Followers

Friday, August 11, 2017

cara mengurangkan hutang kad kredit dan berminda lapang!

kredit kad membawa bahana atau kebaikan

Berhati-hati dengan hutang kerana:

"SETIAP KALI KITA BERHUTANG, KITA MENJADI PEKERJA KEPADA WANG MEREKA"

Kelulusan akademik hanya diperlukan di sekolah dan universiti tapi bukan pihak BANK. Pihak bank tidak melihat laporan akademik kita dengan mengira berapa bilangan A yang kita dapat, tetapi Laporan Kewangan kita berapa bagus kita menguruskan hutang yang kita ada sebelum memberi kelulusan kewangan rumah, kereta, perniagaan dan keperluan lain. Ramai golongan bijak pandai dan profesional yang cemerlang akademik sepanjang hidup, staright A's students tak mampu membeli rumah selesa, kereta idaman dan hidup dalam nazak kewangan sepanjang usia sehingga akhir hayat. Menjadi hamba kepada duit terkpaksa bekerja untuk duit demi  meneruskan kelangsungan hidup dan tidak mampu menjadikan DUIT pula bekerja untuk kita dalam mana-mana fasa kehidupan pun.

SEBELUM KITA MENJADI MANGSA SETERUSNYA BAIKI LAPORAN KEWANGAN ANDA!

tujuan menjaga laporan kewangan kita mampu:
  1. Menjadi lebih kaya
  2. Memiliki kereta mahal yang baru bukan TERPAKAI
  3. Meningkatkan taraf hidup berkadar dgn fasa kehidupan (peningakatan komitmen tidak menurunkan taraf kehidupan) cth; makin bertambah anak,makin tidak cukup duit dan makin pening kepala sana sini kena potong(astro, turunkan installment kereta, menyekat simpanan bulanan atau terpaksa overtime setiap hari)
Berapa ramai orang bijak urus kewangan " menikmati kehidupan percuma dan inilah perkara terbaik yang perlu dinikmati"


KEPADA PEMEGANG KAD KREDIT mungkin kurang menggembirakan jika saya katakan, Kad kredit bukan aset tetapi LIABILITI (hutang yang tidak bagus) tapi tidak bermakna perlu dihapuskan. 

"yang bertunggak bakinya, sila ikuti tips ini dahulu sebelum menggunakan tips-tips yang akan saya kongsikan dalam menghasilkan lebih banyak wang dari kredit kad"


Tips selesaikan hutang kad kredit:


  1. Jika ada lebih daripada beberapa kad, simpan 1 je dalam dompet & tinggalkan kad-kad yang lain di rumah di tempat yang selamat!cth:almari solek bilik tidur sendiri atau peti simpanan berkunci. kad yang dalam dompet, setiap kali guna terus bayar @ bertukar ke debit kad mulai hari ini TUJUAN: JANGAN TERUS GALI LUBANG YANG MAKIN DALAM
  2. Sedaya upaya selesaikan satu persatu tunggakan kredit kad. EG: kad A,sebelum ini hanya bayar minimum kan? semakin celik kewangan, anda perlu tambah RM 100-200 tambahan setiap bulan bayaran. teknik ini memakan masa mungkin berbulan atau beberapa tahun! Jika tidak sanggup lakukan ini, impian anda untuk bebas kewangan hanya tinggal angan-angan.
  3. Kad-kad kredit yang lain  teruskan membayar minimum.
  4. Selesai kad A, ulang langkah yang sama untuk kad B, kad C. (jika ada lebih drp satu kad sehingga semuanya selesai). Jika masih menggunakan kad A, sambil menyelesaikan kad-kad yang lain, setiap kali menggunakan kad A, terus buat bayaran penuh! ingat "jangan gali lagi lubang selagi lubang yang lain belum kambus"

ketika sedang mengalami "pening kepala" dengan hutang kad kredit anda perlu ubah tabiat berbelanja:
  • membayar dengan menggunakan TUNAI/kad debit mulai hari ini
  • berhenti tabiat membeli dengan tidak dirancang. Delete apps : LAZADA, ZALORA,FASHIONVALET dan online-online store daripada handphone. nak rekod laporan kewangan bagus, kena kuat berusaha seperti zaman universiti/sekolah kita stay up buat ulangkaji pelajaran sebab nak SCORE A dalam peperiksaan.
  • Berubah sementara ke barangan keperluan yang lebih jimat cermat: beras siam(RM60 utk 10kg) kepada beras biasa(RM30 utk 10kg) dan barangan dapur yang lebih murah (belian borong) atau berhenti makan di luar sementara waktu. Masak steak sendiri di rumah daripada makan steak di restoran MENATE atau TONY ROMA's
  • Jika perlukan ubat-ubatan, selalunya beli kat farmasi je (panadol dll), sekarang bertukar ke hospital kerajaan dahulu. Tunggu lama sakit tak apa daripada habis duit sebab lebih murah atau ada yang FREE je.
  • Mula berjinak-jinak cari pendapatan sampingan (bisnes online atau jual masakan sendiri di tempat kerja atau menjadi AJEN/dropship kepada mana-mana syarikat dgn syarat tidak mengeluarkan modal yang banyak)
  • Mula menggunakan teknik PIZZA 4 slices: 60%, 30%, 10% dan 10% utk berbelanja. cecah sahaja % dalam potongan pizza ini, tak payah fikir lagi nak makan ais krim magnum atau nak beli kerepek pisang di 7-eleven.(tahan dulu sebelum boleh beli sekampit kerepek tanpa berfikir best kan?)
  • Semak semua polisi takaful/insuran yang ada- tutup mana tidak perlu atau terlebih carum (tapi perubatan dan asas perlu ya hibah, elaun sakit kritikal) TAKAFUL PERLU DI SAAT KITA TIADA DUIT LEBIH. jangan sampai terjatuh ditimpa tangga. kesilapan ramai orang, komitmen paras telinga stop semua polisi takaful. Bersedialah jika terjatuh, tertimpa lagi bangunan 50 tingkat (kena HEMPAP).
  • Lupakan dulu nak upgrade handphone walaupun MAxis offer zerolution(tak payah bayar upfront tapi komitmen bulanan meningkat)
kuasa menukar kad kredit menjadi bermanfaat


  1. Menjadikan modal berniaga tapi pastikan cepat-cepat mencari customers dalam masa sebelum habis 21 hari(nak elak bunga/interest). contoh: membuat perniagaan online pre-order. minta bayaran deposit sahaja daripada pembeli yang berminat. selepas cukup order beli dengan kredit kad, apabila barang dihantar minta mereka bayar penuh. cepat-cepat selesaikan hutang kad kredit. Keuntungan perniagaan menjadi milik kita tanpa MODAL
  2. Ada rumah yang terbiar, jadikan ianya berharga (homestay atau jadikan rumah sewa), naikkan value rumah dengan membeli perabot (murah-murah je) jadikan dia cantik, sewakan. kutip deposit dah lepas cover hutang kad kredit dan keuntungan menyewa dikutip setiap bulan dalam masa berpanjangan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature