sambungan bila dah sampai apartment...
perut dah lapar...(dlm tengahari). terus buka beg masak. memang ada bawak 1 periuk kecik yang induction tapi boleh jugak guna utk dapur gas. kecik je..masak apa2 semua guna periuk tu je. lagipun semua foods yang ktrg bawak memang "dah ready to eat" just panaskan dan makannn...brand pilihan "BRAHIM'S) ada : nasi goreng kampung, nasi beriani kambing, nasi goreng ayam...++ pada saya sedap je.macam makan nasi. beras dia basmathi semua.panaskan dlm 2-3 minit je. kalau ada microwave lagi senang...gunting sikit bungkusan nasi tu+panaskan 2-3 minit dlm microwave...
BRHAHIM's ni nak beli kat mana?
Beli kat tesco, giant ke....hypermarket! sekotak RM11-13..ada orang cakap beli kat kilang dia dapat separuh harga..kilang dia kat KL..boleh google location dia kalau memang nak pergi sana..jimat tau kalau dapat separuh harga..memang kena bawak banyak kotak u know!! sekali makan 2 kotak (2 adults+ 2 kids)...sikit je. breakfast, lunch, dinner...so kira agak2 bagi cukup makan sepanjang kat sana. tujuan percutian ni:
"Feels like home holiday"
just relax..makan-makan, seight seeing...semua enjoy! no rushhhh......holiday kan?relax minda...quality time together..nak tengok tak stok makanan yang kami bawak?hehhee..banyak 1 beg almost 15kg masa timbang kat airport. lagipun tak banyak halal food di Hokkaido tapi ada..tak relavan setiap kali lapar nak keluar beli makanan..ada makanan sendiri penuhkan fridge, dapur..
to be honest...percutian ni sangat best..dream holiday! sometimes trips dengan tour guide kena ikut schedule.of coz kena hormati masa org lain jugak. kena punctual, kena rush! tapi last august pergi medan, indonesia pun best..tak amik tour guide just booked car rental + driver..so dia macam personal driver kita, ikut jelah kemana-mana kita nak pergi. masa kita sendiri tapi dia cadangkan juga few places dan edit2 sikit places yang kita nak pergi bersesuaian dengan jarak dan jalan sehaluan ke tak...penambahbaikan dah tentu dia lebih tau sebab dia memang local resident di situ...
really feels like home!
tapi kan? malam sebelumnya kan kami tidur dalam flight (11:30pm-8:20am) tidur kan tak selesa...duduk je! tahu apa berlaku 1st day ni lepas makan?hehehhe....kami semua mengantuk! termasuk kids. keutamaan kepada kids la..kalau tak cukup rest diorang buat perangai...since diorang dah pengsan..mama & abah pun join sekali sampai petang. buka mata dah gelap! aikk...winter kan pendek siang dia..4pm dah magrib dahh....so kita tak pergi mana-mana pun 1st day ni..bangun siap2 solat semua..kitorang jalan-jalan amik angin kat area rumah je. ada park dekat rumah tu...+ playground..tapi slide, buai semua penuh salji tebal...just jalan-jalan tengok view surrounding dan selfie...nak main snow tak payah pergi jauh-jauh...bawah rumah pun dah banyak..everywhere!
LUCKILY...
masa kami turun tu ada light snowfall...1st time..excited! penuh kat shawl & baju..mcm hujan renyai-renyai. tak basah pun tapi balik rumah kan panas (warmer) cair jadi air plak...basah sikit-sikit...
sebenarnya tujuan jalan-jalan malam ni jugak nak test baju sekali. esok kan nak visit bandar dari pagi-ptg..so nak terus pakai baju dari rumah yang selesa. taknak bawak baju spare. nak free hand atau taknak berlaku....after few hours sejuk tak boleh tahan kena cari baju lagi extra...so everyone must wear the proper clothing for cold + suitable to keep us warmth for the whole day especially kids.
berakhirnya hari pertama kami.....rasa rugi jugak tidur tu. rugi satu hari. thought 1st day boleh jalan-jalan bandar sapporo dah..tapi habis dengan rest!tapi ok je..kalau penat mood nak menikmati tu kurang...get enough rest while holidays...
"panaskan gloves yang basah, stoking yang sejuk-sejuk depan warmer...bangun esok dah kering kontang + panas..sedap je nak pakai sambil nyahkan bakteria....hehhe sebab pakai ulang-ulang..mcam ala2 proses sterilisation.. tapi suhu xsampai 100 degree pun...kalau set 100 kami sekali hangus dalam tu" tujuan: nak keringkan je..."
the end : 20.12.2015(ahad)
day 2: 21.12.2015 (isnin) ok...harini tak boleh lagi buang masa..bangun pagi-pagi (sama macam kita je). kami makan nasi utk breakfast isi tenaga. nasi beriani kambing ...yummy!! "kenyang perut senang hatiiiii......" + terus solat jama' zohor+asar sebab zohor masuk awal : 11:30am...sempatlah bersiap2...dan keluar rumah.then balik malam jama' isyak + magrib je nanti...
sepanjang jalan nak ke train subway pun banyak pit stop! nampak salji...over excited! pergi balik taman yang ktorang dalam malam tu....tapi salji lagi tebal..agaknya malam tadi snow langi heavy kot turun..fresh snow..very fluffy..putih merata-rata..bersyukur allah swt bagi peluang melihat nikmat dunia. diff experineces...pijak je tengelam hokeyyy!!
Kalau korang nak senang. download kat handphone satu app ni "east asia" > choose location: sapporo. nanti semua lengkap ada kat situ... boleh set itinerary, ada map macam google map (by train, by walking, by car....senang sangat siap dia tulis kalau train tu subway yang mana satu nak naik...kalau bus..bus apa..) ...so just share our itinerary:
suhu: 4 darjah
snow
masa: jalan berapa lama....total KM kami jalan arini : 4.2km kot..wawaaa...total la.
semua tempat ni kami pergi...mercu-mercu tanda sapporo!
1st kami naik train namboku subway dari minami hiragishi-odori station. stop at odori st. jalan-jalan from there to the places nearby...jangan tertipu dengan mentari..nampak mcm sunny day cahaya terang tapi sebenarnya sejuk giler jugak. buka gloves pun terasa pegang air batu lama-lama...
1st place: odori park lebih kurang mcm tasik titiwangsa,KL. main park di sapporo.ada salji banyak..nak baling-baling salji sini boleh..all free...taman rekreasi...dikelilingi shopping complex dan bangunan-bangunan pejabat tinggi-tinggi....view cantik sebab diff dari pandangan mata biasa kita kat malaysia ni. standard luar negara yang sejuk2..hehehhehe...
dari odori park dah nampak sapporo TV station yang macam PARIS tower tu,....so, kitorang p sana dulu.. minum air panas selepas bersejuk-sejuk buat olaf yang buruk tu...vendor machine dia everywhere ada air hot & cold. harga 1 tin = 110 yen-130 yen (RM4 kot) duit dia coins 100 + coins 10,10,10..mcm 20 sen size dia...hehehe.kejap je faham dah duit dia very straight 4ward! 10- maknanya 10 yen, 100- 100 yen...1000 duit kertas = 1000 yen! (tapi lupa nak snap duit yen) sorryyy....sebagai rujukan.dah tukar balik dah kat money changer semalam...baki tu.
sepanjang jalan nak ke sapporo tv tower tu singgah-singah dulu "rest area" memang ada disediakan merata-rata...kalau sejuk masuk situ ada warmer! hehehhe...ada kedai-kedai jual2 makanan sepanjang odori park tu boleh beli dan minum / makan dalam tu...selesanyaaa...rasa sejuk2 tetoba warm...best gile! nikmatnya malaysia yang warm sepanjang tahun...hehehe..
lepas tu...kami terus lagi jalan ke nijo fish market! cari ketam gergasi..."KING CRAB" yang famous tu...kami ni memang peminat ketam & seafood. so matlamat kena capai dulu.tak jauh dari sapporo tv tower..belok kanan ..jalan dlm 500m...dari jauh dah nampak kaki , tangan ketam! hehehe sekor RM 250 kot = 7500 yen tapi sebab dia tengok aniq comel dia bagi 7000 yen tanpa diminta kurang pun...boleh makan di restoran dia depan pasar tu...dia rebus kosong je ketam tu dah manis sangat2 dah..emmm mavelous teramat!!rasa dia macam fillet ketam yang kita beli kat dlam peket tu...putih merah tu.manis-manis macam tu ye...nikmatnyaaa makanan. terima kasih allah swt masih bagi merasa kenikmatan...syukur..
kami beli sekor take away. dia bungkus cantik-cantik sebab senang nak carry, dia akan pecah-pecahkan sesiap senang nak makan, dia rebus sesiap sebab nak rebus dia ni kena pakai periuk besar ni...kalau periuk kecik tu manalah muat...kalau makan kat restoran dia macam buang masa pulak..lagipun masih kenyang baru je makan nasi...
"KING CRAB/HAIRY CRAB"
- ALASKA
Dah dapat dah apa yang dicari...teruskan mengembara..nxt we went to clock tower.rasa mcm dataran merdeka kot! mercu tanda kota sapporo..mcm biasa nak ke sana pun kids asyik stop2 main snow...so mama abah selfie...snow tebal!
nilah "clock tower sapporo" tuuu....
next place...."
former hokkaido government building " dlm perjalanan ada stesen tv tengah buat live news kat building ni...kami pun snap candid macam tu kan....tetiba one of the staff offer nak ambi gambar kami sefamily + mascott "monkey" tu join sekali....masa monkey tu nak bangun..kitorang terhantuk kepala.. "hadoiii"
former hokkaido government building
belakang building kerajaan ni...ada uni hokkaido dan botanical garden. jauh jugak kena jalan....huuhuuu dalam 1km..(13 minit ikut map tu kata)
kejap je pukul 4:05pm dah mula gelap....actually belakang tu ada itik-iti berenang dalam tasik tapi tak nampak la pulak...(camera handphone je...tak bawak DSLR pun)
nilah kisah-kisah ngeri yang berlaku....ada budak 13kg dah "lembik kaki" tapi ok la kesian..jalan dah lebih 5km kan...mama carry aniq! tapi kejap je...hehehhe..mau patah pinggang ni...umpan dia mainan..hmmmm...
lapar dah.makan masa tunggu train..kami ada bawak roti gardenia perlbagai rasa dalam beg doraemon..nak apa semua ada...
balik la jom.....
end: 21.12.2015(isnin)..................................................... productive day!
will be continued...GO hokkaido, Japan volume 3..
(dah cuba nak pendekkan tapi panjang jugak entry ni)
perunding kewangan takaful muda
hasbah juwaini
012-6260742