Followers

Sunday, December 15, 2013

Tips nak tambah pendapatan

Susahnya hidup di zaman sekarang kan? "terlalu banyak cabaran" kewangan, keluarga, kerja dan kehidupan..tapi takde cabaran tak bermakna plak hidup ini...

di antara cabarannya:

1. Malas nak kerja - ni kes untuk majoriti wanita. especially yang dah bergelar ibu/mommy/mama/umi/mak dll. Sayang naK tinggal anak. betul tak? Kalau kerja nak kena cari pengasuh. Pengasuh pun bkn senang nak cari yg baik. Nursery lagi ngeri dengan kes-kes pelik-pelik zaman sekarang ni. Kematian , tersedak susu, lebam-lebam, kena dera...semua ini masalah utama ibu-ibu berkerjaya. Sampai ada yang ambil keputusan "BERHENTI KERJA" jaga anak..masalah ke-2 plak muncul..tak cukup duit. drp 2 income mengecil menjadi 1 income..huhuuu..memang semua kena cut!!

bila nak pukul 5 pm ni???


cadangan: ibu boleh mulakan bisnes kecil-kecilan dengan modal kecik dulu tapi "KONSISTEN" maksudnya berterusan. jgn tarik handbreak! buat smp berjaya..apa sekalipun dugaan dan rintangan di tengahnya..teruskan berjalan, tak larat berjalan,merangkak..kalau rezeki baik skit..terus berlari dan melompat...tujuan nak dapatkan masa kerja yang lebih flkeksibel


2. Masa kurang bersama anak-anak: kerana terlalu busy dengan kerja. kerja mmg memerlukan komitmen yng tinggi. apa-apa kerja sekalipun. lagi-lagi ada part time bisnes! balik kerja nak kena buat kerja rumah lagi..oh no...memang rasa nak berperang je dengan husbans\d kerana "terlalu penat" . dah cukup bersabar tetapi "tahap HILANG SABAR" dah wife ni jiwa nak selagi anak tak settle, belum makan, belum mandi tak boleh rehat sebab nak anak-anak selesa baru tenang nak rest!..selagi rumah masih berselerak macam tongkang terbalik tak boleh rest..sakit mata memandang! tapi para SUAMI boleh duduk santai tengok TV...uhhh..mmg terbakar. betul tak?

housewife

cadangan: ambik maid. Pembantu yg tolong selesaikan semua kerja rumah.walaupun selepas ambik maid rasa bengang dengan maid plak perangai dia..tapi yang pasti anda akan kurang sakit hati dan "muram durja/bengang" dengan husband. cubalah...rasakan perbezaannya. lebih bahagia rumah tangga..selalu tersenyum je kat rumah. marah maid lagi bagus drp marah husband!!ehhee..

3. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang: perumpamaan yang dulu kala ni makin menjadi jadi sekarang kan? maksudnya bukan sampai tak makan tengah hari..makan juga tetapi terpaksa ambil "pakej ekonomi". Bila dapat gaji belanja-belajan barang keperluan dapur & rumah..balance pun takde. lepas 2 minggu gaji..terpaksa ikat perut,.nak makan "pizza", "kenny rogers", "secret recepi" kena tunggu hujung bulan lagi (hari gaji). sesuai perumpamaan ini...

restructure kewangan keluarga

cadangan: buat budget yang lebih teliti. bahagikan kepada 3 kategori: selepas tolak semua installments sekarang yang sedang berjalan dan wajib dibayar, bahagikan kepada 2 kategori expenses: keperluan vs kehendak. kadang-kadang susah nak bezakan jugak kerana melibatkan personal interest. jadi lepas shopping di tesco ambil resit check satu persatu. baru ketegorikan. macam mana nak tau keperluan atau kehendak. kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. fokus kepada keperluan dahulu dan paksa diri menyimpan sedikit. lama kelamaan kesempitan "kais pagi mkn pagi" ini akan beransur kepada "kais pagi makn 3 hari, kais malam makan sebulan.." hehe..tingkatkan simpanan secara perlahan-lahan sampai mencecah 1/3 pendapatan setiap bulan. baru hidup akan menjadi semkain selesa, tenang dan bahagia. lama kelamaan simpanan akan menjadi satu "tabiat" atau habit..ini saja penyelesaian atau jalan keluar utk semua org yang di salam kesempitan. Dengan simpanan kita boleh mula invest utk mendapatkan 'passive income" setiap bulan. simpanan paling best: GREAT EASTERN TAKAFUL...susah nak bawak keluar..selamat.potong simpanan dulu baru belanja. cukup tak cukup paksa je!!kalau tak gerenti 15 tahun kerja pun simpanan tetap "RM 10.15" je (baki ATM yg tak boleh bawak keluar)


4. tak pandai bisnes. mulakan kecil-kecilan.multiple income!! jgn terus nak untung cepat, kaya cepat, senang cepat buat loan banyak2 invest dlm perniagaan yg menjanjikan "janji-janji manis mengalahkan kuih cara yg gula tu"..nanti bukan dapat kemanisan tapi dapat diabetic!! lagi seksa jiwa raga...bersabar dlm perniagaan.

online business

cadangan: paling senang sekarang ni mulakan perniagaan online. tak perlu sewa kedai, gaji pekerja, dan lain-lain. mulakan dengan duit simpanan je bulan LOAN juta-juta.jual tudung ke, jual baju ke, jual barangan wanita. jangan terlalu mahal..pilih produk yang kita kalau tengok pun rasa nak beli dan tak fikir 10x nak beli sebab harga tertalu mahal..boleh mula berjinak-jinak guna internet ketika masa rehat di ofis atau malam-malam di rumah. lagi-lagi sekarang internet di dlm handphone. senang nak berurus niaga 24 jam kemana-mana. dalam kereta pun boleh berbisnes. TIADA ALASAN UNTUK BERUBAH!!

ok apa pun, jangan takut utk berubah! cari jalan utk menjadikan kehidupan anda sejuta kali lebih baik sentiasa. mencari motivasi daripada pelbagai sumber: baca blog, facebook, kawan-kawan yang positif, dan buku-buku motivasi, belajar drp pengalaman orang-orang berjaya baru kita menjejaki kejayaan mereka!! jika tidak 100% seperti mereka sekurang-kurangnya 50% sebahagian drp mereka...yahoooo!!

menuju hidup dengan "KEBEBASAN KEWANGAN" dan hidup penuh bahagia....


financial adviser,
hasbah juwaini,
Great Eastern Takaful
012-6260742

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature