Followers

Sunday, October 30, 2016

3 BIDANG PERNIAGAAN YANG TIDAK TERKESAN DENGAN EKONOMI

salam semua....jumpa balik corat coret kita...

3 BIDANG PERNIAGAAN YANG TIDAK TERKESAN DENGAN EKONOMI? 

agak-agak apadia?

kecantikan?
construction?
food?
medical?
education?
 apa lagiiiiii.....................................jom fikir-fikir...teka teka...

menurut fakta 3 tidak terjejas iaitu:

PERUBATAN
PENDIDIKAN
MAKANAN

dalam ketiadaan duit ringgit....adakah kita takkan sakit?dalam poket kering hujung bulan..adakah kita takkan lapar? adakah dalam keadaan kita tiada duit kita suruh anak-anak berhenti sekolah@universiti?

3 bidang yang akan terus berkembang dalam kajian dalam apa sekalipun kesan ekonomi naik dan turun. PILIHLAH bidang-bidang ini kerana selagi manjadi manusia kita tiada pilihan utk menolak ketiga-tiga ini...



pekeliling FPP, hospital awam


PERUBATAN dulu ....hospital akan meswastakan sedikit demi sedikit ubat, perundingan dan servisnya untuk menampung kos yang tinggi. Kos tanggungan perubatan sangat tinggi berbanding yang lain.harga sebjik ubat yang diberikan kepada pesakit makin mahal dan dengan mudahnya pesakit ambil(jaga hati) dan balik buang ke dalam tong sampah(taknak makan). pesakit kuat komplen ketika dirawat di hospital sehingga kerajaan mengambil langkah utk yang "high class" people yang nak lebih keselesaan  & mulut banyak...boleh memilih FPP ( fully paid patient) maknanya membayar seperti di hospital swasta tetapi di hospital kerajaan...(kerana kepakarannya)


  • u can request meals
  • u can request doctors
  • u can request rooms
  • u can request whatever u wish
ok.....di mana takaful terlibat dalam konteks ini?? takaful memnbayar bil perubatan anda!!!!! anda bayar dulu di FPP ini kemudian tuntut balik semua kos bayaran dengan TAKAFUL. best kan???

sebab:
HOSPITAL UMUM BUKAN PANEL KEPADA TAKAFUL TETAPI SYARAT MENGGUNAKAN MEDICAL CARD BUKANLAH SAHAJA TERHAD DI HOSPITAL PANEL....

cuma cara penggunaan je berbeza:
jika di panel hospital : TAK PERLU KELUARKAN DUIT ANDA SENDIRI DAHULU KERANA DIRECT GUARANTEE LETTER (COMPANY AKAN TERUS MEMBAYAR KEPADA HOSPITAL) ketika kita nak discharge!

kalau di hospital bukan panel: BAYAR DAHULU , SEMUA RESIT DAN BILL ORIGINAL HANTAR KEPADA TAKAFUL, TAKAFUL BAYAR BALIK KOS YANG ANDA DAH KELUARKAN,,,,,\

jelas takk?? bagus tak takaful???

jadilah sebahagian daripada keluarga takaful yang terbukti membantu dan meringankan beban DUIT pesakit ketika menerima rawatan yang paling selesa!!

"TIADA ALASAN LAGI TIDAK MAHU TAKAFUL! " aset paling berharga dan paling mahal adalah diri kita...bukan orang lain! kerosakan sel-sel kita ni memberi kesan kepada sel-sel orang lain yang bergantung hidup kepada kita atau bakal membebankan sel-sel mereka.....

jom memilih hidup selesa...sedaya upaya memberi keselesaan kepada keluarga!! memilih pernigaan berkaitan perubatan jugak adalah tindakan yang bijak kerana sakit tidak kenal "ekonomi" miskin @ kaya!!


JOM BERTAKAFUL KEMUDIAN BERTAWAKAL......


hasbah juwaini
GETB advisor
agency manager!

kurangkan beban HUTANG KREDIT KAD KERANA KESIHATAN! kerana ada jalan penyelesaian...yang leih bijak dan efisyen!

jom kalau tak tahu tanya...kalau dah tahu laksanakanya!!

012-6260742



Tuesday, October 4, 2016

RUGINYA BERIMPIAN KECIL

Kadang-kadang kita malu untuk mengaku tentang impian diri kita yang sebenar sehingga memaksa kita berpura-pura seperti orang yang:



  • tiada impian
  • berimpian biasa-biasa
  • impian kecil
  • mengatakan suka hidup yang sederhana
Di saat orang lain malu untuk mengaku,saya berterus terang inginkan:
  • kejayaan yang tinggi dari biasa-biasa
  • kekayaan lebih dari orang biasa-biasa
saya memaksa diri berterus terang dengan apa yang saya inginkan sehinggakan ada yang mengganggap saya: SUKA BERMIMPI...di luar kemampuan!

saya sukakakan kejayaan dunia dan akhirat! setiap yang saya lakukan, saya nak yang terbaik..terbaik mungkin subjektif bagi orang lain bagi saya ianya OBJEKTIF!! kenapa???

kejayaan mampu diukur!
kejayaan mampu memberi kegembiraan!
kejayaan mampu bagi kesenangan kepada sesiapa yang kita hajati!
kejayaan mampu beri bahagia! 
kejayaan mampu bawak kita terbang keman-mana!
kejayaan mampu beli rumah/makan/kereta yang paling selesa!
kejayaan mampu bayar pengajian terbaik anak-anak kita!
kejayaan mampu beri sinar kepada ibu bapa kita yang hampir hilang harapan senang!
kejayaan mampu bawa ibu bapa kita terbang bersama melihat ciptaan tuhan!
kejayaan mampu gembirakan hati-hati orang yang kita sayang!

"KEJAYAN DUNIA  = KEWANGAN YANG LAPANG + MAMPU MENGATUR MASA SENDIRI  MALAH MAMPU MEMBELI MASA ORANG LAIN"

kenapa kita berkerja? ada tak orang yang bekerja bukan kerana duit! 

"PASTI RAMAI HIPOKrit akan mengatakan SAYA TIDAK KERJA UNTUK DUIT!tapi semata-mata kerana saya minat...

*kita uji sejauh mana  keikhlasan yang anda maksudkan? DENGAN GAMBARAN  SATU SENARIO...3 BULAN TANPA GAJI..ADAKAH ANDA AKAN TERUS BEKERJA?..SETAHUN tanpa upah...adakah anda akan terus bangun pagi, punch card dan tunggu pukul 5 pm punch out?*



sentiasa adil dan jujur pada  diri sendiri. Lagi kita jujur, lagi cepat kita akan berjaya, lagi cepat kita hidup bebas dalam kewangan yang selesa! ada yang memilih usia kewangan yang selesa itu 50an...tapi saya memilih seawal usia...dengan usaha dan tekad yang kuat untuk berniaga! seawal usia 20an agak sempit kerana mula melangkah ke alam pekerjaan dan menjana pendapatan. perlahan2 belajar ilmu kewangan + menguruskannya melalui kesilapan dan pengajaran! akhirnya di usia 30an rasa selesa tapi belum mampu "TIDAK BEKERJA" 

usaha diteruskan sehingga target saya 35-40 tahun "financial FREEDOM" ia makin hampir menyebabkan saya rasa lebih teruja dan bermotivasi dalam menjalankan pekerjaan dan perniagaan...

"KEJAYAAN - KEJAYAAN KECIL MAMPU MENJADI API DALAM SEKAM YANG MEMBAKAR TANPA HENTI UNTUK KITA TERUS MENGORAK LANGKAH KE DEPAN!"

magicnya impian? sebelum saya memiliki rumah yang besar saya selalu mengjenguk ke perumahan-pereumahan yang besar rumahnya! hampir setiap pagi selepas hantar anak ke sekolah! sebelum saya memiliki kereta impian, saya sentiasa mengekori dari belakang kereta-kereta besar di jalan raya ....

"THE POWER OF VISUALISATION"



jangan takut bermimpi!
jangan takut kata-kata manusia!

"kesusahan ibu bapa kita bukan pengukur taraf hidup kita! dilahirkan dari keluarga yang susah bukan salah kita tapi TAKDIR...tapi jika kita mati dlm keadaan yang juga susah itu memang silap usia muda kita yang disia-siakan atau meletakkan usaha tidak di tempat yang betul sehingga kita tidak bertemu kejayaan di dunia ini" 

TERUSKAN BERUSAHA SEMUA YANG BERNIAGA!
TINGKATKAN EKONOMI KELUARGA!
MERUNGUT TIDAK MENDATANGKAN KEUNTUNGAN TETAPI USAHA MAMPU MENGUBAH KEKURANGAN!



nukilan hasbah juwaini
takaful manager!
bisnes memang best! jiwa kena kuat apa pun  cabarannya!!! all the best semua..kalau nak cuba dunia konsultansi kewangan islam takaful - jom daftar exam dengan agensi kami


HASBAH JUWAINI
012-6260742


Thursday, September 8, 2016

part 2: KISAH BELI RUMAH JUTA di usia muda

salam semua...lama ambil masa nak menyambung cerita kita ni.kepada yang nak menjejaki dan mungkin mempelajari tips mencapai rumah impian JOM TERUS MEMBACA!

part 1: sampai loan lulus.
part 2: proses urusan - masuk rumah

Loan yang saya gunakan adalah daripada public bank (islamic banking). setiap bank prosedur berbeza-beza dan dokumen tambahan yang berbeza-beza serta tawaran interest juga berbeza.

cadangan saya: submit kepada beberapa bank (5 bank yang berlainan pun ok)
pilihan: pilih yang paling best dalam letter offer (tak susah pun nak baca letter offer cuma tebal sikit perlukan perhatian dan masa menganalisis sambil diterangkan oleh pegawai bank)

sign offer letter - settled dengan bank!!!!

BERMULA KISAH DENGAN PEGUAM....

banyak pakai cash money (rumah subsale atau rumah beli atas orang bukan pemaju)
kalau tak berduit cash yang banyak sebaiknya terus beli dengan pemaju dapat rumah baru..best jugak!




BEZANYA:

  • rumah yang telah diduki kalau pandai pilih dalamnya dah lengkap (asas)
  • rumah baru semestinya KOSONG! nak masuk rumah je kena standby 20k-30k basic facilities utk rumah (lampu, kipas, tiles, grill, curtains, paip air dll)
  • subsale: kena bayar 10% downpayment + tanggung sendiri kos peguam (jika berpeluag berjumpa dengan owner subsale below market + kita boleh mark up loan utk cover semua kos ini)
  • new property: 0 downpayment + lawyer fees adsorb dalam loan kita (tapi developer kata free)

KEDUA-DUANYA BETUL DAN TAK SALAH...KETUK-KETUK POKET SENDIRI dan go for it!

untuk saya:

  • suka rumah subsale(rumah org dah duduk kita beli rumah dia kalau kita suka rumah tu)
  • kalau nak beli high end property: cari orang kaya betul bukan lagak2 kaya,...yang nak let go rumah dia.so org berduit akan reno rumah tu all out! + interior basic mmg dah macam hotel 5 bintang! semua kipas, lampu, aircond, water heater, jacuzzi, everything BRANDED dan wardrobe build in. GRILL pun yang mahal dan cantik bukan "sekadar ada"
  • interior - tiada nilai kepada valuer.so walaupun x-owner spend almost 200k utk dalaman nya...tiada nilai ketika nak jual.valuer ambil kira binaan luar + luas tanah + binaan + tahun dibina (nilai susut)
  • macam rumah yang saya beli mmg owner bisnesman yang kaya saya rasa! semua bilik ada aircond, living hall, kitchen, surau, library, laminated floor ++ hallway yang cantik, plaster syiling + cornice +++


"KITA  BOLEH MASUK TERUS DARI HARI PERTAMA KITA BELI @ TUKAR MILIK"

 
bar counter                                                                               grill
kitchen cabinet wet+ dry + bar counter dah ada!! yang kalau buat sendiri memakan kos yang banyak!


macam pengalaman saya, saya taknak furniture x-owner sebab "taste kita berbeza"...gen-y vs gen X mesti tak sama! tapi semua yang dah melekat (wardrobe, grill, aircond ++ semua facilities kena tinggalkan tak boleh rosak @ buka dan ambil) . stated dalam perjanjian dengan peguam!

memiliki rumah IMPIAN adalah impian semua orang! walau apa sekalipun tips....perlu diingatkan..tiada magic dalam mencipta HARTA kecuali:

  • kukuhkan pendapatan aktif kita dahulu (kerja - dapat gaji..gaji kena menaik selalu dan kukuh!)
  • perlahan-lahan cipta harta pasif 
  • mesti ada yang tak nampak kan? atau ada yang terlebih nampak...hehehhe
jom belajar!saya mengendalikan team sendiri "al-falah advisor"

bukan sekadar perudingan takaful tetapi juga cara urus gaji kita dan bina harta daripadanyaaa...

mesti ada target nak kerja sampai bila?
myself : age 40 ke i nak retire young retire rich!
with pasif income mililions aevery year (duit pencen)

how to do that?? learn..and do it! dengan binses  yang betul,pengurusan yang betul dan  bukan ciluk sana sini....nak short cut je kejeee!! "Nak bisnes lama cari yang legal business & follow undand-undang" - tu belajar masa MBA dl..! Kata-kata prof Ali😛

trusted takaful advisor
HASBAH JUWAINI
012-6260742






Thursday, August 4, 2016

KISAH BELI RUMAH JUTA di usia muda

Mood nak beli rumah impian ni dah lama ada. Mesti semua orang ada rumah impian kan? Biasanya bila google-google rumah impian harganya TIDAK MAMPU MILIK. betul tak?sedih...terus hilang mood nak survey lagi..akhirnya memilih "menyewa" atau "beli jelah apa yang mampu" sambil lupakan rumah impian...INI KISAH PERIBADI SAYA  yang saya ingin kongsikan sebagai orang-orang biasa yang berusaha mengejar impian sendiri. saya akan cuba lakukan sehingga:

"mampu berdiri sama tinggi...duduk sama rendah"

pic google: rumah moden dan sesuai dengan usia orang muda kan?


LOKASI yang menjadi pilihan saya:(kami memang menetap di seremban)


  • SEREMBAN 2
  • SEREMBAN TOWN 
  • SENAWANG


lain-lain lokasi kurang berminat. Tapi dalam hati kalau terbeli di senawang taknak duduk.haha sebab jauh dari seremban town. Kami dah terduduk di pusat bandar sejak 5 tahun (since 2011-now) rasa suka this area dekat dengan highway, Jusco, Mydin Mall, tesco, hospital KPJ, coloumbia dan HTJ(hospital tuanku jaafar kalau ada saudara mara warded senang nak jenguk + diorang pun selalu tinggal @ tumpang makan kat sini sepanjang berulang alik ke hospital)..kami pun suka!! lagi-lagi sebelum ni ada MAID so memang lunch, dinner, breakfast sentiasa tersedia.. tak susahkan kami pun sebagai tuan rumah :)

survey punya survey...SEREMBAN 2 DULU..

LOKASI S2:
  • S2 Height
  • Kepayang Height
  • Bandar Ainsdale
  • Rasah Kemayan
SEBAB LOKASI:
  • dekat highway PLUS (senang saya nak g KL)
  • facilities beli belah semua dekat
  • tak jammed! bandar terancang macam SHAH ALAM
  • rumah mahal sikit tapi bernilai tinggi
Ciri-ciri asas rumah impian yang dicari:
  • mesti BUNGALOW atau Semi-D
  • design moden
  • ada security
  • bilik: more than 5 rooms (utk :sendiri, anak 2 orang, maid, guests)
Harga: RM600,000 -RM 1 juta

website yang saya survey:
MUDAH.COM
PROPERTY.COM
DURIAN.COM


paling banyak tengok sampai loya tekak: mudah.com. bestla survey kat mudah ni! website dia sangat user friendly...TQ mudah.com...

bila dengar seminar-seminar hartanah ni....macam bagus je kan??? ngeeee...sebab "diorang akan cakap mudahnya membeli HARTANAH"

 HAKIKATNYA:
  • tidak terlalu mudah
  • pijaklah kaki anda pada realiti
  • jangan terlalu terpesona dengan kata-kata pujangga penganjur seminar
  • tanya terus kepada ajen hartanah @ investor hartanah (pengalaman & tips lebih tepat!)
  • beli hartanah tanpa cash! (bukan nak kata...all these words Men***)
KENAPA?
  • sila check status CCRIS dan CTOS ANDA terlebih dahulu ; bayaran lambat, tunggakan loan, blacklisted by PTPTN/ personal loan mmg terus ditolak permohonan
  • melibatkan cash money yang banyak untuk: bayaran peguam (yang memang tak boleh avoid!! NEVER!! nak taknak kena standby around 3-5% from the housing price cash from your saving or pocket money). rumah pertama da rebate stamp duty..rumah berikutnya kn bayar full..MAHAL GILERR!
  • cash untuk DOWN PAYMENT. nak taknak sebelum sign boooking form kn bayar dulu % down payment
  • valuer fees (ada yang diserap kedalam loan bank ada yang tanggung sendiri) we all tanggung sendiri..last time bank tanggung (2-2 pengalaman ada)
  • insuran utk loan (ada bank masukkan dlm loan ada kena bayar sendiri) we all this time bank masukkan dalam loan MLTT
(ini bukan pertama kali kami membeli rumah..ini adalah pengalaman ke-3 kami (husband & wife) . 3-3 pengalaman yang berbeza dan menjadikan kami makin berpengetahuan tentang bidang membeli dan menjual rumah (saya bukan ajen hartanah tapi beli utk aset sendiri))

Let's we talk about the reality from "live experiences" honest from me...no hidden!! if u are interested to know deeper jom terus baca,........kalau taknak "close je the blog" ngeeee

________________________________________________________________________________

point pertama: nak beli rumah mahal


INCOME KENA BESAR (GAJI)
TIADA PILIHAN INCOME KECIK NAK RUMAH MAHAL
BERHENTI BERANGAN!! 
SEBAB KITA  BUKAN BELI RUMAH PAKAI "PINTU BELAKANG" ATAU "BAWAH MEJA" tapi perlu melalui peguam & bank (proses yang normal dan sah di sisi undang-undang malaysia)

"ni panduan kalau guna loan bank bukan loan kerajaan tau..loan kerajaan paling tiada masalah dan complicated cuma nak bayar je masalah kpd kakitangan  kerajaan sbb rumah sekarang mahal..tak cukup pitih nak bayar bulan-bulan. harga rumah dan kelayakan yang ditetapkan tu tidak sepadan! melebihi kemampuan sebab loan govt tidak mengambil kira komitmen sedia ada sekadar merujuk gaji kasar kakitangan (pengalaman saya membeli rumah pertama guna govt loan senang lulus gerenti lulus walaupun masa tu komitmen saya paras hidung)

PANDUAN & PENGALAMAN  MENGGUNAKAN LOAN BANKS(LOCAL @ OVERSEA'S BANKS)


  • bank akan access semua akaun simpanan kita (ASB/mbb/pbb/ cimb / unit trust ke tabung haji ke semualah kena print dan bagi statement kat bank yang kita nak mohon tu) untuk bank nilai kekuatan CASH yang kira ada
  • mampu tak kitsa bayar 10% down payment tersebut. jika mampu buktikan dengan statement bank (sebab tu ramai buat statement tipu..samapi saya pun terfikir nak buat benda yang sama tapi saya seriusly tak berani! saya menggunakan statement semua yang betul. semua menggunakan laluan yang LURUS)
  • statement gaji (macam saya guna statement kosmiyen takaful) memang ada mcm slip gaji drp GREAT EASTARN TAKAFUL. kalau u ols yang bekerja guna slip gaji masing-masing. kalau orang yang bisnes konvensional...kena buktikan gaji buat sendiri pun tak apa 
  • BERSAMA BUKTI TRANSACTION masuk gaji ke dalam akaun bank! kalau makan gaji normally bank nak 3 bulan sahaja..tapi utk kategori bisnes 6 bulan diperlukan. tapi saya bagi setahun je terus. taknak diorang call-call mintak2 tambahan dokumen. saya sibuk! tak ada masa nak layan 2-3 kali proses nak print itu ini...semua saya bagi utk tempoh setahun ke belakang.


our bank's approval 75% from total loan:

this is our house approval = house price RM 1,265,648.
islamic banking public bank

okiess sambung lagi nanti....


                                                            takaful advisor + motivator,
hasbahjuwaini
012-6260742
"kerjaya takaful benar-benar memberi kejayaan luar biasa kepada saya"
Jom jadi perunding takaful yang bukan biasa-biasa tetapi luar biasa!!




Tuesday, July 26, 2016

Perlukah Medical Card Takaful kepada kakitangan kerajaan?

Perdebatan "medical card" menjadi isu seharian kita! ada yang kata "PERLU" ada yang kata "TAK PERLU" nak tanya terus kepada ajen takaful takut kena paksa pulak ambil dengan mereka.

bacan online ini utk rujukan semua:

APA ITU MEDICAL CARD?


 
kad perubatan great eastern takaful

- sejenis kad debit yang dikeluarkan daripada syarikat takaful sama saiz macam kad debit bank(maybank/cimb) tapi kegunaan nya hanya utk bayar bil hospital sahaja tanpa BERHUTANG dengan syarikat takaful yang membayar bil tersebut walaupun bayaran kos rawatan mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit. sama ada di hospital kerajaan(bayar dulu claim kemudian dengan takaful) atau hospital swasta(direct GL). Ramai di antara kita tidak biasa berurusan dengan hospital swasta. Tapi selalu dengar orang kata bil hospital swasta mahal.

kad debit maybank (contoh)

Bila pergi check up doktor je dah RM100-200 (contoh klinik bila bawak anak demam) atas alasan:


  • malas tunggu di kecemasan hospital kerajaan sebab lama kena tunggu
  • kes tak urgent kadang-kadang datang tengah malam staffs hospital marah
  • nak cepat (anak menangis tak berhenti)

Anda pernah jangkakan tak kos masuk ward di hospital swasta? ramai yang tak biasa sakit lagi (kerana usia muda) atau masih sihat tiada pengalaman lagi....apa jangkaan anda? yang ada kad perubatan takaful tu dah biasa sangat dengan hospital swasta ni. pantang hidung berair sikit, masuk wad, pantang rasa panas sikit masuk wad...pernah perati bil anda???

 




contoh bil-bil di hospital swasta di malaysia. "copy from other blogs + social media"


kalau tak cecah RM3000 (2 hari) itu BUKAN NAMANYA HOSPITAL SWASTA!

Di antara kes lain anggaran kos:

  • Denggi : RM7,000- RM15,000 ( 6-10 hari)
  • operation buang cyst ; RM15,000 - RM30,000
  • check darah : RM200-RM300
  • yang serius: jantung (RM60,000)


dengan adanya kad perubatan :
WALAUPUN BIL MAHAL , pilihan yang anda ada:


  • SEPENUHNYA DITANGGUNG OLEH SYARIKAT TAKAFUL (swipe debit kad anda)



  • ADA JUGA YANG RASA MAMPU DAN SELESA NAK BAYAR SENDIRI : boleh gadaikan apa yang patut/ swipe kredit kad anda/ swipe debit kad maybank anda/ meminjam jika perlu

_________________________________________________________________________________

JELAS TAK APA ITU KAD PERUBATAN?

kalau dah jelas, kita ke next discussion, TOPIK asal kita "untuk kakitangan kerjaan perlu atau tidak kad perubatan ini?"

tepuk dada tanya selera:

  • kalau saya sakit/tak sihat : nak masuk hospital swasta atau hospital kerajaan (panel kepada kakitangan kerajaan)
ada jawapan ke belum? kalau belum sila hadam sampai faham..kalau ada yang pasti baru boleh pergi next soalan.....

  • jenis yang pertama: kalau anda jenis penyabar/penunggu waiting list utk operation lagi 2-3  bulan sehingga setahun kes-kes tidak beberapa urgent...cuma tidak selesa badan je.... - anda sesuai ke hospital kerajaan. servis terbaik cuma waiting list menunggu servis agak panjang. ada orang memang dilahirkan penuh kesabaran! mana-mana hospital pun akan melayan anda, memberi rawatan terbaik kepada anda dan tidak akan membiarkan anda kesakitan tanpa dirawat!!!!

  • jenis yang ke-2: seperti saya: kurang penyabar kalau bab menunggu.kalau boleh sampai je hospital tu kena bergerak jangan STATIK!sakit hati...tunggu ternganga-nganga....tulis nama tunggu 1/2 jam...(registration), duduk lagi menunggu 2 jam ...kurang sabar untuk itu..paling lama boleh bagi peluang kesabaran 1/2 jam dari pendaftaran-jumpa doktor. sebab itu saya sanggup membayar servis cepat tu daripada dapat FREE kena menunggu 3-4 jam. 


JADI JAWAPAN PERLU ATAU TIDAK PERLU terpulang kepada anda sendiri. Tidak menjadi "DOSA" jika tidak memiliki kad perubatan....tidak juga "berdosa" memiliki kad perubatan.



  • jika anda suka hospital swasta : servis cepat/ bilik sorang/ selesa/ layanan baik plak....kena check jugak poket anda...MAMPU ATAU TIDAK MAMPU mencarum bulanan RM200 - RM250 untuk kad perubatan sahaja.SETIAP BULAN!!!
  • jika rasa tidak mampu, lebih baik terus ke hospital panel anda (hospital umum) dan menerima sahaja servis di sana TANPA mengecilkan orang-orang yang memilih hospital swasta dan mampu mencarum. Selain faedah perubatan yang dinikmati mereka juga menyimpan tanpa sedar. selepas 20-30 tahun ada sejumlah cash simpanan untuk mereka sendiri.sebagai tambahan kepada duit-duit lain  (pencen/gratuity/persaraan/tanah/harta pusaka) untuk dinikmati!!

KEDUA-DUANYA BAGUS! TERLETAK PADA POKET ANDA DAN JUGA KEUTAMAAN ANDA SAHAJA......

  • tidak semestinya yang masuk hospital swasta itu jutawan!
  • tidak semestinya juga yang masuk hospital umum itu miskin!

SILA BERFIKIRAN TERBUKA TENTANG KEDUA-DUANYA...MENGHORMATI PILIHAN ORANG LAIN JUGA AMALAN MULIA...



rujukan kos wad di hospital umum

SALAH ANGGAPAN: kakitangan kerajaan tak perlu kad perubatan tetapi kakitangan swasta SANGAT perlu sebab mereka tiada panel di hospital umum.  sekalipun tiada GL ke hospital umum, kos di kerajaan tetap tidak mahal semahal di hospital swasta walaupun tiada anak beranak/adik beradik/suami isteri di sektor awam. kos utk kakitangan swasta ke hospital umum RM30. RM56, RM500 ada capping tertentu (tidak terlalu mahal) kalau kes-kes operation dan lain-lain selagi kita rakyat malaysia layak untuk subsidi perubatan di hospital awam...bagi yang beduit bukanlah masalah besar tiada GL dari govt sector. kos di hospital awam tidak semahal di swasta. dan pastikan jika anda tidak ada kad perubatan JANGAN CUBA-CUBA MEMBERANIKAN DIRI MASUK HOSPITAL SWASTA...boleh hilang semua KSWP kerja 20-30 tahun, habis gratuity kerja 30 tahun...dalam sekelip mata.....terus sahaja ke hospital umum panel kita..KALAU terasa nak bandingkan kedua-duanya apply lah kad perubatan dahulu...dan cuba guna! jika rasa tak best di hospital swasta dan nak berbalik ke hospital umum selama-lamanya dan melupakan terus swasta...anda boeh je stop/terminate kad perubatan anda pun!! tiada yang salah atau betul di sini....tapi sebelum bertindak pastikan anda TAHU KESANNYA,.. dan BERPENGETAHUAN tentang nya sebelum mengupas dengan lantangnya...

thank you for reading....

pilihan manusia juga berubah mengikut status:
  • kewangan nya
  • pengalamannya
  • status dirinya
  • minatnya
penerangan ikhlas:
takaful advisor
hasbah juwaini
012-6260742

*no copy paste - semua adalah hak cipta penulisan sendiri hasbahjuwani.jika didapati disalin dan ditampal dimana-mana blog/website peribadi akan diambil tindakan

*click button share sahaja dibenarkan.

Thursday, June 2, 2016

trip oversea pertama 2016: GUILIN 12-16 MARCH 2016: part 2

Bersambung..sambung jalan-jalan GUILIN salah satu tempat unik di dunia...


    

 
GUA KARST DI GUILIN - DONGENG INDAH DARI MASA LALU
Gua-gua karst besar dan indah di kota Guilin. Mula dikenali sejak 12 abad dulu lagi, time Dinasti Tang. Menurut legenda, gua ni dibuka oleh petani, yang berjalan di kawasan ini, dan jatuh ke dalam gaung. dan terjumpa pintu masuk ke gua ini.


Gua batu kapur yang tingginya 240 meter, terbentuk sejak 180 juta tahun yang lalu yang sebelum ini merupakan  laut. Berlaku bencana alam menyebabkan air kering dan meninggalkan kesan gunung cantik dengan lembah yang beraneka bentuk unik!

  
Panggilan Guilin, sebuah kota kuno yang indah terletak di selatan China, "kota yang paling indah di China." Di utara-barat, tujuh kilometer dari pusat kota, adalah Gunung Guanminshan. Dipercayai di sinilah gua tersembunyi buluh seruling.
"sumber - google"

  

Ok!! jom tengok-tengok sakura plak.....nak naik puncak ni kena naik cable car takde cover...kaki terjuntai...ada berani??

  

 



inilah sakura...bunga-bunga pink!  



TIME FOR SHOPPING.....MURAH-MURAH JER...beli winter jacket tu RM70je yang kat malaysia dalam RM250 best kan??

 

ni.....nak tunjuk lala bersaiz gergasi....beza ngn tapak tangan i....hehehhe..

 belakang: masjid di GUILIN

 
di mana ada pakcik ni mesti ada hasbah juwaini.....ihikkk...




ni tak berapa nampak plak kan..ni one of the famous place shud go....kalau kat guilin.teater berlatar belakangkan bukit bukau, sungai yang real...


 


ni naik cruise lama jugak....menyusuri sungai GUILIN...


ehheee....ehem...ehemm....


di antara halal restaurant di GUILIN,,,makan sampai kenyang!!


ni gua bentuk belalai gajah!! unik ..ada show cerita siap dengan 5D lagi....best!

ok...dah nak habih cerita....jom p dinner dulu sebelum balik.....GRAND DINNER at GUILIN









 







masa untuk kembali ke tanah air ku tercinta!! byebye GUILIN....hope u enjoy reading my story..."jom nikmati hidup hebat setiap hariii"









the best takaful advisor n motivator!
hasbah juwaini
012-6260742

  







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature