Followers

Wednesday, February 29, 2012

KISAH CINTA KLASIK

** please press play:



Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kar'na hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti...

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

~Sheila on 7

Today is my last day in Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh after 4 years plus have been there... hati sangat tersentuh di saat ini. Baru aku mula merasakan betapa bernilainya sebuah persahabatan dan kasih sayang..tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit atau harta benda. Sahabat sejati hanya hadir sekali, but i hope not...

Pengajar: Isma, Shima, lina, K.azlina, bani & Pian

En Tee(Ket Prog PPKP), En Puad(my boss), En Latif(Ket Prog Farmasi), En Lim

Terlalu banyak kenangan terindah bersama sepanjang di KSKB. Kekuatan dan semangat bekerja hanya datang kerana adanya mereka.Terima kasih yang tidak terhingga kerana menyinari hari-hariku..walaupun seketika tetapi ia memberi sejuta makna sebagai memori yang akan kusampaikan di hari tua. Ku dapat merasakan saat-saat indah ini pasti aku rindui...Sekali lagi jutaan terima kasih kerana memberi kenangan ini...

 Program Penolong Kesihatan Awam (PKA) Tahun 1 sem 1 2012

Diploma Kesihatan Persekitaran T1S2 2012

Di saat ini, ku juga berasa bangga menjadi pendidik anak bangsa..penghargaan mereka adalah kepuasan bagiku.Terima kasih di atas segalanya. "Bertemu kita kerana Allah, berpisah kita juga kerana Allah". Hati mana yang tidak terusik dengan ucapan dan penghargaan yang kamu semua lafazkan..saya di pihak pengajar seikhlas hati mehalalkan segalanya. saya hanya ingin melihat kejayaan anda.Kerana kejayaan anda adalah kebanggaan saya!! Teruskan berjuang...yakin pada janji Allah "sesiapa yang berusaha pasti akan mendapat kejayaan"...kejAyaan terletak di tangan anda sendiri. dan tiada jalan pintas untuk mendapat kesenangan mahupun dunia atau akhirat..semuanya perlu disertai dengan usaha, usaha dan terus usaha...kata kata anda adalah motivasi diri saya, penyuntik semangat untuk saya terus berada di bidang ini. "U said u were really enjoyed my lecture"..itu sudah cukup memberi satu kekuatan & kehebatan luar biasa yang dapat saya rasakan.kalau anda enjoyed kuliah saya, saya 10 kali enjoy  berkongsi ilmu dengan anda!! In the same time please help yourself to score MICROBIOLOGY..i want to see your excellence!!

sweet memories



 Shima..Se "UKM" se "KKM' and now Se"PATOLOGI"..ehee.Miss u too..
Hj Arif(rakan se car pool), Ain, K.Amy(my motivator&great fren), Shima

Wahai rakan, memori ini akan kekal dalam ingatan, mungkin di pertemuan akan datang, kita mungkin tidak semesra sekarang, i understand...tapi cukuplah sekadar mengingati diri ini sebagai sebahagian daripada kenangan terindah dalam hidup ini...Miss u all so much!!Best gler dapat geng sehebat anda!!

Buka hadiah:

Di hari terakhir ini juga, aku telah membeli pagar kecil for cottage garden di ROMANTIKA (tempat favourite we all) sebagai kenangan untuk selamanya. Biar ia bersemadi di taman ini bersama bunga bunga. Setiap kali memandang bunga bunga yang berkembang mekar, begitu juga memori kita yang tersemat untuk cerita di hari tua...
dan seekor ayam seramik...nice to see..sweet memories forever..

Friends & students...may Allah bless us and hope our relationship never end!!............................Insyaallah.


 






Tuesday, February 28, 2012

Bagaimana mencapai kebebasan kewangan & kaya.9 cara mudah mesti ikut..

"Building generational wealth that will allow you and your family to live off dividends and interest isn't impossible. In fact, more than 90% of the super-rich in America (the top 0.9% of wealth), didn't inherit any money!"

"Membina kekayaan generasi yang membolehkan anda dan keluarga anda untuk hidup tanpa dividen dan faedah adalah tidak mustahil. Malah, lebih daripada 90% super-kaya di Amerika Syarikat (0.9% daripada kekayaan), tidak mewarisi apa-apa wang! "

How to Become Wealthy
Nine Truths That Can Set You on the Path to Financial Freedom

1. Ubah cara anda berfikir tentang duit


Secara umumnya, masyarakat ada yang sangat menyukai kemewahan dan ada yang sangat membenci kemewahan. Mereka membenci orang-orang yang memilikinya, tetapi menghabiskan keseluruhan hidup mereka cuba untuk mendapatkannya untuk diri mereka sendiri. Kerana majoriti orang tidak pernah mengumpul sejumlah sarang burung bertelur emas, oleh kerana itu mereka tidak memahami sifat wang atau bagaimana ia berfungsi.
 
Wang Tunai (cash), adalah seperti satu nyawa, sesuatu yang hidup. Apabila anda bangun pada awal pagi dan pergi ke tempat kerja, anda menjual produk - diri anda (atau lebih khusus, tenaga anda). Apabila anda mula sedar bahawa setiap pagi aset anda juga bangun dan mempunya potensi yang sama untuk bekerja seperti yang anda lakukan setiap hari, anda telah membuka kunci utama dalam hidup anda. Setiap ringgit yang anda simpan adalah seperti seorang pekerja. Sepanjang masa, matlamat anda (majikan) adalah untuk menjadikan pekerja anda bekerja lebih keras, dan akhirnya, mereka akan membuat wang yang secukupnya untuk mengupah lebih ramai pekerja (cash). dan apabila anda telah menjadi benar-benar berjaya, anda tidak perlu lagi untuk menjual tenaga sendiri, tetapi boleh hidup di atas hasil kerja kuat aset anda.

#2: Cuba memahami kuasa luar biasa sejumlah wang yang kecil


Satu kesilapan besar yang kebanyakan orang buat adalah dengan berfikir mereka perlu memulakan sesuatu dengan melibatkan seluruh tentera Napoleon seperti seangkatan bala tentera. Mereka mengalami mentaliti "tidak cukup", iaitu bahawa jika mereka tidak membuat RM 1,000 atau RM 5,000 pelaburan pada satu-satu masa, mereka tidak akan menjadi kaya. Apa yang orang-orang ini tidak sedar adalah seangkatan tentera dibina dengan melatih seorang demi seorang askar pada satu-satu masa, begitu juga dengan senjata kewangan anda!!

Seorang rakan saya pernah mengenali seorang wanita yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk dan membuat dompetnya daripada kepingan botol-botol detergen yang digunakan. Wanita ini melabur dan menyelamatkan kesemuanya walaupun dalam keadaan sangat terpaksa walaupun sejumlah wang yang sangat kecil. Sekarang, portfolio beliau bernilai berjuta-juta dollar, semua yang telah dibina di atas pelaburan kecil. Saya tidak mencadangkan anda menjadi sejimat ini, tetapi pengajaran dari kisah ini sangat bernilai. Janganlah menghina hari yang permulaannya sangat kecil!

#3: Dengan setiap sen yang anda simpan, sebenarnya anda membeli kebebasan untuk diri anda


Apabila anda meletakkan diri anda dalam prinsip ini, anda lihat bagaimana membelanjakan RM 20 di sini dan RM 40 boleh membuat perubahan yang besar dalam jangka masa panjang. Oleh kerana wang mempunyai keupayaan untuk bekerja menggantikan tempat anda, lebih banyak anda menggajikan(hire) mereka, lebih cepat dan lebih besar ia akan berkembang. Bersama-sama itu, dengan lebih banyak wang yang terhasil lebih banyak kebebasan - kebebasan untuk tinggal di rumah dengan anak-anak anda, kebebasan untuk bersara dan melancong di seluruh dunia, atau kebebasan untuk berhenti kerja. Jika anda mempunyai sebarang sumber pendapatan, ianya tidak mustahil untuk anda mula membangunkan kekayaan hari ini juga. Ia hanya mungkin RM 5 atau RM 10 pada satu-satu masa, tetapi setiap pelaburan anda adalah batu loncatan mencapai kebebasan kewangan anda.
  
sambung in english pulak..hehee....tak sempat nak translate..

#4: You Are Responsible for Where You Are in Your Life


Years ago, a friend told me she didn't want to invest in stocks because she "didn't want to wait ten years to be rich..." she would rather enjoy her money now. The folly with this school of thinking is that the odds are, you are going to be alive in ten years. The question is whether or not you will be better off when you arrive there. Where you are right now is the sum total of the decisions you have made in the past. Why not set the stage for your life in the future right now?

#5: Instead of Buying the Product... Buy the Stock!

Someone once asked me why they weren't wealthy. They always felt like they were putting money aside, yet never seemed to get any further ahead. The answer is simple. I told them to stop buying the products companies sell and start buying the company itself! A survey of America's affluent (those who make over $225,000 a year or own $3,000,000 in assets) revealed that 27-30% of all the income the wealthy earned went into investments and savings. That isn't a result of being rich, that is why they are rich. When the pain of getting out of the bondage of financial slavery is greater than the pain of changing your spending habits, you will become rich. Either change, or be content to live as you are.

#6: Study and Admire Success and Those Who Have Achieved It... Then Emulate It


A very wise investor once said to pick the traits you admire and dislike the most about your heroes, then do everything in your power to develop the traits you like and reject the ones you don't. Mold yourself into who you want to become. You'll find that by investing in yourself first, money will begin to flow into your life. Success and wealth beget success and wealth. You have to purchase your way into that cycle, and you do so by building your army one soldier at a time and putting your money to work for you.

#7: Realize that More Money is Not the Answer

More money is not going to solve your problem. Money is a magnifying glass; it will accelerate and bring to light your true habits. If you are not capable of handling a job paying $18,000 a year, the worst possible thing that could happen to you is for you to earn six figures. It would destroy you. I have met too many people earning $100,000 a year who are living from paycheck to paycheck and don't understand why it is happening. The problem isn't the size of their checkbook, it is the way in which they were taught to use money.

#8: Unless Your Parents Were Wealthy, Don't Do What They Did

The definition of insanity is doing the same thing over and over again and expecting a different result. If your parents were not living the life you want to live then don't do what they did! You must break away from the mentality of past generations if you want to have a different lifestyle than they had.
To achieve the financial freedom and success that your family may or may not have had, you have to do two things. First, make a firm commitment to get out of debt. To find out which debts should be paid off before you invest and those that are acceptable, read Pay Off Your Debt or Invest?. Second, make saving and investing the highest financial priority in your life; one technique is to pay yourself first.

Purchasing equity is vital to your financial success as an individual whether you are in need of cash income or desire long-term appreciation in stock value. Nowhere else can your money do as much for you Nine Truths That Can Set You on the Path to Financial Freedom 

#9: Don't Worry


The miracle of life is that it doesn't matter so much where you are, it matters where you are going. Once you have made the choice to take control back of your life by building up your net worth, don't give a second thought to the "what ifs". Every moment that goes by, you are growing closer and closer to your ultimate goal - control and freedom.
Every dollar that passes through your hands is a seed to your financial future. Rest assured, if you are diligent and responsible, financial prosperity is an inevitability. The day will come when you make your last payment on your Icar, your house, or whatever else it is you owe. Until then, enjoy the process.

when you use it to invest in a business that has wonderful long-term prospects.,...

Happy reading...give your feed back..=)..if u love all the articles here u are always welcome to join this site..=). your support highly appreciated!!

Saturday, February 25, 2012

KISAH HATI SEORANG ISTERI

Assalamualaikum warga facebook dan dunia maya,

Menaip di wad hospital...hehee...Anak kedua saya diserang diarrhea(cirit birit) dan muntah teruk. Sekarang masih berada di wad untuk rawatan lanjutan tetapi alhamdulillah negatif ROTA VIRUS yang sangat popular sekarang ini. Keadaannya  stabil dan masih lagi cirit birit sikit sikit.

Pagi tadi saya ke Great Eastern Mall menghadiri satu majlis ilmu tentang TAKAFUL sebab saya take turn dengan bibik jaga ANIQ di hospital.apa yang saya nak kongsikan dengan  sahabat sekalian, satu kisah sedih si isteri yang baru saya dengar pagi tadi.yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan!!

Kisahnya bermula begini.....


Kisah satu keluarga yang sederhana besar. 3 orang anak, seorang ibu dan seorang ayah.Anak yang paling besar perempuan berumur 7 tahun(darjah 1 sek rendah), yang ke-2 berumur 5 tahun, dan yang paling kecil berumur 1 tahun setengah. Si isteri seorang esekutif akaun dan suami seorang guru. Hidup di pinggir ibu kota Kuala Lumpur yang sememangnya kos hidup agak tinggi apatah lagi kalau hidup di tengah tengah kotaraya. Tapi dengan kehidupan sekarang ini, di mana-mana pun kos perbelanjaan kehidupan sememangnya agak besar. Beras 10kg di mana-mana pun sama jer harga.paling murah RM23.90. petrol RON 95 1 liter (RM1.98 kalau tak silap)  standard seluruh malaysia...

Dengan anggaran pendapatan suami & isteri mencecah RM 5,000-6,000 sebulan.Nampak boleh tahan la walaupun takla kencang sangat tapi kira ok lah malangnya, selepas menolak perbelanjaan harian:


Ini baru keperluan wajib, belum masuk beli baju, sekali sekala nak belanja anak-anak makan di luar (steamboat/western/pizza/Mc donald dll). Nak ikutkan kerja dah boleh tahan la. Belajar dulu separuh nak rak jugakla tapi ini saja yang mampu untuk golongan berpendapatan sederhana. Realiti kehidupan sekarang, Pendapatan RM5,000..Keperluan mencecah RM5,443...mana nak cari lagi RM443 untuk top up??...Hasil claim overtime selain itu, adalah sikit-sikit hasil berniaga kecil-kecilan jual tupperware, avon, join MLM sikit-sikit,..mengajar tuisyen, dan lain-lain,Zaman sekarang kan senang cari duit dan SENANG JUGAK DUIT HABIS pun walaupun belanja berhemah...tapi tak kisahla, biar tak kaya yang penting bahagia dan cukup makan...

Biarpun jauh di lubuk hati jiwa meronta dan menangis, tetapi boleh tahan lagiii...walaupun NO SHOPPING AT ALL
Suatu pagi,si suami pergi sekolah seperti biasa. Bangun pagi, mandi. gosok gigi..on the way ke sekolah drop by kakak yang sehaluan. Isteri si akaun exec hantar anak ke rumah pengasuh. dekat je selang beberapa blok. Belum sampai office lagi kerja swasta masuk pukul 9 pagi ,5 minit sebelumnya ,handphone Nokia model lama isteri berdendang (polifonik)..."hello, assalamualaikum"..."Hello, puan Aishah?Saya membuat panggilan dari Hospital Kuala Lumpur...suami puan Cikgu Adnan ditimpa kemalangan jalan raya, tetapi puan jangan bimbang keadannya stabil setakat ini dan sedang dirawat di unit kecemasan. Jika puan dapat menghadirkan diri ke sini adalah lebih baik"
"Saya akan ke sana sekarang" Mendengarkan cikgu Adnan stabil hati sedikit tenang tetapi denyutan kencang jantung tetap tidak dapat dibendung.

Si isteri terus memandu laju kereta saga BLM selaju yang boleh ke HKL tanpa berlengah lagi.Hati isteri mana yang tidak kencang mendapat panggilan sebegitu. Kalau manusia diberikan sayap, memang sayaplah yang pertama sekali dibuka supaya boleh terbang.Lalaun paling pantas untuk sampai ke destinasi..Sesampai ke destinasi..Alhamdulillah!!Semuanya selamat....
Suami mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan yang malangnya si suam mungkini tidak dapat berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda akibat fraktur teruk dan mengakibatkan si suami berkemungkinan tidak mampu lagi bekerja...kali ini..HATI:

Hancur berderai,..............

Mendegarkan laporan perubatan pakar. Apa yang berlegar-legar di fikiran hanayalah satu..Bolehkah dipulihkan kepada baisa? ada tak dimana-mana hospital swasta atau pakar berbayar yang mampu mengubati keadaan suamiku ini?Ujian ini terlalu berat untuk ditanggung...Kami kan masih muda."Mampukah aku menyara keluarga seorang diri??"..Tiada sepatah kata yang boleh dituturkan hanya air mata menjadi teman setia. Di saat permata hati  membesar tentunya perlukan duit, mana nak cari kos rawatan lanjutan, ubatan dan fisioterapi dan lain-lain...hanya mempu mengucapkan "Berserah kepadanya..."

Hati meruntum

2 minggu si suami terlantar, habis semua ASB dikeluarkan adalah dalam RM10,000 hasil simpanan sejak mula bekerja sebagai back up in case memerlukan wang segera. ASB kan nak keluarkan mengambil masa juga dan hanya hari bekerja sahaja boleh dikeluarkan di pejabat pos, sambil itu dalam usaha memulihkan si suami diangkut ke sana sini manalah tau masih ada peluang untuk kembali normal, . Semakin hari  duit simpanan semakin menyusut...Ramai saudara mara datang menjenguk ada jugaklah yang menghulurkan sedekah/derma...jumlahnya adalah linkungan RM1500----RM2000,..., Si ibu dan ayah di kampung turut sama membayangkan gelapnya kehidupan selepas terang walaupun seketika...kerana selama ini, cikgu adnan seorang sahaja yang boleh diharapkan dan tempat mereka bergantung hidup. Di kampung RM300-400 sebulan cukuplah untuk makan pakai...Mana nak cari duit?mana nak cari duit?? mana nak cari duit untuk teruskan hidup???

Hidup perlu diteruskan...

Benar kata orang "Money is not everything, but everything are almost about money!!" Andaikan aku ada RM50,000 sekarang...pasti dan pasti hati tidak setakut ini....

Hadith riwayat Bukhari
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

 Cek tunai RM 200,000...

Atas nama Cikgu Adnan cek tunai bernilai RM 200,000 sampai ke rumah.Apakah ini??siapakah yang baik hati mendermakan wang sebanyak ini???it comes from...DANA TAKAFUL, simapanan RM 150 setiap bulan yang Cikgu Adnan amalkan sejak 3 bulan lalu..Masyaallah...betapa besarnya nikmat dan rezeki yang Allah turunkan.


Tiada apa yang nak dilafazkan hanyalah mampu menadah tangan sambil berlinangan air mata tanda "penjat syukur kepada Allah yang tidak terhingga".. Dalam masa yang sama, berjuta-juta terima kasih kepada GREAT EASTERN Financial Advisor yang datang menyerahkan cek. Menangis kerana malu dahulunya menjadi penentang no. 1 takaful di dunia. Penentang no. 1 apabila si suami menyuarakan keinginan untuk mula menyimpan dengan GREAT EASTERN TAKAFUL, menjadi penentang no. 1 plan-plan yang menggunakan pepatah "menyediakan payung sebelum hujan" kerana yakin kami masih muda, masih kuat bekerja tak perlukan insuran hayat kerana kami mampu kumpul duit sendiri untuk tanggung kos rawatan dan tanggung keluarga jika terjadi apa-apa..dan kemungkinan besar tak terjadi apa-apalah lagipun kami kan sihat walafiat je. tak ada penyakit... 

Ini kisah benar..yang saya suka untuk kongsikan dengan semua sahabat sekalian.jadikan ikhtibar jika ianya berguna. Tiada yang lebih baik daripada wang ringgit di saat kita ditimpa kesuasahan. risiko di mana-mana...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.Percayalah, tiada satu sahabat pun yang sudi menghulurkan derma RM100,000 di saat kita ditimpa musibah hanya "sabar, sabar, sabar..." yang tidak langsung menambahbaikkan keadaan hanya sekadar ucapan melepaskan batuk di tangga. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"..Renung-renungkan. 

Say yes to TAKAFUL. kepada yang sudah mempunyai takaful TAHNIAH kepada diri sendiri kerana anda telah menyelamatkan masa depan anda dan orang yang anda sayangi di sekeliling anda serta mampu mendidik diri menabung secara disiplin dan dalam masa yang sama menikmati faedah-faedah yang dikongsi bersama pencarum-pencarum TAKAFUL. Yang masih tertinggal bas tu, mulakan hari ini kerana "anda tidak mampu mengubah arah tiupan angin, tetapi anda mampu mengubah layar kapal kerana andalah nakhoda sesebuah pelayaran kapal di lautan"...

Yang mana menjadi keutamaan di saat kesusahan ?
Kad kredit
 kad ATM
Kad Perubatan

Kajian:
Kad kredit - dah tak boleh kerja tambahkan hutang lagi??sapa nak bayar nanti
 kad ATM -  Nak guna pun, mana ada duit dalam tu...dah habis selepas 5 hari gaji masuk
Kad Perubatan - ada sejumlah wang tersimpan RM720,000 + pampasan RM200,000 +++


Tuesday, February 21, 2012

Motivasi hari ini: Strategi Selamat Untuk Kebebasan Kewangan di Usia Muda

Assalamualaikum,

Hari ini, saya terbaca satu artikel yang sangat berfaedah untuk dikongsikan dengan anda semua...iaitu "Strategi Selamat Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan di usia muda"

Ringgit Malaysia baru 2012
          
Sediakan senarai pengaliran wang keluar dan masuk

Pembelajaran strategi selamat untuk kebebasan kewangan bagi sebahagian besar hanya bebas hutang secepat yang mungkin. Anda tidak boleh mengawal ekonomi dan anda tidak boleh mendapatkan lebih banyak wang apabila diminta, tetapi anda boleh mengawal penggunaan wang anda dan bagaimana anda membelanjakan.

Dengan tidak hidup di luar kemampuan dan tidak menggunakan kad kredit untuk perkara yang anda benar-benar tidak perlu dan tidak mampu, anda akan mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.
Itu adalah sesuatu yang ramai orang terpaksa berjuang dengannya, terutamanya pada permulaan proses untuk mencapai kebebasan kewangan. Mereka berfikir bahawa mereka perlu ‘perkara-perkara tertentu atau mereka perlu melakukan perkara-perkara tertentu yang benar-benar bukan satu keperluan.

 Ramai yang ada sehingga 3-4 keping kredit kad

Rahsia jiwa menjadi sangat tenang dan lapang .....

Salah satu strategi pertama yang selamat untuk mencapai kebebasan kewangan adalah untuk mempelajari apa yang benar-benar penting dan apa yang anda benar-benar tidak penting. Saya tahu orang-orang yang tidak mampu untuk membayar sewa rumah@ansuran bulanan kereta mereka, tetapi mereka akan keluar juga dan membeli telefon bimbit yang terbaru dan terhebat. Telefon ini boleh melakukan perkara-perkara yang begitu banyak, ia adalah benar-benar berguna, tetapi mereka tidak memerlukannya sebenarnya.


 Mereka tidak menjalankan suatu perniagaan@perdagangan yang besar di mana mereka perlu berhubung dengan ramai kenalan di seluruh dunia, mereka hanya mahu telefon itu kerana ia canggih/elegan/nampak mewah sedangkan tidak mampu sebenarnya. Saya juga akan mencintai telefon bimbit yang hebat-hebat  juga, tetapi saya tidak mampu.

Semua ini adalah keputusan yang sukar untuk anda laksanakan dan mempunyai hak keatasnya samaada nak buat sekarang atau terus tunggu dalam mengajar diri anda untuk melaksanakannya jika anda benar-benar mahu mencapai kebebasan kewangan.

Jika anda rekod setiap perbelanjaan & penggunaan bajet bulanan anda dan dengan jujur ​​menilai setiap transaksi itu yang boleh dikurangkan atau dipotong terus, dengan ini anda boleh membebaskan sejumlah wang dan anda boleh menggunakannya sama ada untuk membayar balik hutang atau memulakan akaun simpanan.
 Mulala menyimpan dari sekarang

Jika anda ada sejumlah wang simpanan sekarang, anda boleh mengambil wang tersebut untuk membayar hutang semasa anda. Ia benar-benar cukup mudah, anda hanya membuat senarai hutang dan pilih salah satu yang boleh dibayar habis. Kemudian, anda boleh menambahkan bayaran minimum yang anda biasa lakukan untuk hutang lain, anda boleh menggunakan wang yang anda telah bebebaskan dan membuat pembayaran yang lebih besar.

Dengan berbuat demikian, anda akan membayar hutang yang tinggal lebih cepat berbanding tempoh yang sepatutnya berbanding anda hanya membuat bayaran minimum. Selepas beberapa tempoh anda akan membayar hutang tersebut sepenuhnya, maka anda mengambil wang lebihan hutang itu dan membuat bayaran untuk hutang anda yang seterusnya. Teruskan berbuat demikian sehingga semua hutang dibayar sepenuhnya.

Sebaik sahaja anda telah bebas dari hutang anda, anda boleh mengambil wang bersih yang anda ada dan meletakkannya ke dalam akaun simpanan atau ke dalam sejenis pelaburan. Daripada membayar kadar faedah yang sememangnya tinggi ke atas hutang anda, anda boleh mula mendapat faedah & keuntungan/dividen ke atas wang anda.

Menggunakan strategi selamat untuk kebebasan kewangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah satu teknik yang mudah tetapi terbukti mempunyai lebih kawalan ke atas kewangan anda, dan itulah kebebasan kewangan sebenar ada!!All the best...selamat mencuba..

Sumber: http://maklumatkewangan.com/2012/01/strategi-selamat-untuk-kebebasan-kewangan/

Monday, February 20, 2012

.i-Great Iqra’ untuk si manja


Assalamualikum..



              Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk si kecil mereka. Sejajar dengan itu, Great Eastern Takaful Sdn. Bhd telah melancarkan satu produk baru yang dinamakan Great i-Iqra'. Produk yang direka khas untuk tabungan si manja yang beragama Islam. Dapatkan plan terbaik ini untuk pendidikan yang akan membina asas anak-anak anda untuk mencartakan cara mereka melalui kehidupan.

                 
Dengan peningkat kos pendidikan sekarang ini, ia kaedah cermat menyediakan perancangan untuk hari esok, bermulah hari ini.i-Great Iqra’ adalah keperluan pelajaran anak anda. Tabung itu akan berkembang dengan peningkatan peruntukan pelaburan dan yang terbaik, ia datang dengan perlindungan juga.
 

Plan ini boleh didapati pada 9hb Februari 2012(available now!!) dan menyediakan faedah-faedah:  
  • Kematian
  • Lumpuh
  • Kematangan
  • Hadiah Pencapaian Cemerlang


  • Mengapa perlunya plan Iqra' ini?...kita seringkali mengharapkan biasiswa semata mata dalam merancang pendidikan anak-anak sedangkan kita tahu tidak semua anak-anak kita mampu bersaing dalam mendapatkan keputusan cemerlang seperti mana kita dahulu (kalau yang parents bijaksana lagi hebat).Pernahkah kita fikirkan bagaimana nasib anak-anak kita yang tidak mendapat biasiswa seperti yang diharapkan??
  • Dengan adanya plan tabungan beserta pelaburan jangka panjang ini, kita mampu mencipta masa depan anak2 kita jauh lebih baik daripada yang kita jangkakan.dengan seumur 18 tahun, si manja kita akan mendapat sejumlah simpanan yang besar RM40,000-200,000. Adakah ini sangat membantu di saat kita sangat memerlukan?
  • Simpanan bulanan yang sangat rendah bermula RM125 sebulan, selain daripada simpanan yang diperolehi yang dimanfaatkan untuk pembiayaan pendidikan (yuran universiti/kolej dll), ada manfaat lain yang sangat berfaedah yang tidak terdapat di mana-mana spt mana anda menyimpan di tabung haji atau bank bank.
  • Iaitu: jika berlaku sesuatu kepada pencarum (mendapat penyakit kronik@lumpuh@mendapat malapetaka yang tidak membolehkan pencarum bekerja lagi) iaitu bapa/ibu yang bertindak sebagai pencarum tidak perlu lagi mencarum kerana Great Eastern akan mengambil alih sebagai pencarum bulanan sehingga umur si manja 25 tahun.
  • Selain itu tabungan ini sangat terjamin (guaranty) dan "secure"..kenapa, bermula sahaja bulan pertama caruman, jaminan masa depan si manja adalah pasti.Ibu bapa tidak perlu lagi bimbang tentang masa depan dan KEWANGAN si manja.
  • Jika si manja mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, si manja akan dihadiahkan wang tunai...sebagai tanda "tahniah!!".Secara tak sedar hadiah ini adalah mewakili ibu bapa. Mungkin tak ada wang ringgit untuk dihadiahkan ketika itu, inilah penggantinya..tak perlu risau lagi setiap kali menjelang peperiksaan memikirkan hadiah & duit yang perlu disediakan.Semuanya sudah tersedia utk si manja.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature