Dalam kehidupan seorang petani, harinya dihabiskan dengan bekerja di ladang untuk mendapatkan hasil tanaman atau ternakan. Jasa petani dalam memenuhi keperluan bahan makanan manusia sehari-hari tidaklah boleh dianggap kecil walaupun pedapatan mereka sederhana dan kehidupan mereka tidaklah begitu mewah.
ada satu kisah pada suatu masa dahulu, tinggallah dua orang petani dalam sebuah perkampungan. Yang seorang termasuk dalam golongan orang berada (kaya) tetapi malangnya, dia memiliki sifat:
iri hati (dengki)
angkuh
sombong
kedekut
Manakala petani yang seorang lagi termasuk dalam golongan yang miskin tetapi dia bersifat redha dengan rezeki yang tidak seberapa hasil daripada usahanya di samping bersifat sabar disertai keyakinan bahawa segala rezeki datangnya dari Allah.
Kedua petani itu hidup berjiran dan mempunyai kebun yang berdekatan. Petani yang kaya itu memiliki kebun yang amat luas dan binatang ternakan sementara petani miskin memiliki kebun yang tidak berapa luas dan tidak pula memiliki binatang ternakan. Tetapi dalam kemiskinannya itu, dia masih suka berderma pada orang yang lebih miskin daripadanya.
Hampir setiap hari, petani yang kaya itu membangga-bangakan hartanya serta selalu mengejek petani yang miskin tetapi petani miskin itu tetap sabar dan tidak menghiraukan ejekan petani kaya, apalagi membalasnya. Lebih-lebih lagi ketika waktu memungut hasil, bertambahlah kesombongan dan keangkuhan petani kaya.
Walau bagaimanapun, segala sesuatu itu hanya Allah yang menentukan sebagaimana yang terjadi dalam peristiwa berikutnya.
Adapun benih yang selalu ditabur oleh petani miskin adalah buah lengkuang. Pada suatu ketika semasa memungut hasil, petani miskin merasa sangat hairan apabila melihat buah lengkuang yang teramat besar. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menemui lengkuang yang amat besar seperti itu, bahkan petani-petani lain di kampongnya juga tidak pernah melihat keadaan sebagaimana demikian.
Oleh kerana sangat gembiranya, dia tidak menjual buah lengkuang yang besar itu malah berniat dengan ikhlas kerana Allah untuk menghadiahkannya pada raja.
ganbar hiasan
Pada keesokkan harinya petani miskin itu berpakaian kemas lalu pergi ke istana raja dengan membawa bersamanya buah tersebut. Setelah sampai di istana langsung dia datang mengadap raja. Raja pun bertanya,” Apakah gerangan hajat kamu datang kesini?
Jawab petani, “ Tuanku, sesungguhnya patik adalah seorang petani miskin. Patik selalu menanam benih buah lengkuang dan hasilnya patik pergunakan bagi memenuhi keperluan hidup patik sekeluarga. Pada masa memungut hasil kali ini, Allah memberikan rezeki lebih pada patik tidak sebagaimana biasa. Oleh itu, dengan ikhlas hati patik ingin menghadiahkannya kepada tuanku.”
Setelah berkata demikian, petani itupun mengeluarkan bungkusan yang berisi buah lengkuang tadi dan memberikannya pada raja. Raja juga merasa sangat hairan apabila melihat buah lengkuang yang sangat besar itu yang tidak pernah ditemui seumur hidup baginda sebelum ini.
Setelah itu, segera petani miskin itu meminta izin untuk pulang tetapi raja menahannya seraya berkata’ “ Tunggulah sekejap, beta jugga akan berikan hadiah sebagai balasan di atas keikhlasan kamu. “ Baginda lalu menghulurkan dua keeping dinar emas sambil berkata “ Gunakanlah wang ini untuk membeli tanah bagi meluaskan pertanianmu.”
Dengan rasa sangat gembira, petani miskin itu kebali kerumahnya. Tidak pernah selama hidupnya mendapat wang sebanyak itu. Wang itu kemudian digunakan untuk membeli sebidang tanah yang lebih luas daripada yang dimiliki oleh petani kaya yang sombong itu. Dia juga membeli binatang ternakan sehingga akhirnya dia menjadi lebih kaya daripada temannya itu tetapi dia tetap berbudi luhur, bahkan makin banyak bersedekah pada orang-orang miskin.
Apabila melihat perubahan yang begitu mendadak, petani sombong itu merasa iri. Dia cuba berbaik-baik dengan petani miskin itu dan selalu bertanya dari mana diperolehinya wang bagi membelitanah dan binatang ternak yang begitu banyak.
gambar hiasan amik dr google
Jawab petani miskin, “ Semuanya pemberian Allah. Aku mendatangi raja di istana baginda dan menghadiahkan sebiji buah lengkuang yang amat luarbiasa besarnya pada baginda. Oleh kerana besar hati di atas pemberianku, baginda menghadiahkan dua keeping dinar emas untuk aku gunakan bagi memperluaskan pertanianku.”
Mendengar penjelasan petani miskin itu, maka petani sombong berniat pula untuk melakukan yang sama pada raja bagi mendapatkan balasan dari baginda. Nafsu serakahnya ingin segera mendapatkan kekayaan.Lalu pada keesokan harinya, dia pergi ke istana dengan membawa seekor binatang ternak yang paloing gemuk untuk dihadiahkan pada raja.
Setelah sampai di istana, dia segeran mengadap raja dan menyampaikan hadiah pada baginda. Mereka berbual-bual beberapa lama, namun baginda tidak juga memberikan sebarang hadiah kepadanya. Manakala raja pula merasa hairan melihat tetamunya yang tidak menampakkan tanda-tanda mahu beredar dari situ. Akhirnya baginda dapat mengagak hasrat tetamunya.
Lama kelamaan setelah jemu menanti, petani sombong itupun meminta diri untuk pulang tetapi baginda menyuruh tunggu sebentar. Dengan perasaan gembira, petani sombong itupun menanti dengan berangan-
angan mendapat balasan yang menguntungkan.
Tidak lama kemudian, baginda keluar dan menyerahkan sebuah bungkusan dengan katanya, “ Wahai petani, terimalah separuh daripada buah lengkuang yang beta dapat daripada seorang petani miskin.”
kikikiiiii......lawaks betul jugak kan?
hehhehehe....ni lagi betul alim-alim facbook ni ngeeee...ramai.
Perasaan kesal menyelubungi hatinya. Kalau hanya inilah balasan yang diterima, lebih baik tadinya dia tidak bersusah payah mengadap raja.
Maka pulanglah petani sombong itu dengan rasa kesal dan rugi kerana menghadiahkan binatang ternakan yang gemuk, hanya untuk menerima balasan separuh buah lengkuang yang tidak seberapa harganya.
012-6260742
takaful financial advisor
"jangan kita sombong berjalan di atas muka bumi ini"
Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan
tq blogger: http://hani51.blogspot.com/2012/09/kisah-dua-orang-petani.html
No comments:
Post a Comment