Followers

Monday, November 25, 2013

Cabaran dalam kerjaya dan kehidupan

"The challenges of growing a busines"

 Assalamualaikum..memandangkan ada sedikit masa terluang sebelum go to the nxt appoinmnt rasa nak mencorat coret cerita today. Sepanjang 3 tahun menceburi kerjaya "financial & takaful advisor" ini...banyak jugak cabarannya yang ganas2 datang menjelma sekali sekala:


satu kesimpulan yang ingin saya simpulkan

"BUKAN SENANG UTK SENANG DAN BUKAN SUSAH UTK SUSAH"

 utk renungan bersama

Semua orang indah melihat kejayaan tetapi hakikatnya sebelum munculnya kejayaan yang melimpah ruah datangnya dugaan bertubi-tubi sehingga menyebabkan kita kadang kala senget hampir tumbang! tapi gagal bukan beerti ketika tumbang itu...tetapi gagal beerti 

 

"tidak mampu bangun kembali setelah tumbang"

 

Pendapat peribadi saya apa pun bentuk perniagaan yang anda jalankan perlu ada beberapa faktor asas kejayaan:

sabar dalam meniti tittian kejayaan & kekayaan

Jangan mudah mengdengki rakan-rakan sejiran yang nampak lebih bagus drp kita 

support bisnes-bisnes rakan lain jangan kondem/hina/keji perniagaan org lain

ikuti langkah-langkah kejayaan mereka sikit demi sikit

setia pada MENTOR!! 

Jangan mudah ambil hati dengan cakap-cakap clients, customers, rakan seperjuangan(kerana ada yang negatif)

perlu ada seorang kawan yg paling boleh percaya eg: suami, rakan baik yang tak terlibat dgn bisnes kita sebagai tempat mengadu jika kita memerlukan luahan perasaan/berkongsi masalah

 




Sunday, November 17, 2013

UNTUK YANG CONFUSE

Assalamualaikum.....

terpanggil utk menulis di tengah hari ini...dalam banyak-banyak appoinment macam2 ragam kawan-kawan dan masyarakat di luar sana yg saya jumpa. diantaranya:

  • rasa TAK PERLUKAN takaful2 ni..mak ayah kita dulu tak ada pun leh hidup smp tua
  • rasa takaful ni sangat perlu tapi terus terang cakap "TAK CUKUP BUDGET LAGI"
  • dah ada takaful lain yang attach dengan motor, kereta dll
  • tak pakai sangat medical card sebab ada syarikat saya tanggung semua ahli keluarga, datuk, nenek dan seangkatan with no limit lagii...
Dgn masa yang pendek ini sblm saya ke lokasi appoinment sekejap lagi...saya nak share cerita dengan yg pertama je dulu:

 "rasa TAK PERLUKAN takaful2 ni..mak ayah kita dulu tak ada pun leh hidup smp tua"

 utk yang confuse: perlu ke tak perlu...betul ke keputusan yg saya ambil ni mencarum dlm takaful?

jawapan:
----there's no right or wrong sebab all will back to u. semua orang ada pendapat peribadi masing-masing memandangkan sekarang ni semua berpelajaran tinggi. paling ngok ngek pun SPM mesti ada, diploma ada, degree majoriti ada zaman skg ni (kan ada PTPTN, MARA support yuran), rajin skit sambung master bukan isu pandai lagi dah..rajin tak rajin je (duit boleh dicari..tak dpt biasiswa bayar sendiri..tak dapat IPTA, apply swasta yang semua nya diiktiraf oleh kerajaan)...RAJIN LAGI...SAMBUNG phd la..rajin lagi sambung post doctorate.

sebab tu kita rakyat malaysia sangat berpendidikan tinggi....bukan kategori tak educated lagi mcm zaman-zaman dolu dolu....

perlu ke tak perlu (confuse ni)..

tahukah kita sama ada kita mencarum atau tak mencarum di dalam takaful...setiap drp kita mmg dilindungi dan assured. aikk??dari mana plak dah...baik tak payah takaful camtu...tunggu dulu. 

  1. kalau anda tak mencarum di dalam takaful: anda membuka syarikat sendiri (sdn. bhd) untuk melindungi diri anda sendiri dr segi kewangan melibatkan kesihatan cth: nama anda (Mohamad)..syarikat yg didaftarkan utk melindungi anda adalah "MOHAMAD SDN. BHD."
  2.  kalau anda mencarum di dalam takaful anda sebenarnya memindahkan risiko kesihatan melibatkan kewangan kepada "GREAT EASTERN TAKAFUL SDN. BHD"
Senarionya:
Pada suatu hari anda jatuh sakit...(nnt mesti org bengang kan?takde isu lain ke nak cakap..asyik takutkan org dgn sakit, musibah, malapetaka tu jelah org2 insuran/takaful ni..keje ugut org..) pls face the fact!! 

"manusia hanya akan terfikir akan sesuatu jika dia kehilangan sesuatu"
cth: masa ada isteri punya lah baik...dia masih sanggup curang. smp tercerai dpt bini baru tak sebaik isteri lama..barula tergila2 talak
cth; samalah bila jatuh sakit baru terfikir, nak insuran nak insuran nak insuran!!!!!!!nak TAKAFULL!!

sebab apa? bila sakit..fikir nak rehat je. takyah sakit teruk2 demam menggigil2 je..tak larat nak bangun pergi kerja kan?kalau yg makan gaji syokla boleh MC(yahooooo...) yang kerja sendiri?susah hati..perbelanjaan berjalan seperti biasa..'NEVER STOP" bayar kereta, rumah ttp kena bayar, kalau sewa ataupun beli selagi tak habis bayar kat bank, makan ttp kena makan..astro lambat sehari "potong", air nak mandi nak minum kena bayar..sekolah kalau yg ada anak2 tu ttp kena bagi duit sekolah, yuran sekolah..

bezanya 2 syarikat yg tertubuh tadi:
mohamad sdn bhd vs great eastern takaful sdn bhd

jika:
 hanya 14% mampu menyediakan RM50,000-RM100,000 dengan segera utk menanggung kos perubatan ketika ditimpa keuzuran. badan kita macam kereta..hari2 digunakan utk bekerja, suatu hari dia pun perlukan rehat, maintanance, servis..tapi berapa ramai yg buat servis utk badan regularly? tak ada masa, hosp kerajaan mana allow kita suka-suka nak pergi buat regular medical check up dia pun banyak lagi pesakit bertimbun-timbun tak habis2...kalau nak buat regular check up sila lah sediakan RM300-400 p buat kat swasta..tak ramai yang sanggu kan..

terima atau tidak akan sampai masa badan@ kesihatan memerlukan rawatan atau masuk bengkel jumpa Dr. masa tu kita mula merungut, TUNGGU LAMA, SERVIS TERUK LA..LEMBAP LA, LAYAN XLAYAN JE kita yg berkelulusan tinggi ni...macam2 keluhan..masa tu tengah menyesal tak ambil insuran awal2...org kata " meyesal tak sudah"

"TAKAFUL TAK CARI ORG SAKIT..(NO BELAS KASIHAN) TAKAFUL HANYA CARI ORG SIHAT YANG NAK DICOVER BILA DIA SAKIT NNT"

sebab takaful bukan badan kebajikan mcm BERSAMAMU TV3, baitul mal, atau kebajikan masyarakat..dia sebuah institusi kewangan di bawah bank negara yang menjalankan PERNIAGAAN dengan menawarkan khidmat perlindungan kesihatan  dan perubatan jika pelabur mengalami masalah kesihatan yang ringan atau serius. clear sikit kan...pelabur sahaja yang masih aktif. kalau sebulan 2 bulan simpan pastu tak carum dah...sorry ler..terminate la perlindungan yg ditawarkan. macam road tax + insuran kereta tamat tempoh..tak renew simpan kereta kat rumah jela..nak keluar jalan raya pun  takut..

kalau kita tak renew takaful..jgn la keluar rumah.takut accident ke..apa2 ke..sapa nak bayar masuk bengkel nnt.."perumpamaan". kalau tak bayar dan tertimpa kecelakaan..takde belas kasihan ye..no cash money!!at all...rayu pun sampai melutut pun..ini bukan BERSAMAMU TV3..tapi satu badan perniagaan dan hanya layak terima pampasan+faedah utk pelabur yg masih aktif sahaja.adil kepada semua. kerana di bawah takaful ada satu tabung nama dia :

"TABARRU" atau bahasa melayu nya..tabung derma utk pelabur2 yang ditimpa musibah..


berbalik kepada 2 syarikat sdn bhd tadi
 kes mahmud ni. mahmud mungkin tidak mencarum di dlm takaful. jadi mahmud dah tubuhkan "MAHMUD SDN BHD" utk menampung kos perubatan nya sendiri. bila memerlukan mahmud mengeluarkan tabung atau aset drp syarikat "MAHMUD SDN BHD" utk tujuan perubatannya.

senario sangat berbeza jika mahmud ada kad perubatan takaful GE. kad ini sprt kat ATM.tapi di dalam nya ada RM900,000-1.8 juta..(mcm tak percaya kan??tipu ni..) perlu PERCAYA semua takaful di bawah kawalan bank negara malaysia. sebarang penipuan atau hiperbola boleh dilaporkan. tapi mesti merujuk buku akaun yang diberikan. bila mencarum dlm takaful akan dapat satu buku..buku ni ada tulis semuanya. sah dr segi undang-undang negara. boleh tuntut di mahkamah!!Perlu ke jual rumah kalau ada RM900,000 utk diswipe saja bila diperlukan???

berbeza dgn kisah ibu tunggal ini. bulan pertama bekerja telah melabur&menyimpan dengan GREAT EASTERN TAKAFUL(GET).apabila ditimpa musibah..GET datang memberikan cek bernilai RM81, 982.81 tunai kepadanya utk beliau meneruskan kehidupan tanggung kos perubatan, kos sara hidup dll. RM 81,982.81 ini datang drp tabung kebajikan "TABARRU'" tadi di bawah syarikat GET.

kesimpulan: jika ibu tunggal ini ada rumah..rumah selamat tak perlu dijual, kereta tak perlu dijual, ASB tak perlu dikelurakan, cash dlm ATM tak perlu dikelurakan juga....sebab ada duit dr takaful. kehidupan diteruskan seperti biasa.

dunia sekarang tak dapat lari dari dunia duit!!tak perlu menipu diri sendiri demi pertahankan keegoan tak tentu tempat, nak tunjuk superhero tak perlukan duit $$$ try letak RM1000 depan mata pun dah blink2..lagi2 free je sedekah..nak tak??face the reality "DUNIA MMG PERLUKAN DUIT"...kisah ngeri di sebalik masalah kewangan di malaysia:

masalah penceraian yang makin meningkat
 kemalangan: hari-hari di buletin TV3, RTM ada berita kemalangan maut.apa akan berlaku kepada anak-anak ini??takaful menjanjikan aset cair RM100,000 dengan segera jika berlaku kematian. kalau disebabkan kemalangan ia manjadi 200% = RM200,000..tak nak ke? how RM200,000 mampu menyelamatkan masa depan 4 beradik ini menjadi lebih baik...fikir jap ye..

 tak perlu pengsan kalau ada takaful..
risiko lumpuh di malaysia due to lifestyle, foods, dan lack of exercise


 komplikasi diabetic dan hypertension(darah tinggi),,
 ni fakta ye: kementerian yg paling tinggi berbelanja adalah kementerian kesihatan kerana menanggung kos rawatan dan perubatan masyarakat malaysia..kerajaan pun dah tenat..tak musatahil suatu hari tiada lagi faedah rawatan RM1 ini..
 kalau di takaful tak payah cari.,.takaful datang menghulurkan bantuan kepada "pelabur" di dlm takaful sahaja yang tak pernah hutang dgn takaful..sat bayar, sat tak bayar...takde la..takaful nak tolong.tak aktif silap2 dah bertahun tak bayar dah lapse(terminate)
hilang punca pendapatan kerana terpaksa menjaga suami yg sakit dan menyebabkan kita tak boleh nak bekerja di luar rumah. tak de org nak jaga org yg kita sayang.
 mencarumlah di dalam takaful walaupun sedikit. 10% drp gaji anda!! banyak faedah yg anda akan dapat,.selamatkan $$ "sdn bhd" anda..selamat beramal....

hasbah juwaini
financial advisor
great eastern takaful
master in business admin, 
degree bioperubatan.
012-6260742
fhasbah@gmail.com
fb/whats app...


Thursday, November 14, 2013

jimat RM2x30 anda

Seminggu mak di sini kami bercucuk tanam....ada ubi kayu, keledek, jambu batu tanpa biji, delima, cili, peria dan cili padi...

cara tanam ubi kayu (just guna batang je)
keledek ni ditanam semula.sblm ni tanam xder batas.main campak je.so adalah 2-3 ketul ubi.amik daun tanam semula.

rupanya best jugak bercucuk tanam ni. tapi malas nak mengcangkul..kerja berat bukan senang.saya tgk je..mak yang cangkul dengan semangat!hehehe...godek-godek internet terjumpa penanaman hidroponik. terfikir nak buat mini garden di rumah...




mesti ramai ibu-ibu suka hobi baru ini...menanam tapi langsung tidak kotor tangan dan pokok tumbuh dgn sendiri tanpa perlu banyak penjagaan...tiada pesticide dan economic friendly. menambah oksigen di dalam rumah serta lebih menghijau dapur kita...jimat belanja juga..tak payah beli sayur lagi  FRESH, HEALTHY, HASIL TANAMAN SENDIRI

kubis...bestnya jika ini ada dlm rumah kita..

bila dicongak-congak bersempena mengawal perbelanjaan bijak masa kini, kalau bercucuk tanam bagus juga. kenapa? setiap ari kita mesti makan sayur dlm mengamalkan pemakanan seimbang. sayur seikat RM2 ++. betul kan? TESCO ye..kalau diikutkan sebulan ada 30 hari..lebih kurang RM50RM60 jugak dibelanjakan untuk sayur. jika kita save RM60 sebulan ni..setahun dah jadi RM720. wahh banyak kan?jgn memandang rendah RM1-2 kita..setiap sen sangat berniai lagi2 zaman ekonomi dan barangan yg makin meningkat harga.apa kata simpan je duit ini. simpan buat holiday...lagi best!!

so 1st step: beli set hidroponik mini ni..so boleh tanam sayur di rumah..

Template blog yg baru ....

Rindu nak tulis blog. this week macam malas-malas sikit nak kerja...so hilangkan mood malas, edit blog + tulis blog. aduiihh apa nak jadi ni...

Actually this is my last month bergelar kakitangan kerajaan...secara rasmi berakhirnya 31 november 2013 nanti berakhirlah jawatan sebagai "penjawat awam" yang telah 6 tahun berkhidmat bermula 16/1/2008-30/11/2013. Keputusan ganas ini diambil setelah 5 bulan percubaan berani mati "CUTI TANPA GAJI" sejak julai 2013 yang lalu...hakikatnya..memang mendebarkan. Debaran ini bukan baru yer...since january setelah bertekad nak ambil cuti tanpa gaji bermula july.. so?

1. step pertama: Hantar surat permohonan cuti tanpa gaji atas alasan "sambung belajar". kononnya nak siapkan proposal smbg belajar..tapi jiwa sebenarnya nak fokus bisnes

2. step ke-2: tunggu keputusan mahkamah kerajaan..hahaa..taklah..keputusan kementerian kesihatan(Bahagian Pengurusan Latihan)..tunggu-tunggu sampai Mac terus dapat surat jawapan "LULUS" bermula 1 Julai..lagi mendebarkan..

3. step ke-3: Bermula cuti  Julai yang lalu. hari terakhir bekerja Great Eastern Takaful panggil talk kat Royal Bintang Seremban.(29 June 2013)
Testimoni (co-speaker) je. tapi happy jugak. ni 2nd time bagi talk utk Great Eastern Takaful.talk utk orang baru

4. sepanjang 5 bulan tanpa gaji kerajaan ni...(Julai-nov) rasa mcm ok je..biasa-biasa.tapi terasa jugaklah kehilangan gaji tetap yang selalunya dapat gaji Great Eastern Takaful(GET) bersih tak perlu bayar apa-apa lagi..sebab gaji kerajaan dah bayar kereta, rumah ++ takaful + hutang piutang yang lain +berbaki lagi sikit utk belanja. bila gaji GET plak masuk leh enjoy je...++saving semuanya.mmg rasa sgt enjoy. this 5 month semua kena korek dari gaji GET ni..tolak2 semua taklah seberbaki seperti dulu tapi ada lah sikit utk shopping selepas tolak semuanya...so 5 bulan ni kurang berjalan sikit. weekend activities kena kurangkan sikit utk yang berbayar..jimat cermat!!

5. performance dalam bisnes selepas berhenti (unpaid leave) menjadi lebih baik drp biasa. tak pernah dapat top 5 dalam takaful..now for Q3(counted from julai-sept) boommm top 4 (highest ANC kategory)!!
 surat invitation from GE




6. step ke-6: niat hati mmg suka bisnes dengan mendalam sejak kecik..hehehe...sejak habis belajar, macam-macam bisnes dah ceburi...tapi yang ni paling murah rezeki. rasa nak teruskan. lagipun mmg saya dari awal masuk gov tak ambil pencen mmg sign pilih "KWSP".jadi dengan ganasnya saya ambil keputusan berani..uhuuuuu.....resign!!

huh.......ada BERANI???

tapi sudah terberani....officially saya bukan lagi kakitangan kerajaan bermula 1/12/2013 nanti...huhuuu...sangat mendebarkan. nak buat sesuatu keputusan bukan mudah tetapi 

 cuba cabar diri sendiri...walaupun dalam hati ada "getaran."

Gaji terakhir yg tetap utk gred U41: taklah banyak sangat tapi tetap duit jugak...RM 38++.. (sayang kan) tapi GE bagi saya sikit lebih cuma..masa campur 2-2 dulu banyak2..bila hilang satu ni tinggal sedang-sedang...semoga tahun depan kembali banyak-banyak...amin.. kawan-kawan sekalian...nanti dapat surat perletakan jawatan drp jabatan saya share ye..

BERDEBAR TAK?? hanya tuhan yang tahu....

Saturday, November 2, 2013

book: UNCOVER MILLIONAIRE MONEY SECRETS

Hai semua....assalamualaikum

nak share tentang kandungan buku yang saya tengah baca tentang perancangan kewangan yang berkesan:



chapter 11: 7 most common budgeting mistakes

1-menetapkan matlamat simpanan berdasarkan baki duit slps berbelanja-kesan:di hujung bulan(tiada simpanan akan dibuat & membawa anda kpd kekecewaan)

2-tidak keep track duit masuk&keluar

3-meningkatkan perbelanjaan tetap keluarga.cnth:sll terpengaruh dgn promosi interest-free easy payments.bila beli perabot,tv dll.anda sebenarnya dlm proses menaikkan komitmen keluarga setiap bulan utk sesuatu tempoh yg pnjang & jika terlambat bayar harga barangan mnjadi lbh tinggi kerana interest!

4-berbelaja 2x pendapatan
cth:suka berbelanja mmgunakan kredit kad.total spending;RM400.sblm smp tarikh gaji lg 2 ari tgk bank ada baki RM400.tiba2 rs nak beli kasut@susu anak.trs tak jadi byr kredit kad.pergi belanja keperluan dl.bila smp bill kredit kad,anda dah terlajak drp due date.anda dikenakan insterest.brg yg sppttnya dibeli pada harga RM100.kini mnjadi RM120.rugi tak anda??

5-love "luxury" lifestyle eg:local gym member,magazines,iwn collections,club fee dll akan memberi kesan kpd "keutamaan kewangan" anda.kesilapan mmbuat keputusan yg tidak spttnya ada utamakan akan myebabkan anda terpaksa berkorban dlm benda yg anda sgt perlu utk menampung the lifestyle that u really cant afford!

6-mesti berdisiplin dgn budget yg tlg ditetapkan&dirancang. kuat iman..jangan mudah tertumbang dengan nafsu membeli walaupun promosi murah-murahan(taktik pemasaran)

7-hilang duit dlm longkang
eg:byr loan kereta lambat,byr loan rumah lambat,bayar credit card lambat dll kerana interest..

-keluarkan cek tendang dan dikenakan panalti
-automatik payment fee yang mengenakan fee cth maybank RM1.00 setiap kali trasaction
- terhilangkan tiket parking dan dikenakan panalti
- takeaway lifestyles: Mc'Delivery, Pizza hut delivery, banyak sangat makan di luar... 

byebye...sambung lagi nxt chapter: GROWTH STEPS (langkah membaiki kesilapan ini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature