Followers

Tuesday, December 23, 2014

Ombak besar dalam perniagaan..

salam semua...dah lama tak menulis. last posted october bermakna sebulan lebih tak menaip blog!!(lamanya meninggalkan diary digital ku ini)..

nak bercoleteh dan memberi motivasi fenomena OMBAK BESAR dalam perniagaan....merujuk kpd

"CABARAN DAN RINTANGAN DALAM PERNIAGAAN"

Makin lama berkecimpung sejak umur 22 tahun  sehingga sekarang mencecah 30 tahun (8 tahun) taklah 10 tahun lagi kan...heheh..kalau baru lahir tu dah masuk darjah 2...rasa dugaan makin kuat dalam bisnes tapi sekuat dugaan itu melahirkan seorang manusia yang KUAT juga...tapi of kos KUAT lagi kekuasaan Allah swt yang tiada tandingan....

wanita besi..

kadang-kadang terfikir kenapa wanita ini bila bercakap/menyampaikan ceramah sangat bermotivasi dan agak keras...mungkin kerana kekentalan jiwanya mengharungi cabaran di dalam perniagaan di masa lampau sebelum betul-betul berjaya ke tahap hari ini...

apa pun cabaran yang kita tempuh, kunci untuk kita berjaya adalah keupayaan kita untuk bangkit kembali ...

saya selalu memikirkan ini.....juga. "no doubt!"

Bila diuji dengan gelombang...fikirkan ...
1. Inilah dunia usahawan yang sebenar! hanya manjadi usahawan impian anda mampu dicapai satu persatu straight to the point "dunia untuk menjadi jutawan BERMULA.."..bermakna anda berada di dalam dunia yang betul...sejajar dengan impian anda.

Berterima kasih 
utk perkara-perkara BURUK
 yang berlaku dalam hidup anda 
kerana kejadian-kejadian ini 
mampu membuka mata kita kepada perkara yang baik
 yang kita mungkin TIDAK PERASAN sebelum ini...
(menjadi lebih mengharagi sesuatu)

Yakin!! selepas sesuatu "kesusahan" akan datangnya "kesenangan" oh yeahh!!...
yang suka mendatangkan kesusahan kepada kita siap sedia menanti "kesusahan plak lepas tu " 
(hahah takutkan mereka). jangan takut kepada kejahatan...kerana yang melakukan kejahatan pun akan menerima kejahatannya kembali ..yang redha dengan kejahatan yang dilemparkan...kepadanya akan datang kesenangan selepasnya....so stay SABAR...ok!buktinya??

bukti petikan dari kutbah terakhir Rasulullah saw.
kita yakin dengan pegangan agama kita , kita sandarkan kepada agama segala-galanya kerana agama memberi kita "sebuah ketenangan" yang tidak dapat di tempat lain...walaupun dengan DUIT yang berbillions...

kepada semua usahawan di luar sana/ yang sedang membaca blog saya ini:

TIPS MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA

 
Bila terasa gegarnya jantung kerana ujian dalam perniagaan mungkin manusia lain (kawan-kawan seperniagaan, customer, keluarga, pembekal atau sesiapa sahaja..) BERMAKNA anda sedang berada di dalam medan perjuangan yang betul "bidang keusahawanan" bidang kekayaan yang perlu dibayar dengan sebuah pengorbanan menghadapi cabaran dan getir. bidang yang anda ceburi adalah BETUL!!kalau rasa tak pernah "tergegar" kena recheck many times..takut salah bidang. patutlah tak kaya-kaya...hii..kalau ada "gegaran" maknanya betul..


hakikat bidang "keusahawanan" penuh dengan 

HASAD DENGKI
IRI HATI
JELES
BERSAING SENGIT
KEPURA-PURAAN KAWAN
HIPOKRIT
PENIPUAN DIMANA-MANA
AMBIL KESEMPATAN 
MUSUH DALAM SELIMUT
GUNTING DALAM LIPATAN

semuanya ada di dunia perniagaan..sebab tu perlu bijak menilai permata vs kaca dalam berkawan! Never give 100% trust to your friends 

Kadang-kadang memang terasa penat melakukan kebaikan tapi dibalas dengan kejahatan! 
stay cool...keep calm!
"keep do good things...and good will come to u!".jangan penat melakukan kebaikan memberikan 
KEIKHLASAN
 yang tanpa henti...kerana dari kebaikan dan keihlasan yang kita bagi ni akan lahirnya sebuah
KETENANGAN!!
yang tidsk msmpu diperolehi di tempat lain..

SELAMAT BERJUANG BANGSAKU...dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi! jangan takut dengan persaingan, jangan tunduk kepada kelompok yang suka "ambil kesempatan" terhadap kita..
berani dengan pendirian sendiri...kerana keberanian PENDIRIAN LAHIRNYA SEORANG TOKOH ANAK MELAYU YANG DIKENALI DUNIA KERANA KETEGASANNYA...iaitu:

Tun Dr. Mahathir Mohamad


yang disegani dunia..dan semua bangsa! kerana kebijaksanaan dan kepimpinan. sedangkan ketika pemerintahannya, setiap ketegasannya dipertikai, dihina, dikritik...tapi hasilnya 

SEBUAH KEJAYAAN YANG LUAR BIASA
ANAK MELAYU YANG LUAR BIASA!

siapa kata bangsa melayu gagal dalam berfikir?
tegas dengan pendirian yang kita putuskan...
banyakkan membaca dan ambil serius setiap ilmu dan bidang kepakaran lain juga..

ALL THE BEST KEPADA SEMUA USAHAWAN MELAYU!! go go go....

Tuesday, October 28, 2014

motivation: di mana ibu bapa kita?


sumber cerita: http://wanfauzi.com/al-kisah-sepohon-pokok-rambutan/

Pada satu masa dahulu, terdapat satu pokok rambutan yang besar yang berbuah sepanjang tahun. Seorang budak kecil bernama "DIA" datang bermain di tepinya setiap hari.


DIA memanjat pokok itu, memakan buah rambutan dan ada kalanya tidur di bawah pokok rambutan tersebut...


DIA amat menyukai pokok tersebut, dan pokok tersebut juga amat menyukai DIA.
Setelah beberapa tahun, satu hari DIA datang dengan muka bersedih.


“Jom, main dengan saya,” kata pokok tersebut kepada DIA.
“Saya bukan budak lagi. Saya tak main di tepi pokok lagi,” kata DIA.
“Saya perlukan permainan. Dan saya perlukan duit untuk membelinya.”


Pokok tersebut tidak ingin melihat DIA tidak bermaya dan sedih maka berkata, 
“Maaf, tapi saya tidak ada duit, tapi DIA boleh ambil semua buah rambutan saya dan jual. Macam itu, DIA dapatlah duit.”

DIA sangat gembira dengan tawaran pokok dan mengambil kesemua buahnya dan beredar dari pokok tersebut dengan senyuman besar.
DIA tidak pulang menjenguk pokok setelah mengambil buah rambutan. Pokok tersebut sangat sedih.


Tetiba satu hari, DIA kembali, DIA kini sudah dewasa dan pokok amat teruja.

“Jom, main dengan saya,” kata pokok tersebut kepada DIA.
“Saya tiada masa untuk main. Saya perlu bekerja untuk keluarga. Saya perlu rumah. Boleh pokok bantu saya?” kata DIA.
“Maaf, tapi saya tiada rumah. Tapi DIA boleh ambil dahan saya untuk membuat rumah,” kata pokok.


DIA yang gembira dengan jawapan itu terus mencantas segala dahan pokok dan beredar dari itu tanpa kembali.
Pokok gembira melihat DIA riang, tapi sedih dan sayu lagi apabila DIA tidak kembali setelah mengambil dahannya.

Setelah beberapa tahun....

DIA kembali lagi, dan pokok tetap gembira melihat kepulangan DIA.
“Jom, main dengan saya,” kata pokok tersebut kepada DIA.
“Saya dah makin tua. Saya nak pergi belayar untuk berehat. Boleh bagi DIA satu kapal?” tanya DIA.
“DIA boleh ambil batang saya untuk membuat kapal.DIA boleh belayar jauh dan gembira,” kata pokok.


Tanpa belas kasihan, DIA terus mengambil batang pokok dan pergi belayar dan tidak pulang menjenguk pokok.




Setelah beberapa tahun, DIA kembali........................................


“Maaf DIA, kali ini saya tiada apa-apa yang boleh bantu DIA lagi. Tiada rambutan untuk DIA,” kata pokok itu.
“Tak apa, saya pun tak ada gigi untuk menggigit,” jawab DIA.
“Tiada lagi tempat untuk DIA memanjat,” kata pokok.
“Tak apa, tulang belakang saya sakit…,” jawab DIA.
“Saya memang tak ada apa untuk diberi, yang tinggal hanyalah akar saya yang makin mereput… Maafkan saya,DIA,” pokok itu kata sambil menangis.


“Tapi bagus juga! Akar tua adalah tempat paling baik untuk berehat… DIA datang duduk tepi saya dan berehat,” tambah pokok itu.
DIA duduk di tepi pokok, dan pokok berasa bahagia dan tersenyum…

Berapa ramai antara kita yang menganggap ibubapa kita sebagai pokok rambutan di dalam cerita ini? 
Masa muda, kita suka bermain di tepi ibu bapa. Bila besar, kita meninggalkan mereka – hanya mencari ibubapa ketika kita ada masalah. 
Tapi dalam apa-apa situasi, ibubapa tetap sanggup berkorban untuk kita untuk memastikan kita boleh meneruskan senyuman.
Ramai yang merasa kejam kesanggupan DIA menebang pokok tersebut, tapi berapa ramai antara kita yang melayan ibubapa dengan cara yang sama.
Seringkali kita lupa menghargai jasa ibubapa sehingga terlambat…
Hargailah ibubapa, dan luang masa bersama ibubapa.
Kehilangan hanya terasa apabila melihat kerusi itu kekosongan di kampung
Kita tidak memahami sayang ibubapa sehinggalah kita sendiri menjadi ibubapa.....


ikhlas,
012-6260742
motivator...


Sunday, October 26, 2014

perlukah medical card kepada kakitangan kerajaan?

sekadar pendapat peribadi...

ramai berbalah mengenai ini....

"sejauh mana keperluan kad perubatan kepada kakitangan kerajaan?"


saya sendiri bekas kakitangan kerajaan, berpendapat..memiliki kad perubatan adalah "PILIHAN"
bukanlah sampai ke tahap "WAJIB" kerana anda perlu faham apa itu medical card:

1- ajen: jgn fikir nak berniaga je...& beranggapan sesiapa tiada medical card semuanya TERUK! hehehhe..jgn mareeee
2- clients : jangan fikir tak perlu takaful terus..fahami dulu apa itu medical card dan analisa!! baru buat keputusan


AJEN: terlebih faham dah...sendiri fikir.
CLients' side-------------- fahami dulu apa itu medical card.

MEDICAL CARD ni kad debit macam kad maybank, CIMB, bank islam yang ada visa/master

tu BUKAN KAD KREDIT yang lepas guna sampai statement kena bayar dalam tempoh 21 hari kalau tak kena interest!! tak ye...BUKAN macam kad kredit TETAPI 



KAD DEBIT!! yang di dalamnya disediakan sejumlah RINGGIT mengikut SIJIL takaful yang dipersetujui drp awalnya...kalau GREAT EASTERN TAKAFUL ada 4 pilihan:

1- RM600,000
2-RM900,000
3-RM1.2 JUTA
4-RM1.6 JUTA

so pilihlah yang mana anda rasa nak!! dan of kos lah ikut kemampuan caruman bulanan jugak...nak 1.6 juta tapi bulan2 nak carum seratus je...memang tak mampu nak tolong ok! sbb semua takaful dilindungi PIDM + dikawal terus oleh bank negara malaysia. kita mmg provided dgn satu software yang akan diupdate selalu...2-3 bulan sekali...tu yang panggil "QUOTATION" tu...



umur tua nak bayar bulan2 murah + nak medical card paling tinggi...silalah buat kad sendiri + cetak sendiri...hehehhe jgn marah!! 

kita ada rules+ guideline yang perlu dipatuhi....kita ajen je yang buat markerting side..bukan pemilik syarikat atau GABENOR,..hehehehee...

syarat nak guna kad debit ni...CASHLESS!!

maksud dia..kalau g ATM MEPS ke cimb/mbb/bank islam ke..takleh withdraw CASH PUN kalau terdesak takde duit nak beli beras!! ok...dia boleh guna kat HOSPITAL JE!atau rawatan2 perubatan doktor yang berdaftar.Doktor ECPI, dr homopati, dukun, bomoh tujuh petala langit ke, darul syifak ke...memang tidak dibenarkan utk swipe!

boleh swipe kat KPJ,PUSRAWI,PANTAI, SALAM..mana2 hospital panel...kalau bukan panel pun boleh...dengan syarat bayar dulu + claim kemudian atas kad yang sama!! KAD PERUBATAN....



kenapa saya kata "PILIHAN" kepada pekerja kerajaan? semua org tahu govt staffs mmg diberikan rawatan perubatan PERCUMA + ditanggung sepanjang hayatnya kalau berpencen dgn kerajaan walaupun buat pembedahan di GLC company mcm IJN(institut jantung)tp saya tak pasti 100% free atau kena bayar sikit yang tertentu....dulu masa saya bersalin masa tu masih lagi kkitangan kerajaan di bawah rawatan PAKAR O&G kat hospital selayang...mmg saya tak bayar satu sen pun...1st bb: single room & 2nd bb: 2nd class(4 beded) tp ok je selesa!! masa masuk NICU pun saya dpt bilik sorang...so to me..SELESA..n doktor yg dtg tgk tu plak senior MRSM BESERI dl...ahhaha..(layan sgt baik) senior sebelah bilik kat dome MRSM dl..nama dia kak najwa. DR NAJWA la....sbb saya tanaga pengajar KOLEJ KKM plak..semua layan saya baik...hari2 matron /sister visit saya + tanya ada apa2 ke nak mintak tolong..layanan to me 1st class..!!! takde masalah....makanan pun sedap..bedal je apa saja..seperti prinsip "janji halal tolak batu kayu je" pantang-pantang pun belasah..wekkk!! heheheh...


SO lagi sekali pendapat saya "kad perubatan adalah pilihan kepada kakitangan kerajaan"



tapi saya tetap ada kad perubatan walaupun saya kakitangan kerajaan? KENAPA?

---saya pernah mengalami 2 alam. alam swasta dan alam kerajaan...sebelum menyertai govt staffs saya kerja di private hospital..nak dijadikan cerita terkena DENGGI plak masa tu.stay KPJ 7 hari...saya rasa mcm mimpi ngeri bertukar menjadi mimpi indah!


  • in term of facilities (bilik air dlm bilik)
  • TV sorang satu
  • TIADA WAKTU MELAWAT
  • bilik cantik, air cond bukan kipas
  • family boleh tunggu walaupun saya BUKAN BABY (orang tua...)
  • makan boleh pilih menu
  • nurse baik2...helpful, muka manis je...saya rasa selesa!!!sangat...
  • yang ward round hari-hari hanyalah "consultant" (specialist"


--sebab tu bila quit private, joined govt 2008, saya terus amik medical card! saya nak masuk swasta kalau saya tak sihat! experiences tu agak berbeza...keselesaan...tapi bill RM8,000 sekali masuk..denggi 7 hari. kalau operation ada yang sampai RM24,000 laser batu karang! kalau nak guna duit sendiri memang tak mampu...sebab tu saya miliki medical card--

--tapi bila makin ramai ada medical card, masa menunggu di hospital swasta buat saya bengang!! sama je macam hospital govt dah..waaaa lagi2 KPJ.menyampah gila tahap GABAN!! pernah teman client tunggu doktor je 3 jam...rasa nak tdo berdengkur boleh?? --

--tapi bila dah warded, keselesaan dia LUAR BIASA!! pakar sahaja yang boleh melawat kita di ward! saya suka benda ni...bila sakit saya mencari yang terbaik terutama utk diri sndiri + anak2..& family semestinya..di govt nak jumpa pakar BERJANGGUT..kena refer , refer dr MO...sakit sampai TENAT baru dpt refer g pakar-- saya tak sanggup memperjudikan kesihatan saya kerana

kesihatan saya adalah aset utk diri saya dan keluarga. kesihatan adalah anugerah paling indah di dunia...banyak duit kesihatan tak baik pun tiada makna! 

saya sangat diperlukan oleh keluarga saya..dari segi KEWANGAN & motivasi...kehilangan saya menyebabkan keluarga saya lumpuh dlm 2 perkara:

1- kehilangan kewangan
2-kehilangan EMOSI

-- sekurang-kurangnya saya dah berikan yang terbaik kpd diri saya...apa selepasnya..saya BERTAWAKAL kpd ALLAH swt. anda ajal menemui saya awal, saya redha..andai lambat sikit itulah bonus sebuah kehidupan..belum puas berbakti kpd ibu bapa dan belum lepas tanggungjawab menjaga + membesarkan anak-anak amanah dr ALLAH swt untuk para ibu!!--

kepada kakitangan kerajaan...still "medical card" adalah pilihan utk anda!! sbb MEDICAL CARD tak boleh ambil cash cuma tolong bayarkan bill jika anda masuk hospital swasta!! kalau anda rasa selesa + terbaik di hospital govt...is ttp TERBAIk!! its your choice!!...TETAPI...ketahui satu perkara...

MEDICAL CARD hanyalah salah 1 sahaja daripada benefit  PLAN TAKAFUL..

"dalam takaful ada medical card, dalam medical card tak ada takaful" kerana TAKAFUL tu lebih besar dr itu...ibarat " takaful = alam semesta, medical card = sebuah rumah....dlm alam semesta ada lagi compartment lain:haiwan, air, udara dll..."

so jelas tak??terpulang kpd anda utk memiliki medical card atau tidak....TETAPI menjadi kemestian anda memiliki TAKAFUL kenapa?

- TAKAFUL ada :


  • memberikan pampasan kematian 50,000/100,000/500,000/1 juta/2 juta/100 juta....
  • alaun sara hidup utk anda meneruskan hidup jika menghidap sakit kritikal
  • alaun sara hidup jika hilang upaya 
  • alaun gantian pendapatan jika kemalangan

Ramai sombong dan angkuh mengaku tak perlukan semua ini....kenapa? i boleh simpan sendiri dlm ASB, dlm Unit trust, dalam tabung haji, dalam akaun simpanan...jujur pada diri sendiri

"BERAPA ORANG ADA RM500,000 TUNAI DALAM AKAUN SEKARANG?"



purata gaji isi rumah rakyat malaysia sekarang RM6000 satu rumah!setahun pendapatan mencecah RM72,000 betul?? 10 tahun bersamaan RM720,000..tetapi ramai HUTANG isi rumah di malaysia melebihi 80% pendapatan. so makan minum basic needs..habis tak 20% yang berbaki...hakikatnya..

RAMAI TAK MAMPU MENYIMPAN PUN!!

jika diberi pilhan, miliki RM500,000 tunai dalam akaun kecemasan..nak tak?sebab kerajaan/majikan tak sediakan akaun khas utk kita kalau tiba-tiba "panas tak sampai ke petang" petir di tengah jalan..ujan lebat menimpa...sendiri kena tanggung + melangkah!!
  dengan TERCAIRNYA akaun RM500,000 kita...adakah ianya membantu?


tak mampu buat RM500,000 tunai atas "sijil premium TAKAFUL" yang mungkin memaksa kita menyimpan RM500 sebulan (berat kan?) miliki RM100,000 dulu (RM150 sebulan) tanpa kad perubatan ya!! 

RM100,000 atau RM500,000 ini tercair sendiri tanpa perlu kita mencari PEMBELI atau TUNGGU bank bagi kelulusan pinjaman...
sejauh mana ia mambantu??

anda jawab sendiri "tinggalkan senyuman kepada ahli keluarga kita di saat kita tidak mampu berikan mereka senyuman"



TERCAIR apabila (tidak perlu susahkan keluarga jika kita ):

-  SAKIT kritikal
- hilang upaya
-anda MATI (berikan kpd tanggungajawab yang belum sempat diselesaikan) anak-anak yg sedang membesar...isteri, suami, ibu bapa yang sudah tua...dan paling penting igtkan mereka..sebelum berbelanja TOLONG SELESAIKAN HUTANG SAYA!! jika tidak roh saya tidak tenteram!!

saat inilah wang TAKAFUL mejadi pengubat segala kekusutan....
selamatkan rumah 
selamatkan kereta
selamatkan persaudaraan
selamatkan kasih sayang
selamatkan masa depan mereka..

IKHLAS,

HASBAH juWAINI
012-6260742
takaful advisor,
great eastern takafUL



Saturday, October 11, 2014

talk sana sini...

lama xmenulih blog...busy sgt..minggu lepas g kursus seminggu kat KL selasa-jumaat. sabtu pagi terus balik kedah(raya haji) smp selasa...byk plak urusan URGENt + appointments + asssist clients g klinik buat medical check up....busyyyyyy....

malam ni 1 am, curi jelah masa menulis sekejap. catatan diari sendiri..tua2 nanti boleh baca balik kalau GOOGLe masih wujud..heheh...tapi esok 10am ada talk kecil-kecilan kat seremban je...wawawa....tgk2 takleh buka mata ...tapi semua dah prepare..talk mini..hehhe..ok kot kan..10am-12tghari..

tak sabar nak tunggu bagi talk selasa ni...(14/10) kat Jb..rasa nak buat yang terbaik + hari2 cari idea...apa paling menarik nak deliver...actually aku suka bagi talk...! dl masa zaman keje(mngajar) bg lecture..suka sgt...enjoy sgt tapi xsuka part documentation...menyampah tahap dewa...aku jns yg x details + teliti...tak mampu wat keje2 documentation ni...azab sgt!!

 johor bharu: 14/10


seremban 29/10 (salah date kat poster ni) later diorg update..

tak sangka jugak...bersyukur dengan setiap peluang yang Allah bagi...semua nya ketentuan drnya....yeahh...buat takaful mula2 dulu nak try je..n surprisingly smp ke sini..semuanya ketentuan + rezeki dari Allah swt. berkat sokongan kawan-kawan , keluarga + klien2 yang keep bg support
+ trust!!!! n of kos la tak lupa company ...


last week g kursus ni..no 3 dari atas (BAMC) english.....

4 hari rasa nak pengsan! sbb dah lama kerja sendiri masa bebas, suka2 hati manage...bila attend kursus ni 9am-5pm selasa-jumaat.KL Ge mall palk tu..seremban-KL pun dah 1-2 jam..:(..tapi tips kurang kan kepenatan:

1. tumpang kawan yg dari seremban jugak (ngee)
2. naik public transport (yg ni try tp letih jgk sbb naik LRT, komuter org ramai sgt pening kepala)

kesimpulannya 4 ari tu mmg tak drive.naik public transport sehari kn bangun awal gile pukul 5 lebih am...(rasa nak pitam) sebab dah bertahun bangun dekat pukul 7am..(6.30am-7am)..emm..pastu kalau ngntuk tdo je balik...kerja sendiri...camni lah jadinyer...

VS


tumpang orang sangat ok..sebab bertolak pun 7.30 ngam2 smp KL 8.50am :) sampai jalan ampang..taklah bangun awal sgt..& paling penting tak penat drive! yeayyy...

kursus ni plak banyak presentation (kn aktif je 24 j) eeeii....bosann betul ..kalau leh duk wat bodoh je kn best. kena tanya lah, kena present la...emm...layanssss je.


cantik kan ofis GE?...sapa tak amik polisi dengan GE memang rabun warna...satu-satunya company insuran+takaful yang ada SHOPPING MALL...elite punya ye,,,artis banyak sini.mana ada Mc'd KFC nnt budak2 lepak...ada starbuck, secret recipe, o'briens jerr...ngeee...

iklan.....


ni kursus yang dihadiri...kalau ada rezeki tahun depan naik pangkat ler sikit..kalau xdak tahun lagi sekali..insyallah....kursus wajib lembaga insuran malaysia exam 2/12/2014..result 29/12/2014....die die wajib lulus sebab ni last batch utk exam. setahun 4x je..last mnit buat...waaa...terlepas,,nak repeat kn tgg 2015 :( rugiiii..setahun

dlm kelas jumpa cik cu yang kiut ni...hebat ni..3 org je melayu dlm kelas tu...srg lagi laki 


 last day tu...mcm habis awal sikit dlm 4.30pm lari2 p ting 3 takaful kot2 ada check client yang dah leh collect...terjumpa vice president takaful (sporting kan?) selfie....hehhe..agak2 yang mana satu..VC tu?


 kalau korang perasan dlm ni ada model...iklan  "sensodyne" kat TV3...carilah mana satu...




 balik raya haji....jem jalan...emm...ada qurban mak buat..kat rumah...isnin malam balik sini balik...sebelum tu sabtu pagi sebelum bertolak balik jmpa klien aka kawan MSRM dl yg dah 13y xjumpa...nama dia mak datin...

gojes mak datin....hehhe

sebelum depa berangkat p vacation...jumpa kat KLIA.deliver policy...


balik dari raya haji jem lagi utara-selatan..smp rumah 4.30am..
minggu ini bekerja seperti biasa selepas hilang pening..hahah

teman aniq rehearsal final concert Smart reader kids uptown avenue..S2 hari Khamis 

ni rehearsal je so belum pakai costume...esok baru pakai betul2..kakak gelek 'arabic dance" 

lepas settle anak..pergi appointment big boss kementerian dalam negeri, putrajaya,,,,dia belanja saya air dlm kasut boot...hehehe 

selalu ajen belanja klien...ni klien belanja ajen..terima kasih daun keladi...terima kasih atas kepercayaan + sokongan....tidak terhingga,,,


perjalanan seorang perunding takaful ni indah sgt. penuh warna warni..berbanding masa kerja dulu2...dulu indah jgk tapi byk hari2 yang dilalui hampir sama. ada orang suka macam tu...tapi saya ni mungkin sikit berbeza..

perlukan sedikt cabaran! baru warna perang ada, hitam ada, kuning ada....colourful life!! wonderful life!! yeayy...semoga allah sentiasa memberkati saya, keluarga saya, klien saya dan pembaca yg sedang baca blog saya...heheh....kerana anda saya mendaki dan terus mendaki tangga kejayaan
 dan semoga kejyaan milik kita semua dlm bidang-bidang yang kita ceburi...

insyaallah...

ikhlas,


islamic financial advisor...
Millionaire professional consultancy..
012-6260742
nak ty takaful ke financial planning ke...what app la sayer,,,,:)





Friday, September 19, 2014

sambungan buku part 2: why students "A" work for students "C"

Tetiba kan bersemangat nak menulih blog malam2 ni..hahaha...sebab byk pembaca blog ni duk baca tentang takaful...alhamdulillah.last week ahad ada 3 appointments semua datang daripada pembaca blog. tadi pukul 10.30pm dapat call dari seorang "profesional" yang nak tanya TAKAFUL GREAT EASTERN! alang-alang mmg dah free ni terus buat quotation & email...dan email dah terus mata pun jadi segar..tapi dalam rumah ni aniq+abah dah p jepun(mimpi)...mama+alysha je masih segarrr....alysha kemas mainan mama blogging...ngee..

mata kami yg masih segarr macam bangun pagi....

alysha tanya: "mama buat apa?"
mama: "mama buat kerja sikit...mama asyik lepak dengan kakak je kena lah kerja sikit malam ni."
Alysha: "kerja apa?"
mama: "client mama tanya takaful kat mama.."
alysha: "client? macam "LION" je"...hehhee...tu je belajar kat sekolah kot "lion, tiger, elephant" ngehngeh
mama: aa...lebih kurangla kakak..wakakaka...

alang2 menulis ni nak sambung summary buku yg baru habis baca tu...

sapa nak baca...hehehe

Chapter 3: #lesson 3: prepare your child for the worst

why important? - kerana ibu bapa adalah "role model", penasihat, pemandu arah, komputer bergerak dan bersuara kepada anak-anak. secara sedar atau tak sedar mmg mak ayah ni memainkan peranan besar dlm membentuk kehidupan anak-anak!

kisah org amerika buku omputih ni cth banyak dari amerika.so cnth dia bagi ni


"the 800 pound GORILLA in the room" 
- semua org tau pasal gorilla ni tapi tak ada yang suka bercerita tentangnya!! actually macam masalah besar atau batu penghalang yang sukar diungkap!

4 gorillas in your child's future:


  • 1. satu generasi yang tersepit di antara "aging parents" & "boomerang kids"
-"boomerang kids" : situasi di mana anak-anak mula tinggalkan rumah utk menuntut ilmu, dan kembali semula setelah gagal "dapat kerja" dan "tidak mampu survive di dalam dunia sebenar". dan ibu bapa (parents) yang terpaksa menanggung kehidupan mereka
- "aging parents": mak ayah yang dah berumur dan tiada pendapatan bergantung kpd anak-anak

ni mcm ala2 " SANDWICH GENERATION" kalau dalam financial



tersepit di celah roti..hehehe..sekarang pun dah ramai mengalami "generasi sandwich" betul tak?


  • 2. Gorilla ke-2: HUTANG yang bertindih-tindih (compounding debts)
hutang yang overlap dan terus overlap! sehingga ramai yang menjadi "bankrup"


ramai generasi anak muda MUFLIS

3. Gorilla ke-3: "Tekanan"
disebabkan oleh "hiperinflasi" kadar inflasi yang terlalu tinggi menyebabkan ramai yang terkesan dengan tekanan "kewangan" dan tekanan ini berakhir sehingga 25 tahun...wawawawawaaaahhh...pengsan!! tersalah pikul hutang, bawaklah sampai tua....

"krisis kewangan ini berlaku kerana sekolah kita tidak mengajar sejarah kewangan dan kepentingan elemen kewangan dalam pendidikan kewangan sendiri dan keluarga"

4. Gorilla ke-4: amaran ekonomi
makin tinggi taxes dan makin tinggi inflasi (taraf hidup). golongan yang paling banyak membayar tax adalah golongan sederhana iaitu:



pekerja makan gaji (gaji besar2) dikategorikan golongan mengengah (middle):

QUADRANT E(employee) = 40% TAX
  • CEO (dibayar gaji)
  • pakar perubatan 
  • manager-manager syarikat
  • ketua-ketua jabatan di kerajaan
  • pensyarah/guru
  • akauntan
  • arkitek
  • jurutera
  • golongan profesional lain


 orang yang kerja sendiri (self employed)
QUADRANT S(self employed/small business) = 60% TAX
  • consultant yang terlibat dengan sales: ajen hartanah, ajen takaful (wakakkakakka) terkena batang hidung setepek!
  • peguam yang membuka lawyer firm
  • doktor yang membuka klinik sendiri
  • dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan dan menjalankan perniagaan sendiri tanpa staffs (<10 li="" orang="">
Golongan yang tidak membayar taxes..
QUADRANT B (business >500 staffs) = 20% TAX
BOSS syarikat (pemilik syarikat besar) businessman (berskala staffs>500 orang)

QUADRANT I (investor)= 0% TAX
directors (holding shares)
pelabur stock market
pelabur hartanah
pelabur aktif

the answer why Steve Jobs (pemilik founder apple) hanya mengambil gaji $1 dollar setahun

"pendapatannya bukan datang daripada kerjanya (self employed) lagilah tidak dari majikan TETAPI daripada business nya yang dijalankan oleh orang lain sepenuhnya dan dari pelaburannya yang banyak!"

preparing & TRANSFORM our child for the B and I quadrants

rather than preparing kids for...

"pergi sekolah, cari kerja...kerja kuat-kuat, dan bayar tax banyak-banyak"

#lesson: the rich never work for money!

soalan: adakah terlalu lambat jika saya ingin bertukar kuadran?

jawapan: tidak. Colonel (owner KFC)  memulakan perniagaan setelah mereka pencen! "kentuckey Fried Chicken"

TETAPI.....

Quadrant B & I sangat memerlukan kecekapan dan kemantapan yang tinggi! which is "STRONG FINANCIAL EDUCATION" dan memulakan pembelajaran kewangan awal adalah PENTING...

kerana ramai yang memulakannya awal tetapi ramai yang GAGAL dan sedikit sahaja yang berjaya

sapa nak baca satu kisah katak tuli?


http://www.youtube.com/watch?v=RGNG6qxAork

tengoklah video katak tuli.....hehehhe..kisah teladan.

apa yang pasti: untuk berada di quadrant B & I anda tidak perlu score "A" atau "B" di sekolah dan universiti kerana A dan B ini hanya diperlukan di quadrant "employee" dan "self employed"

apa perlu buat: bergaul mesrakan diri anda dengan orang-orang yang sudah kaya, smart, boleh dipercayai, dan hardworking people.nampak mudah tetapi "tough" sebenarnya...

'THE QUADRANT IS MORE IMPORTANT THAN THE PROFESSION" 

Faktor TERpilih quadrant:

Employee: takut tiada wang
ketakutan dengan kewangan memaksa kita memilih untuk kerja yang selamat dan terjamin
mengharap dan bergantung kpd faedah yang ditawarkan
bayaran gaji yang stable.

Self employed:
kurang percaya kpd orang lain dari segi kerja (its me!)
nak buat semuanya sendiri kalau boleh
ingin menjadi boss!(their own boss)
dan pepatah yang dipegang "jika inginkan sesuatu dilakukan dgn terbaik, buat je sendiri"
sebenarnya: tidak memiliki sepenuhnya perniagaan tersebut
anda sebenarnya masih "pekerja"
jika berhneti bekerja - pendapatan mula menyusut dan berhenti juga
anda bukan own a "business" tetapi "busy-ness"

businessman(B) & investor(I):
hanya meneruskan percambahan wang dan keuntungan sama ada kerja ataupun TIDAK!!

(wuuu indahnya baca B& I ni),,,bila nak capai ni..yeahh work for it!!

guide to parents at home


  1. ceritakan kpd anak-anak keempat-empat ekor GORILAS tersebut (generasi sandwich, hutang, tekanan dan amaran ekonomi)
  2. belajar daripada sejarah kesilapan kewangan yang mungkin kita/sejarah keluarga alami
  3. Bank tidak akan bangkrup! kenapa mereka mampu menulis DUIT atas kertas kosong. sebab tu jgn bermimpi hutang je sealgi boleh sebab kawan pun buat dengan harapan bank akan muflis....hutang itu dilupuskan..
  4. beri anak-anak anda "FINANCIAL HEADSTART" dimana "unfair advantages" given to those yang ada financial education berbanding "A++" students tidak ada dan mampu miliki
  5. educate anak-anak tentang kepentingan pengurusan kewangan

contoh:
"gunakan masalah kewangan sebagai peluang untuk belajar"

"orang kaya menggap masalah wang sebagai jalan menjadikan kita lebih smart! masalah juga boleh menjadikan anda lebih MISKIN...its your choice!"

kalau anak terlalu kecil.tak boleh adsorb lagi cerita2 berat macam batu mcm ni


"bila shopping barang dapur terangkan budget kita berapa2...dan discuss bagaimana anda merancang budget untuk memberi mereka+sekeluarga dapat makan dan tidak putus makanan" - real world education

semua orang KAYA atau MISKIN sememanganya ada masalah kewangan tetapi bagaimana anda mencari penyelesaian.....its ur choice! anda perlukan pendidikan kewangan...

ikhlas
012-6260742


will be continued.... " at what age shud u start teaching ur child about money?"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature