"BERAKSI KAYA di depan anak-anak sedangkan TENAT ekonomi keluarga"
TIPS bagaimana nak ajar anak-anak tentang kewangan?
sebelum tu: 3 cara anak-anak kita belajar:
- pembelajaran langsung
- drp pemerhatian
- daripada teladan
"they love mimicking adults"
- Children learn what they live
contoh: ke kedai anak nak toys yang agak mahal...apa respon anda?
a) menjerit "mahal ni..mama takde duit!" - dengan intonasi marah dan geram
b) "kita tak boleh beli setiap apa yang kita tengok. kenapa adik(nama panggilan anak) nak toys ni? kan banyak lagi toys lain. ada tak toys yang lain boleh adik pilih?" -intonasi berunding
REFRAME setiap keadaan yang nampak tidak meberangsangkan kepada satu keadaan yang menggembirakan....
di rumah:
"3 sistem jar". sediakan 3 jars dan labelkan
- simpanan
- belanja
- kongsi
setiap kali anak terima "elaun" atau duit tak kira drp ibu bapa/pemberian org lain(hadiah birthday dll)..paksa mereka membahagikan duit tersebut ke dalam tiga jar tu mengikut %!
***jika anak-anak nak beli gula-gula/beg baru (tambahan drp sedia ada)/ toys/stickers arahkan mereka ambil drp "SPEND" jar.
Praktis: memberi mereka elaun
teknik ini adalah teknik paling bagus mempraktik apa yang dihadapi oleh org dewasa dalam kehidupan harian sebenar. Supaya mereka tahu mereka perlu mendapatkan wang untuk memiliki sesuatu! dan lebih bijak berbelanja dalam masa sama membina rasa tanggungjawab "duit bkn kepunyaan bersama dan sewenang-wenangnya dibelanjakan tetapi ianya kepunyaan masing-masing"
give an allowance
jadikan aktiviti wajib hujung minggu untuk menguji apa yang anak-anak faham tentang kewangan
contoh: bila bershopping...tunjukkan anak-anak price tag, terangkan kpd mereka berapa kosnya sebelum meletakkan ke dalam troli. Bercakap (verbalise) apa yang sedang kita buat! dan mereka akan mula lebih faham....sampai di kaunter bayaran, tunjukkan jumlah yang anda bayar. anda mungkin menggunakan : KREDIT KAD/ CASH/ DEBIT CARD.
(visualise apa yang berlaku setiap hari)
Memberi setiap ahli keluarga tugas rutin mengikut kemampuan masing-masing
bahagikan setiap tugasan rumah kepada setiap ahli keluarga supaya mereka ada (MINDSET) mereka adalah sebahagian drp ahli keluarga! menunjukkan tanggungjawab tu perlu dan bagaimana kewangan dalam keluarga berfungsi.
Bermain untuk belajar
saidina upin ipin
participate dlm permainan berunsur kewangan is THE BEST WAY for kids to learn. atau libatkan mereka dengan membuat keputusan berkaitan kewangan time g shopping kat supermarket. jangan paksa anak-anak buat keputusan sbb setiap anak ada keunikan & keupayaan sendiri ada yang cepat belajar ada yang kurang cepat! tungu sehingga mereka ready untuk mengira wang!ELAKKAN TERLALU BANYAK RULES YANG SEHINGGA-AKHIRNYA ANDA & ANAK-ANAK malas nak bermain lagi....sebab terlalu banyak syarat! bosannnnnnnnnnn giler...main rileks-rileks jer ok :)
lepas main: pastikan KAD KREDIT/ DUIT LEBIH disimpan di tempat yg sepatutnya supaya anak-anak faham...apa yang penting dan tak boleh ambil sambil lewa.contoh KREDIT/DEBIT KAD. tell them apa yang boleh amik apa yang tak boleh amik drp wallet anda!!
kenalpasti KEPERLUAN vs KEHENDAK
keperluan: sesuatu yang kita perlu utk teruskan kehidupan eg: makanan, udara bersih, rumah yang selesa VS kehendak sesuatu yang tak menjadi barang asas eg: toys, gadjet dll. parents bertanggungjawab menerangkan perbezaan kedua-duanya...
Programkan semula minda anak-anak
dari TV, majalah, iklan anak-anak akan terdedah dengan pengaruh barang-barang yang mahal dan menarik perhatian mereka contoh "kinder joy" berapa ramai anak-anak sukakannya????angkat tangan... mainan tak seberapa, makanan lagilah tak setimpal.harga dia emmm.....boleh beli sekotak ice cream cornetto mini!so kurangkan waktu menonton TV dan ambil peluang untuk berbincang setiap apa yang mereka lihat tak semestinya SIHAT, BAIK dan PERLU MILIKI!!
Selalu berkongsi idea dan real aktiviti bersama mereka
kanak-kanak tidak ada perasaan "mine" syndrome dan tiada apa-apa dengan kepentingan diri dan agresif. mereka sekadar belajar untuk tidak rasiona. cipta satu suasana yang sentiasa BERKONGSI untuk mereka belajar dengan lebih banyak dan faham tentang kehidupan
Membayar bil
selalu bercakap dengan anak-anak kepentingan menguruskan duit dan tanggungan bulanan yang wajib dibayar. Bantu mereka utk faham ttg bayaran intallment rumah, bil elektrik, telefon, wifi dan utiliti yang lain.Supaya anak-anak faham setiap yang digunakannya mereka ct telefon, travelling (fuel) menggunakan duit. pentingnya menguruskan kewangan...
Biarkan mereka melakukan kesilapan
jika mereka melakukan kesilapan kewangan..biar je.supaya mereka belajar kesan daripada kesilapan! ini mampu mengelakkan mereka drp tersilap besar lagi apabila makin dewasa dan mampu buat keputusan LEBIH BIJAKS! cth; anak-anak yang tidak ada ilmu kewangan akan cenderung memiliki kereta mahal apabila dapat gaji pertama yang mana terjerat dengan kesulitan kewangan untuk tempoh 9 tahun satu keperitan...kerana gagal menilai komitmen yang bakal muncul dlm tempoh 9 tahun yang dihadapi.eg: berkahwin, berkeluarga, tolong family, beli rumah, tukar telefon dll....
ajar mereka tentang satu drp 8 keajaiban di dunia - albert einstein
COMPOUND INTEREST - "interest on interest"
kebanyakan ahli perniagaan dan ketua-ketua menggunakan prinsip ini. the best teaching ever u give them for their entire life...
look up next "PARENTS' tips"
ikhlas,
islamic financial planner
012-6260742
No comments:
Post a Comment