Assalamualaikum....
isu terkini malaysia,semestinya banjir yang makin teruk melanda. masih belum ada tanda-tanda surut..makin banyak negeri terlibat. asalnya kuantan.pahang sahaja..seterusnya kelantan, terengganu, johor dan perak. Keadaan sangat menyedihkan...jika kita ikuti perkembangannya setiap hari. Rasa syukur kita disini tidak terlibat dan masih mampu menjalankan aktiviti biasa.
Rakyat malaysia memang sangat prihatin. ramai yang menghulurkan bantuan dlm pelbagai bentuk. makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain mengikut kemampuan.Alhamdulilah....Rakyat malaysia sangat bagus. Tapi apa yang menyedihkan ada jugak yang mengambil kesempatan nak kaitkan politik plak dalam isu ni.semua nak dipolitikkan. malangnya bangsa kita je semangat mengata-ngata ni...baik kita fikirkan nak ringankan beban mereka yg terlibat dan muhasabah diri lagi bagus!! yang kuat mengata ni baca post facebook la...takmau campur. tapi patut kembali muhasabah diri kot..
keadaan yang sangat menginsafkan...tin biskut berkelimpangan, ibu mendukung baby..++
(bayangkan ini kita...kesejukkan)
harta benda tiada lagi makna...asalkan nyawa dan kesihatan keluarga selamat
peliharaan juga masing-masing mencari perlindungan..
Keadaan teruk ini berpunca daripada hujan lebat yang berterusan sejak 1 Disember
(Ahad) hingga sekarang menyebabkan hampir
keseluruhan daerah Kuantan dan empat daerah lain, Pekan, Maran, Rompin
dan Jerantut tenggelam.
40,819 mangsa banjir di Pahang terkini setakakat hari ini (8/12/2013-ahad)-utusan online. rentetan banjir teruk ini banyak jalan-jalan ditutup.
keaadaan kuantan sebelum terlibat banjir -
telok cempedak. last month(bln 11) kami ke sana.selepas ke Gambang water Park.
banyak gerai-gerai jualan kat sini
sekelip mata diuji dengan banjir yang sangat melimpah ruah...
sebuah masjid Al Fatah di kuantan
Usaha-usaha kerajaan meringankan beban mangsa banjir:
bantuan makanan tentera nuri
penangguhan balik pinjaman bank - sumber berita harian
Kuantan: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) mengagihkan lebih 20 tan makanan
termasuk air mineral, susu, bantal dan selimut kepada 21 pusat
pemindahan banjir di daerah ini, sejak kelmarin.(7/12)
bantuan drp jabatan bomba...
makanan tidak putus-putus dibekalkan
Semua pihak berganding bahu menghulurkan bantuan. semoga bantuan ini diberikan dengan penuh keikhlasan..sama ada dtg daripada badan-badan kerajaan, individu atau persatuan-persatuan...rakyat malaysia sememangnya prihatin dan perikemanusiaan tinggi. jangan perkotak katikkan musibah dengan isu-isu negatif lain...bantu semampunya dan berdoa semoga musibah ini cepat berakhir. jika mereka adalah rakan, keluarga atau diri kita sendiri semestinya mengharapkan semuanya kembali normal. itu saja.yang lain teruskan hidup seperti biasa..terus mencari rezeki dan terus berkhidmat. bukan satu kawasan banjir seluruh negara perlu lumpuh dan semua org menyibuk kat banjir, perlu hentikan semua aktiviti-aktiviti lain. yang lain teruskan hidup sambil memerhati dr jauh, terus berdoa dan memberi bantuan yg semampu boleh. kalau nak semua ahli politik turun pun untuk apakah??asalkan yang perlu bertindak ada di sana..jgn berpusu-pusu manusia berhimpun di sana lagi keadaan yg sememangnya tgh padat..ibarat sama mcm kemalangan jalan raya. satu accident 2-2 hala jalan jem 30km..sebab bukan tolong pun tumpang tgk accident,...fikir-fikirkan.yang agresif sgt pasal politik..B rasional!!
"Appreciate the life you have now"
Pause for a moment. Breathe in slowly and deeply. Exhale. Feel the
miracle of your breath. And say, “Thank you.” Be as grateful as
possible, for small things, not just for big things – for the simple act
of breathing, the time together, the conversations, etc.
You probably woke up with a few aches and pains this morning, but you
woke up. You’ve seen better days, but you’ve also seen worse. You
might not have everything you want right now, but you have everything
you need to move forward.
Every moment counts. Every second matters. Whatever is given is a
gift. Right now life isn’t perfect, but it sure is good. Acknowledging
this is is the foundation for all the happiness and abundance you seek.
...sama-sama berdoa supaya banjir cepat surut dan berakhir secepat mungkin..!!
Langkah-langkah Yang Patut Diambil Semasa Banjir:
-
Jangan biarkan kanak-kanak bermain air
-
Berpindahlah dengan segera ke pusat-pusat pemindahan apabila diarah
-
Padamkan semua alatan elektrik apabila air mula naik
-
Jangan sentuh dawai elektrik yang jatuh ke dalam air.
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Kita di Pusat Pemindahan?
-
Sentiasa minum air yang sudah dimasak
-
Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman
-
Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
-
Patuhi nasihat yang diberikan oleh kakitangan kesihatan
-
Dapatkan segala suntikan jika diberi
-
Gunakan kemudahan asas yang disediakan seperti tandas, tong sampah dan sebagainya. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Gastroenteritis akut
Demam Kepialu (tifoid)
Ia disebabkan oleh kuman Salmonella
Typhi yang terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan
pembawanya yang akan mencemarkan bekalan air atau makanan. Pembawa
merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam
badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu.
Pesakit akan mengalami sakit kepala yang
amat sangat, perut meragam dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit,
demam tinggi dan berterusan tiga, empat minggu, badan ditumbuhi ruam,
mengantuk, cakap merapu dan mungkin tidak sedarkan diri. Mereka boleh
mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh
pecah.
ok itu saja for today...sama-sama doakan musibah ini cepat berakhir..
ihsan sumber:
http://tajashomestay.wordpress.com/2010/11/03/10-perkara-perlu-di-ketahui-berkenaan-banjir/
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131208/dn_18/40819-mangsa-banjir-di-Pahang
http://ping.busuk.org/v/389240/doa-mohon-elak-dari-banjir.html
No comments:
Post a Comment