Goods and Services Tax(GST)
dah banyak kali baca sikit-sikit pasal GST tapi saya masih tak faham apa benda alah ni secara lebih mendalam. arini kebetulan free rasa nak kaji betul-betul apa benda GST ni dan kesan kepada consumers. baik ke buruk ke? 2014 yang akan menjelma memang memberikan pelbagai tanggapan...rasa takut nak masuk ke tahun baru apabila digembar gemburkan dengan kenaikan kos hidup yang melampau....lets check it out.......
Goods and Services Tax
tax to be paid at every stage of transaction of Purchase and Sale.
1.rujukan kerajan malaysia dulu lepas tu kita compare dengan website luar (international)
http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_wi.aspx (kastam malaysia)
"GST atau VAT(value added tax) yang diamalkan oleh banyak negara di seluruh dunia. hampir 90% populasi dunia hidup dengan GST termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapore and India. GST adalah tax ke atas barang dan servis pelbagai peringkat pembekal-pengguna. (pengguna tu pembeli lahh).
supply chain
walaupun GST dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekal, GST tidak meningkatkan harga kos barangan tersebut kerana GST hanya dikenakan ke atas input perniagaan yang dituntut sahaja?? (tak faham kan?..hehehe.. english dia "GST paid on the business inputs is claimable"
kesimpulannya, tak kisah berapa banyak peringkat pembekal yg dilalui oleh barangan tersebut kerana tax akan ditolak semula daripada perniagaan yg berlaku selepas rantaian pembekal. emmm..makin confuse??huwaaaaa.....lagi?Input tax?
nampak kat sini akhirnya "refundable" maknanya dapat balik ke??sapa yang dapat?
memang confuse..
GST = VAT
output = customer bayar
input= manufacturer bayar kat suppliers
CONTOH: BELI PETI AIS
masa kat kilang(manufacturer) nak hasilkan satu peti ais yang berguna ni memerlukan banyak parts dan bahan mentah. so kilang kena bayar dah tax kar setiap suppliers.lepas tu bila sampai showroom, customer belek2 berkenan plak..bila beli kena lagi tax. akhirnya pengguna lah yang bayar tax ni..
kira camni: input tax(manufacturer) + GST = harga kita beli(output tax) !! macam ni betul la kita bayar lagi mahal...peniaga yg takde kos tambahan sbb charge kat customer...tapi kan diorang macam putar belit formula ni:
GST = output tax - input tax....dalam math kita leh terbalikkan" GST + input tax = output tax"
daripada gambar ni nampak selepas GST jadi lebih rendah tax? tax sebelum GST 90 sen selepas GST jadi 60 sen je...jimat 30 sen!! macam mana plak ni??
rasa sekarang makin faham sikit:
macam ni...tadi nampak macam pengguna kena tanggung semua tax ni.tu memang betul..cnth tax 6% bila kita beli KFC, tiket air asia, Mc donald, Pizza hut, star buck cofee dll....kita terlupa nak cerita pasal 6% yang mmg dah lama dilaksanakan di malaysia. selama ni kita mmg duk bayar dah 6% tax ni kat pembekal pun..(wholesaler) sekarang GST ni menggantikan tax sedia ada je..contoh dalam resit tulis mcm ni:tapi ni cth 5%..takperlah ye contoh je..
resit KFC pasir gudang, malaysia.
"government tax 5% (0.05 x RM38.30 = RM1.915 , bila round up jadi 1.92 sen la..)
kalau dulu 5% = Rm1.92 sen ni semuanya KFC kena bayar kat kerajaan, RM38.30 KFC amik!!
sekarang ni lain plak...nak tau cmna?uhh..pening sikit2..pening lalat..tapi tak susah pun nak faham. mampu difahami oleh akal manusia biasa...jgn takut ..hehehe..
website ni bagi contoh ke-2 star**** coffee(SC) la plak.kita fahamkan yg ni dl..
kilang kopi jual kat SC RM10 secawan. Sc mark up RM5 jadi lah RM15 secawan.
harga kat menu: RM 15.00 bila kita bayar kena RM15.90 sebab ada govt 6% tax.
BILA LAKSANAKAN GST NI PLAK 4%...JADI MACAM NI:
katalah harga supplier kopi ni(kilang kopi) ye jual kat SC ni RM 10(harga sama). ni cerita dari kilang ni..
supplier chain kan? kilang kopi jual kopi kat SC RM10 + tax GST 4% = jadi harga baru Rm10.40
(logiknya macam harga kopi akan naik harga lahh)betul??
sampai kat SC nak mark up RM5 (dapatlah untung RM5 secawan mcm sebelum ni jgk)
RM10 dah jadi RM15 sekarang ok..secawan.+GST 4% so akan jadi harga RM15.60
RM15.00 diambil oleh kedai kopi ni lah..lagi 60 sen tax(40 sen bayar kat supplier kilang tadi & lagi 20 sen bayar kat kerajaan)
faham tak sekarang??prosesnya???
sebelum GST RM15.90 selepas GST jadi RM15.60
mana lebih murah???jimat 30 sen selepas implement GST la plak....emmmm....kesan kepada pengguna/pembeli/kita??
jimatlah duit kita....sama2 lah kita nantikan perlaksanaan GST. jgn susah hati lagi okeh....rilex2 je dulu...hehehe..
lagi satu contoh proses yang sama
sebelum-selepas GST
ni utk kes servis food & bevarage..makan2 yg melaksanakan 6% govt tax.perlaksanaan ini mengambil alih 6% and 10% govt tax yg sebelum ini dilaksanakan...ianya jauh lebih baik drp sebelumnya.menjadikan kita bayar lebih rendah.
untuk barang yang memang "zero-rated" (ie GST is applicable, but at a 0% rate), harga barang yang tidak dikawal oleh Sales and Service Taxes sekarang akan melaksanakan GST akan terkesan dengan sedikit kenaikan harga. tapi kebanyakan barang mmg kita duk bayar dah 6% atau 10% tax ni dan digantikan dengan 4% GST.jadi lebih banyak yg murah drp yg mahal..
Apa yang penting sekarang...pengguna perlu faham tentang GST ini. SUPAYA peniaga tidak boleh ambil kesempatan dengan menaikkan harga barang apabila perlaksanaan GST. ada satu akta melindungi pengguna iaitu "Anti-Profiteering Act" .
ok???boleh faham dah sekarang..GST bukan menaikkan lagi tax sedia ada..cuma MENGGANTIKAN tax yang sedia ada menjadikan bayaran tax lebih rendah kerana sistem perlaksanaan nya sedikit berbeza iaitu melaui" rantaian pembekal" so welcome 2014...apa-apa pun hidup perlu diteruskan ...jangan berbelanja melebihi kemampuan(ASAS YG PERLU DIAMALKAN), besar mana sekalipun gaji tetap hidup dlm kesempitan.....
***sekadar perkongsian maklumat utk diri sendiri + pembaca.tak melibatkan mana-mana isu politik ya!!***sebarang putar beli atau salah guna fakta drp blog saya akan diambil tindakan tegas...tak kuasa nak layan.baca utk fahaman diri saja..no political issues here please!!
TQ for reading ....have a nice day!!
before baca.. x pening sgt, da mula baca pening mula bercambah, habis baca penin membuak-buak.. hahaha.. bak kata shuib sepahtu " pening arr "
ReplyDelete