlah dengan perjalanan  bisnes tu
  • kalau ada pilihan nak blah tukar bidang lain
  • dah lama buat masih tak happy sebab banyak sangat cabaran bertubi-tubi macam kena penumbuk setiap hari
  • muka pun rasa cepat tua dari usia sebab stress






Kalau usia anda masih muda, sangat berbaloi cuba sesuatu perniagaan dari sekarang. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. tapi jika usia anda telah melebihi 55, lebih baik anda bersedia untuk pencen dan melakukan apa saja yang disukai dengan kemampuan yang ada. Bisnes bukan sesuatu yang mudah untuk kekal. Ada yang hebat di permulaannya, tapi gagal ditengah-tengahnya atau lagi sedih tumbang di hujungnya. Banyak pengorbanan, kesakitan, kepayahan dan kekuatan diperlukan ketika 10 tahun  terawal. Menjalankan perniagaan melibatkan "consultation" bukan terlalu mudah, bukan terlalu sukar. Tapi hati kena "CEKAL" dan terus "ISTIQAMAH" dlm usaha. Bagaimana saya mampu bertahan sehingga hari ini 6 tahun dalam perniagaan perundingan kewangan patuh shariah ini? sehingga berjaya ke tahap ini...satu saja tips  "MENJADIKAN SESUATU YANG PAYAH ITU BIASA DAN MENCARI GEMBIRA DALAM APA SEKALIPUN CABARAN"

jom tengok tips jalankan perniagaan dan cara cipta gembira ketika menjalankannnya......





pertama!! buat bisnes tak boleh seorang diri (lone ranger). letih tau! lama-lama kita macam tak ada semangat yang berkobar-kobar macam mula-mula nak mulakannya. Semangat manusia ni ada masa turun dan naik. ada masa macam nak terbang sampai bintang, ada masa macam nak tidur setahun. Betul tak? sebab tu pentingnya "team". team ni plak bukan team cerca merba, bukan lagi bersemangat rasa nak left dari what app group team yang tidak sesuai. Semua benda diorang nak promote! jenuhla nak membeli. habis tu product kita tak jugak kembang-kembang. Kuat sembang post-post topik parabola (cerca merba) sangat! jika anda menjalankan perniagaan consultation pastikan team yang hari-hari kita communicate tu dari bidang yang 100% sama! contoh takaful. group yang menemukan ajen-ajen takaful yang berkongsi masalah yang sama dan cerita yang difahami. baru bermanfaat sesama kita utk anjakan paradigma. kalau anda jual kosmetik, bergaul aktif dengan peniaga-peniaga kosmetik sahaja untuk bertukar pengalaman, ilmu dan pendapat. kalau bisnes makanan, bergaul dengan tauke-tauke produk makanan je! kalau group-group lain tu untuk silaturrahim je bukan untuk bincang bisnes. Cari motivasi sesama team members yang betul dan sebidang. okeyyy....rasakan perubahan ini! yang macam nak tidur setahun pun tiba-tiba macam taknak tidur 10 tahun, nak kerja dan nak buat strategi yang dibincangkan.





Kedua !! kawal topik perbincangan dalam group. ada yang kata "admin kaki kontrol" ..kihkih. kritikan membina itu biasa. Jangan gila kuasa sangat admin. cuma bila nampak keluar topik, yang lain jangan komen atau sambung. kadang-kadang siap bersembang 2 orang topik nth hapa-hapa. baik lah p chat 2 orang je. Kalau tengok macam takde gaya nak berhenti tu, admin paste satu kata-kata motivasi tentang kejayaan, usaha ke, doa ke...yang berkaitan perniagaan konon-konon nak sharing. Nanti 2 lagi tu diamlah. Jangan bebankan team members yang lain yang busy berniaga, buka-buka what app ada 555 notifications. Bila scroll, cerita pasal drama pukul 10 malam slot akasia. lama kelamaan setiap info dalam group tersebut tidak dibaca walaupun info penting. MAKLUMAT DAN MOTIVASI TAK SAMPAI. mula hilang minat untuk berkomunikasi. Admin kena pastikan group tersebut, proaktif dan efektif untuk info dan motivasi perniagaan yang kita jalankan.





Ketiga!! Bangun  pagi post dulu quotes, kata-kata hikmah, motivasi supaya yang sedang tidur atau takde idea nak mulakan hari tu, rasa bersemangat! Lakukannya setiap pagi..





Keempat !! jangan tunjuk ketua sangat! sorang je boleh post apa-apa saja macam dia super hero...nanti semua team members pm tepi.hihii...group yang dibuat tu tak ada orang nak masuk. jadi admin kena kawal diri jugak, hati, emosi kena jujur dan ikhlas. Baik tu datang dari kita dulu...bila kita mula ikhlas, orang lain perlahan-lahan ikhlas dengan kita. Walaupun akan ada jugak satu dua orang yang perangai "malaun" tu. memang menyampah, tapi sabar je! percaya kalau baik yang kita hulurkan lambat laung baik jugak yang kembali. JANGAN GILA KUASA marah-marah dalam team mentang-metanglah senior sikit dalam bisnes tersebut, rasa hebat sangat...tak boleh! kena hormati sesama team members. Biar menjadi medan pertempuran ideas, aktviti dan sama-sama dpt benefits daripada perbincangan tersebut, Sapa nak mulakan topik hot tu dahulu, biarkan perbincangan berlangsung. kalau kita tahu, kita mencelah sama seperti orang-orang biasa yang lain tak payah tunjuk terer sangat kalau topik yang kita tidak arif janji topik tersebut berkaitan bisnes yang sedang kita jalankan. bear in mind "buat group bukan nak tunjuk HERO"


ikhlas...
hasbah juwaini
#thebesttakafuladvisorhasbahjuwaini
#motivatorhasbah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature