Followers

Wednesday, December 11, 2013

dengar-dengar macam semua harga keperluan asas dan lain-lain akan meningkat lagi drastik 2014?

assalamualaikum.............

financial calculation


sekadar perkongsian sebab tengah giat menelaah dan mempraktikkan pengurusan kewangan berhemah sekarang ni...kenaikan keperluan asas atau kos hidup ni kita panggil inflasi. ramai tau perkataan "inflasi" tapi langsung tak faham apa benda sebenarnya INFLASI. kadar inflasi malaysia kurang dari 3-4% setahun menjadikan malaysia negara yg paling rendah kadar inflasi.

definisi: Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.(wikepedia).

***samalah konsep RM1000 tahun 1985 dulu dengan sekarang sama x?jauh langit dan bumi la kan?itu kita panggil kesan inflasi...satu dunia mengalaminya..

kesan inflasi:
- setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya.
- inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli
-  Kesan positif: menyesuaikan kadar faedah nominal (mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi)
- menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.


siapa kawal inflasi??
- pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank. MEMANG TAK DAPAT DIELAKKAN

apa boleh kita buat sebagai orang biasa?yang berpendapatan biasa atau lebih-lebih biasa tapi masih belum LUAR BIASA...maknanya masih wajib bekerja, kalau tak kerja mmg sangkutlan..kalau boleh tahan pun 2-3 bulan je...Luar Biasa utk org2 yg dah terlalu banyak pasif imcome drp investment dll..kalau tak kerja sampai mati pun, duit tak kurang, tetap boleh jalan-jalan oversea setiap bulan, boleh beli apa dia nak walaupun handbeg BIRKIN RM200k seutas hehhee....

ORANG BIASA DALAM PERJALANAN MENJADI LUAR BIASA (merujuk kewangan sahaja ye)

1. Belajar tentang pengurusan kewangan yang berkesan. tetapkan matlamat(goal) utk tempoh tertentu berapa anda perlukan utk terus hidup baru anda boleh declare "financial freedom"

praktis ni berdasarkan AKPK & azizi ali(jutawan hartanah malaysia) punya buku:

cara nak kira:
- kalau rumah tengah duduk sekarang ni(dia bukan aset ya..its a liability sebab tak mendatangkan income sesen pun dan jika masih membayar insallment bank) pastikan tidak melebihi 20% daripada pendapatan bulanan.kalau melebihi 20% anda dalam keseksaan kewangan..betul x?be fair to yourself..sambil baca praktis utk diri sendiri.amik calculator kira..

- total komitmen (kereta, 2nd house ada penyewa@x, hutang personal loan, hutang lain-lain, installment simpanan, installment insurance dan lain-lain) : selepas tolak komitmen rumah yang diduduki..mesti tidak melebihi 40% utk gaji di bawah RM8000. utk gaji di atas RM8001-ke atas bolehla total komitmen up to 60%. kenapa?cth:orang gaji 10,000. fixed commitment 60%=RM6000, masih berbaki RM4000. cukup tak utk makan, jalan2, petrol shopping, vacation ++.. cukup jika kita hidup di malaysia. tetapi utk yg bergaji RM6000, 40% kepadanya adalah 2400.ada berbaki 3600. selesa tak untuk hidup? masih selesa.. boleh simpan seribu sebulan..tetapi kalau org berjagi 6000 ke bawah mempraktikkan 60%=RM3600, hanya berbaki 2400? dengan kos kehidupan sekarang, duit sekolah anak, duit makan, bil telefon, bil api, bil air, travelling ++ sekadar mencukupi.cuba sedaya upaya manage ur money to make it 40% only from ur total monthly income after deduct your EPF (gaji bersih). utk berniaga sendiri amiklah satu pension scheme (byk ditawarkan oleh syarikat takaful dan government juga..retirement fund) then kira macam di atas.

2. kumpul sebanyak maklumat : punca pendapatan yg kita ada dan punca kehabisan duit ke mana...senaraikan

3. analisa setiap expenses yang dibuat. kat mana boleh potong kat mana boleh maintain utk increase pendapatan sikit

4. jumpa financial planner dapatkan idea proper py pengurusan kewangan utk prepare "personal financial statement" utk anda
5. tujuan financial planner boleh motivate kita di saat frust dan tgh semngat nak implement @ sebagai motivator
6. sama-sama monitor dan review the progress of financial planning...(mutual agreement)


get 1 financial adviser for ur family

***note: jgn cari financial planner yg semata-mata nak promote product syarikat mereka semata-mata tanpa menghiaukan kita punya keutamaan (PRIORITIES). setiap org punya financial planning berbeza-beza mesti "custom made" sbb kita punya matlamat berbeza. ada org suka kaya tapi asalkan selesa. ada org suka kaya tapi nak round dunia. ada org suka kaya tapi tak suka travel suka habiskan duit utk kereta mewah idaman. ada org suka kaya tapi nak spend utk rumah dan shoipping je...berbeza-beza. ****

 ada satu pepatah " kita hari ini dalah apa yg kita rancangkan 5 tahun yg lalu" betul ke??

fikir-fikirkan. jika ari ini kita masih degil utk bertindak ke arah lebih baik,...kita akan masih sama 5 tahun lgi..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature