Followers

Tuesday, July 26, 2016

Perlukah Medical Card Takaful kepada kakitangan kerajaan?

Perdebatan "medical card" menjadi isu seharian kita! ada yang kata "PERLU" ada yang kata "TAK PERLU" nak tanya terus kepada ajen takaful takut kena paksa pulak ambil dengan mereka.

bacan online ini utk rujukan semua:

APA ITU MEDICAL CARD?


 
kad perubatan great eastern takaful

- sejenis kad debit yang dikeluarkan daripada syarikat takaful sama saiz macam kad debit bank(maybank/cimb) tapi kegunaan nya hanya utk bayar bil hospital sahaja tanpa BERHUTANG dengan syarikat takaful yang membayar bil tersebut walaupun bayaran kos rawatan mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit. sama ada di hospital kerajaan(bayar dulu claim kemudian dengan takaful) atau hospital swasta(direct GL). Ramai di antara kita tidak biasa berurusan dengan hospital swasta. Tapi selalu dengar orang kata bil hospital swasta mahal.

kad debit maybank (contoh)

Bila pergi check up doktor je dah RM100-200 (contoh klinik bila bawak anak demam) atas alasan:


  • malas tunggu di kecemasan hospital kerajaan sebab lama kena tunggu
  • kes tak urgent kadang-kadang datang tengah malam staffs hospital marah
  • nak cepat (anak menangis tak berhenti)

Anda pernah jangkakan tak kos masuk ward di hospital swasta? ramai yang tak biasa sakit lagi (kerana usia muda) atau masih sihat tiada pengalaman lagi....apa jangkaan anda? yang ada kad perubatan takaful tu dah biasa sangat dengan hospital swasta ni. pantang hidung berair sikit, masuk wad, pantang rasa panas sikit masuk wad...pernah perati bil anda???

 




contoh bil-bil di hospital swasta di malaysia. "copy from other blogs + social media"


kalau tak cecah RM3000 (2 hari) itu BUKAN NAMANYA HOSPITAL SWASTA!

Di antara kes lain anggaran kos:

  • Denggi : RM7,000- RM15,000 ( 6-10 hari)
  • operation buang cyst ; RM15,000 - RM30,000
  • check darah : RM200-RM300
  • yang serius: jantung (RM60,000)


dengan adanya kad perubatan :
WALAUPUN BIL MAHAL , pilihan yang anda ada:


  • SEPENUHNYA DITANGGUNG OLEH SYARIKAT TAKAFUL (swipe debit kad anda)



  • ADA JUGA YANG RASA MAMPU DAN SELESA NAK BAYAR SENDIRI : boleh gadaikan apa yang patut/ swipe kredit kad anda/ swipe debit kad maybank anda/ meminjam jika perlu

_________________________________________________________________________________

JELAS TAK APA ITU KAD PERUBATAN?

kalau dah jelas, kita ke next discussion, TOPIK asal kita "untuk kakitangan kerjaan perlu atau tidak kad perubatan ini?"

tepuk dada tanya selera:

  • kalau saya sakit/tak sihat : nak masuk hospital swasta atau hospital kerajaan (panel kepada kakitangan kerajaan)
ada jawapan ke belum? kalau belum sila hadam sampai faham..kalau ada yang pasti baru boleh pergi next soalan.....

  • jenis yang pertama: kalau anda jenis penyabar/penunggu waiting list utk operation lagi 2-3  bulan sehingga setahun kes-kes tidak beberapa urgent...cuma tidak selesa badan je.... - anda sesuai ke hospital kerajaan. servis terbaik cuma waiting list menunggu servis agak panjang. ada orang memang dilahirkan penuh kesabaran! mana-mana hospital pun akan melayan anda, memberi rawatan terbaik kepada anda dan tidak akan membiarkan anda kesakitan tanpa dirawat!!!!

  • jenis yang ke-2: seperti saya: kurang penyabar kalau bab menunggu.kalau boleh sampai je hospital tu kena bergerak jangan STATIK!sakit hati...tunggu ternganga-nganga....tulis nama tunggu 1/2 jam...(registration), duduk lagi menunggu 2 jam ...kurang sabar untuk itu..paling lama boleh bagi peluang kesabaran 1/2 jam dari pendaftaran-jumpa doktor. sebab itu saya sanggup membayar servis cepat tu daripada dapat FREE kena menunggu 3-4 jam. 


JADI JAWAPAN PERLU ATAU TIDAK PERLU terpulang kepada anda sendiri. Tidak menjadi "DOSA" jika tidak memiliki kad perubatan....tidak juga "berdosa" memiliki kad perubatan.



  • jika anda suka hospital swasta : servis cepat/ bilik sorang/ selesa/ layanan baik plak....kena check jugak poket anda...MAMPU ATAU TIDAK MAMPU mencarum bulanan RM200 - RM250 untuk kad perubatan sahaja.SETIAP BULAN!!!
  • jika rasa tidak mampu, lebih baik terus ke hospital panel anda (hospital umum) dan menerima sahaja servis di sana TANPA mengecilkan orang-orang yang memilih hospital swasta dan mampu mencarum. Selain faedah perubatan yang dinikmati mereka juga menyimpan tanpa sedar. selepas 20-30 tahun ada sejumlah cash simpanan untuk mereka sendiri.sebagai tambahan kepada duit-duit lain  (pencen/gratuity/persaraan/tanah/harta pusaka) untuk dinikmati!!

KEDUA-DUANYA BAGUS! TERLETAK PADA POKET ANDA DAN JUGA KEUTAMAAN ANDA SAHAJA......

  • tidak semestinya yang masuk hospital swasta itu jutawan!
  • tidak semestinya juga yang masuk hospital umum itu miskin!

SILA BERFIKIRAN TERBUKA TENTANG KEDUA-DUANYA...MENGHORMATI PILIHAN ORANG LAIN JUGA AMALAN MULIA...



rujukan kos wad di hospital umum

SALAH ANGGAPAN: kakitangan kerajaan tak perlu kad perubatan tetapi kakitangan swasta SANGAT perlu sebab mereka tiada panel di hospital umum.  sekalipun tiada GL ke hospital umum, kos di kerajaan tetap tidak mahal semahal di hospital swasta walaupun tiada anak beranak/adik beradik/suami isteri di sektor awam. kos utk kakitangan swasta ke hospital umum RM30. RM56, RM500 ada capping tertentu (tidak terlalu mahal) kalau kes-kes operation dan lain-lain selagi kita rakyat malaysia layak untuk subsidi perubatan di hospital awam...bagi yang beduit bukanlah masalah besar tiada GL dari govt sector. kos di hospital awam tidak semahal di swasta. dan pastikan jika anda tidak ada kad perubatan JANGAN CUBA-CUBA MEMBERANIKAN DIRI MASUK HOSPITAL SWASTA...boleh hilang semua KSWP kerja 20-30 tahun, habis gratuity kerja 30 tahun...dalam sekelip mata.....terus sahaja ke hospital umum panel kita..KALAU terasa nak bandingkan kedua-duanya apply lah kad perubatan dahulu...dan cuba guna! jika rasa tak best di hospital swasta dan nak berbalik ke hospital umum selama-lamanya dan melupakan terus swasta...anda boeh je stop/terminate kad perubatan anda pun!! tiada yang salah atau betul di sini....tapi sebelum bertindak pastikan anda TAHU KESANNYA,.. dan BERPENGETAHUAN tentang nya sebelum mengupas dengan lantangnya...

thank you for reading....

pilihan manusia juga berubah mengikut status:
  • kewangan nya
  • pengalamannya
  • status dirinya
  • minatnya
penerangan ikhlas:
takaful advisor
hasbah juwaini
012-6260742

*no copy paste - semua adalah hak cipta penulisan sendiri hasbahjuwani.jika didapati disalin dan ditampal dimana-mana blog/website peribadi akan diambil tindakan

*click button share sahaja dibenarkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature