Saidatina Khadijah r.a – Tokoh Usahawan Wanita Islam Terulung (Bahagian 1)
sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/saidatina-khadijah-r-a-tokoh-usahawan-wanita-islam-terulung-bahagian-1/
Dari wanita untuk semua wanita di luar sana yang tabah, cekal, gigih dan bergelar "USAHAWAN"
Siapa tak kenal "Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid"???? beliau adalah isteri, sahabat, dan kekasih yang penyayang kepada baginda Rasulullah s.a.w. paling best di sini kenapa saya kata UNTUK WANITA?
Di sebalik sifatnya yang lemah lembut dan penyayang itu, beliau merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang amat dikenali sekitar tahun 585 masihi, selepas mewarisi perniagaan bapanya.
Dalam situasi masyarakat Arab pada zaman itu yang gemar memandang rendah terhadap kemampuan kaum hawa, Khadijah masih dapat berdiri seiring dangan mereka. Kehebatannya dalam bidang perniagaan merupakan sesuatu yang amat mengkagumkan pada ketika itu. Berbeza dengan MAlAYSIA sekarang wanita mmg dah ramai jadi USAHAWAN HEBAT ALAF ini... Di sini ingin dirungkaikan satu persatu kehebatan bagaimana cara Siti Khadijah berniaga.
PERTAMA : Saidatina Khadijah telah menggunakan konsep ‘empowerment’ dalam perniagaannya. ‘Apakah konsep yang dimaksudkan itu?.’
Konsep ini amat bertentangan dengan konsep berniaga secara kuku besi atau autokrasi, ini kerana beliau membenarkan para pekerjanya untuk berfikir, bertindak, dan mengambil keputusan dengan bebas. Dengan sikap yang sedemikian ia memberikan satu sumbangan yang positif dalam pengukuhan dan kemantapan sesebuah organisasi untuk berkembang.
Kita boleh mengambil contoh dalam hal ini, di mana ketua bagi sesebuah organisasi tidak harus mengekang dan menghadkan kebolehan para pekerjanya, agar suasana bekerja dengan tenang dan aman dapat berjalan dengan lancar serta bakal mengaut keuntungan yang banyak apabila dapat bekerjasama dengan baik.
Dalam konteks bisnes, Khadijah telah memberikan kuasa sehingga ke tahap yang tertentu kepada para pekerja dan ‘mudarib-nya’ iaitu (rakan kongsi yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan) untuk menjalankan bisnesnya. Ini terbukti, apabila rombongan para pekerja dan mudarib-nya berniaga, beliau tidak turut serta bersama mereka.
Dalam konsep ‘Mudarabah’, perniagaan dikendalikan oleh mudarib dan para pekerja yang diberi kuasa untuk melanjutkan ‘empowerment’. Namun begitu, pemantauan yang berterusan tetap di jalankan.
KEDUA : Konsep Mudarabah ini adalah sangat bermanfaat kepada ekonomi sesebuah Negara kerana ia menggalakkan sifat keusahawanan, mengurangkan kebergantungan terhadap subsidi, dan menambahkan peluang pekerjaan untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.
Dalam pada itu, bagi Rasulullah s.a.w sendiri, selain daripada faedah kewangan, beliau juga turut mendapat faedah tidak ketara di atas kontrak mudarabah bersama Siti Khadijah berkaitan peranan strategik dan operasional yang dijalankan oleh Siti Khadijah.
KETIGA : Intipati kejayaan Siti Khadijah seterusnya adalah, kesinambungan perniagaan dan rancangan pewarisan atau ‘succession planning’.
Ia memberikan peranan penting dalam meneruskan perniagaan. ‘Succession planning’adalah satu proses dalam mempersiapkan orang lain sebagai pengganti kepada individu tertentu untuk sesebuah institusi. Dalam fahaman ini, institusi yang dimaksudkan itu adalah perniagaan Siti Khadijah.
Gangguan terhadap perniagaan selepas bersara atau meninggal dunia dapat dicegah sekiranya, ‘succession planning’ dijalankan. Dalam situasi ini, Siti Khadijah telah mengahwini Nabi Muhammad s.a.w kerana sifat baginda yang mulia dan secara tidak langsung menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai tunggak yang akan menggantikannya dalam urusan perniagaannya kelak.
Jika kita menganalisis perniagaan Siti Khadijah, dapat dilihat jelas di sini bahawa ia berada di fasa perluasan. Sebelum perniagaannya memasuki fasa kemerosotan, beliau telah mencari pengganti yang sesuai dan berkelayakan agar hayat perniagaannya dapat dipanjangkan.
RANCANGAN PEWARISAN? jom kita kupas sama2...semalam saya tersembang dengan individu2 ini...dia kata "chinese memang akan mewajibkan anak-anak mereka membeli polisi insuran bernilai RM 1 JUTA, di mana sebelum tu dia pun dah beli juga dan diwariskan kepada anak-anak sepertimana ibu bapa dia lakukan sebelumnya. Konsepnya: supaya jaminan generasi seterusnya kekal kaya dan berjaya setidak-tidaknya mati saja ibu bapa, ada sejumlah RM 1 JUTA ditinggalkan..untuk mengekalkan perniagaan yang ada atau sebagai sumber pendapatan yang wajib ada....org melayu pun dah mula mekakukannya melalui TAKAFUL dan diwariskan kepada generasi demi generasi melalui HIBBAH atau sebagai hadiah kepada penama yang diwasiatkan"
Caruman dalam takaful sebenarnya seperti membeli sebuah asset yang bernilai RMxxxxx (sum assured istilah dia) itulah asset yang kita miliki. kebaikan asset takaful yg kita miliki ni, mudah cair berbanding asset rumah, tanah dan ladang. kenapa??
jawapan: ASet ni mencair sendiri mengikut keperluan keadaan kesihatan kita. Tak payah nak pergi iklan kat MUDAH.COM, OLX.COM, FAcebook, Twitter, lepas tu tunggu pembeli g buat LOAN kat bank kalau lulus, kalau sangkut ccris, CTOS, cari plak buyer lain...tunggu lagi..akaun semua kena block, lagi-lagi si mati adalah "bread winner" dlm keluarga (pencari nafkah UTAMA atau TUNGGAL aka kerja sorang, lagi sorang xde income).. TERPAkSA jual sebab nak cairkan kepada CASH money nak survive bayar kete, bayar loan si mati, bayar lain2..kos kehidupan...senang je nak cairkan kalau ada TAKAFUL just bawak bukti sakit atau sijil kematian ke company takaful yang dicarum n CLAIM!! dan tunggu je diproses ++cheque ready(diorang call)...mcm mana ASET ni cair? 3 keadaan sahaja.....
pertama: kalau sakit kritikal ..ni xsempat diwarisi la (kita sendiri perabih..sakit dalam senyuman),
kedua: kita terhilang upaya eg: angin ahmar@stroke "lumpuh kekal" bahasa paling mudah(kita dapat $$ dan guna sendiri la, tak sempat diwarisi jugakla..lumpuh2 masih boleh senyum sinis sbb orang kaya baru..hehe)
ketiga: Di saat Ajal mejemput untuk kembali..masa ni mmg tak sempat nak guna. anak-anak dapat atau siapa penama "HIBBAH" wasiat yang sah di sisi undang-undang islam untuk diberikan yang kita letak. Ambil je pelan takaful, terus letak penama...(mmg diwajibkan) ini yang kisah saya cerita atas tadi. warisan zaman berzaman RM1 juta kepada generasi ke generasi. Soalnya: siapa nak mulakan dulu???kalau kita tak mulakan..adakah nak harapkan anak-anak kita mulakan? apa kata benda baik ni kita jadi penCETUS...supaya jadi "HABIT" dalam keturunan kita yang seterusnya...
ok, semoga cerita di atas BERMANFAAT..
salam sayang,