mata kami yg masih segarr macam bangun pagi....
alysha tanya: "mama buat apa?"
mama: "mama buat kerja sikit...mama asyik lepak dengan kakak je kena lah kerja sikit malam ni."
Alysha: "kerja apa?"
mama: "client mama tanya takaful kat mama.."
alysha: "client? macam "LION" je"...hehhee...tu je belajar kat sekolah kot "lion, tiger, elephant" ngehngeh
mama: aa...lebih kurangla kakak..wakakaka...
alang2 menulis ni nak sambung summary buku yg baru habis baca tu...
sapa nak baca...hehehe
Chapter 3: #lesson 3: prepare your child for the worst
why important? - kerana ibu bapa adalah "role model", penasihat, pemandu arah, komputer bergerak dan bersuara kepada anak-anak. secara sedar atau tak sedar mmg mak ayah ni memainkan peranan besar dlm membentuk kehidupan anak-anak!
kisah org amerika buku omputih ni cth banyak dari amerika.so cnth dia bagi ni
"the 800 pound GORILLA in the room"
- semua org tau pasal gorilla ni tapi tak ada yang suka bercerita tentangnya!! actually macam masalah besar atau batu penghalang yang sukar diungkap!
4 gorillas in your child's future:
- 1. satu generasi yang tersepit di antara "aging parents" & "boomerang kids"
- "aging parents": mak ayah yang dah berumur dan tiada pendapatan bergantung kpd anak-anak
ni mcm ala2 " SANDWICH GENERATION" kalau dalam financial
tersepit di celah roti..hehehe..sekarang pun dah ramai mengalami "generasi sandwich" betul tak?
- 2. Gorilla ke-2: HUTANG yang bertindih-tindih (compounding debts)
ramai generasi anak muda MUFLIS
3. Gorilla ke-3: "Tekanan"
disebabkan oleh "hiperinflasi" kadar inflasi yang terlalu tinggi menyebabkan ramai yang terkesan dengan tekanan "kewangan" dan tekanan ini berakhir sehingga 25 tahun...wawawawawaaaahhh...pengsan!! tersalah pikul hutang, bawaklah sampai tua....
"krisis kewangan ini berlaku kerana sekolah kita tidak mengajar sejarah kewangan dan kepentingan elemen kewangan dalam pendidikan kewangan sendiri dan keluarga"
4. Gorilla ke-4: amaran ekonomi
makin tinggi taxes dan makin tinggi inflasi (taraf hidup). golongan yang paling banyak membayar tax adalah golongan sederhana iaitu:
pekerja makan gaji (gaji besar2) dikategorikan golongan mengengah (middle):
QUADRANT E(employee) = 40% TAX
- CEO (dibayar gaji)
- pakar perubatan
- manager-manager syarikat
- ketua-ketua jabatan di kerajaan
- pensyarah/guru
- akauntan
- arkitek
- jurutera
- golongan profesional lain
orang yang kerja sendiri (self employed)
QUADRANT S(self employed/small business) = 60% TAX
- consultant yang terlibat dengan sales: ajen hartanah, ajen takaful (wakakkakakka) terkena batang hidung setepek!
- peguam yang membuka lawyer firm
- doktor yang membuka klinik sendiri
- dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan dan menjalankan perniagaan sendiri tanpa staffs (<10 li="" orang="">10>
QUADRANT B (business >500 staffs) = 20% TAX
BOSS syarikat (pemilik syarikat besar) businessman (berskala staffs>500 orang)
QUADRANT I (investor)= 0% TAX
directors (holding shares)
pelabur stock market
pelabur hartanah
pelabur aktif
the answer why Steve Jobs (pemilik founder apple) hanya mengambil gaji $1 dollar setahun
"pendapatannya bukan datang daripada kerjanya (self employed) lagilah tidak dari majikan TETAPI daripada business nya yang dijalankan oleh orang lain sepenuhnya dan dari pelaburannya yang banyak!"
preparing & TRANSFORM our child for the B and I quadrants
"pergi sekolah, cari kerja...kerja kuat-kuat, dan bayar tax banyak-banyak"
#lesson: the rich never work for money!
soalan: adakah terlalu lambat jika saya ingin bertukar kuadran?
jawapan: tidak. Colonel (owner KFC) memulakan perniagaan setelah mereka pencen! "kentuckey Fried Chicken"
TETAPI.....
Quadrant B & I sangat memerlukan kecekapan dan kemantapan yang tinggi! which is "STRONG FINANCIAL EDUCATION" dan memulakan pembelajaran kewangan awal adalah PENTING...
kerana ramai yang memulakannya awal tetapi ramai yang GAGAL dan sedikit sahaja yang berjaya
sapa nak baca satu kisah katak tuli?
http://www.youtube.com/watch?v=RGNG6qxAork
tengoklah video katak tuli.....hehehhe..kisah teladan.
apa yang pasti: untuk berada di quadrant B & I anda tidak perlu score "A" atau "B" di sekolah dan universiti kerana A dan B ini hanya diperlukan di quadrant "employee" dan "self employed"
apa perlu buat: bergaul mesrakan diri anda dengan orang-orang yang sudah kaya, smart, boleh dipercayai, dan hardworking people.nampak mudah tetapi "tough" sebenarnya...
'THE QUADRANT IS MORE IMPORTANT THAN THE PROFESSION"
Faktor TERpilih quadrant:
Employee: takut tiada wang
ketakutan dengan kewangan memaksa kita memilih untuk kerja yang selamat dan terjamin
mengharap dan bergantung kpd faedah yang ditawarkan
bayaran gaji yang stable.
Self employed:
kurang percaya kpd orang lain dari segi kerja (its me!)
nak buat semuanya sendiri kalau boleh
ingin menjadi boss!(their own boss)
dan pepatah yang dipegang "jika inginkan sesuatu dilakukan dgn terbaik, buat je sendiri"
sebenarnya: tidak memiliki sepenuhnya perniagaan tersebut
anda sebenarnya masih "pekerja"
jika berhneti bekerja - pendapatan mula menyusut dan berhenti juga
anda bukan own a "business" tetapi "busy-ness"
businessman(B) & investor(I):
hanya meneruskan percambahan wang dan keuntungan sama ada kerja ataupun TIDAK!!
(wuuu indahnya baca B& I ni),,,bila nak capai ni..yeahh work for it!!
guide to parents at home
- ceritakan kpd anak-anak keempat-empat ekor GORILAS tersebut (generasi sandwich, hutang, tekanan dan amaran ekonomi)
- belajar daripada sejarah kesilapan kewangan yang mungkin kita/sejarah keluarga alami
- Bank tidak akan bangkrup! kenapa mereka mampu menulis DUIT atas kertas kosong. sebab tu jgn bermimpi hutang je sealgi boleh sebab kawan pun buat dengan harapan bank akan muflis....hutang itu dilupuskan..
- beri anak-anak anda "FINANCIAL HEADSTART" dimana "unfair advantages" given to those yang ada financial education berbanding "A++" students tidak ada dan mampu miliki
- educate anak-anak tentang kepentingan pengurusan kewangan
contoh:
"gunakan masalah kewangan sebagai peluang untuk belajar"
"orang kaya menggap masalah wang sebagai jalan menjadikan kita lebih smart! masalah juga boleh menjadikan anda lebih MISKIN...its your choice!"
kalau anak terlalu kecil.tak boleh adsorb lagi cerita2 berat macam batu mcm ni
"bila shopping barang dapur terangkan budget kita berapa2...dan discuss bagaimana anda merancang budget untuk memberi mereka+sekeluarga dapat makan dan tidak putus makanan" - real world education
semua orang KAYA atau MISKIN sememanganya ada masalah kewangan tetapi bagaimana anda mencari penyelesaian.....its ur choice! anda perlukan pendidikan kewangan...
ikhlas
012-6260742
No comments:
Post a Comment