Followers

Wednesday, November 21, 2012

Pengalaman menggunakan kad perubatan Great Eastern Takaful

Assalamualaikum....kawan-kawan sejagat!!....ihii...

last 2 weeks kitorang sekeluarga masuk wad sebab jangkitan kuman pada paru-paru. nama medical dia.."pneumonia"..emm, first time kena ni. Mula-mula saya demam. Demam lain macam 3 hari..tak boleh bengunnn...kepala pening, jalan rasa nak melayang...demam menggigil-gigil makan panadol dah banyak dah, takde kesan. sesema jugak & batuk. Rasa sesak nafas sikit. Tapi takla semput...sampai kat emergency, nurse tanya ada "athma ke?" setahu saya...memang tak pernah wujud la..sihat alhamdulillah je setakat ni. Demam pun jarang-jarang sekali..mungkin 2-3 tahun yg lalu kot demam..masuk hospital pun sebab bersalin je..oh, tapi ada sekali masa musim denggi, kena denggi tahun 2007. Lama dah...nak dijadikan cerita, masa dulu kerja dengan KPJ tawakal specialist so masuk branch dia kat mana-mana negeri free la..pakai GL company. masa tu masukla KPJ seremban...kebetulan Dr yang sama jugak check pun. Dr Tun Fizi (Pakar cardiac & physian)...kali ni admit pun Dr yang sama..ihii...2-3 orang physian kat situ, Dr yang sama jugak dapat kebetulan dia yang on call malam tu...masa pergi A&E tu petang pukul 5 petang.

Cek suhu: tinggi 39.9 degree..patutlah kepala pening sangat..kat rumah banyak termometer, ada anak-anak kecik ni macam-macam kena ada. Takut diorang demam panas..tapi malangnya semuanya "HABIS BATERI"....dah besar remaja ni, macam kita..boleh agak je kalau demam. Boleh rasa seram sejuk. kena air macam kena air batu...grrrr....

Masa pergi A&E medical officer suspected denggi fever sebab platlet drop, ada cirit birit, muntah-muntah (sehari ada dlm 5-6x muntah) & demam..so Dr tanya kalau admit guna cash ke insurans?...kat private mmg glamer insuran. so saya jawab "i got medical card"..so terus admit la..sementara tunggu GL di fax ke hospital, pihak hospital uruskan, saya bagi kad je. ...tangan saya kena cucuk jarum masuk air (normal saline)..waawaaa....dlm sakit-sakit sempat lagi saya tanya, "kalau saya taknak masuk air boleh tak"...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....ngeri.tak suka jarum!!!!nurse kata tak boleh...kena masuk jugak. aduih, rasa nak lari balik. Masa tu baring atas katil kat A&E lagi. tiba-tiba nurse datang bawak pergi x-ray pulak..emm??kenapa pulak x-ray ni? dulu denggi tak x-ray pun...nak tukar baju semua, dgn jarum kat tangan memang susah & penuh hati-hati. takut kena tangan..SAKITTNYERRRR....TAK SUKAAAAA!!!!...

tarikh keramat: 4/11/2012....

dah masuk wad..GL pun dah dapat kat hospital, nurse tolak guna wheel chair pergi WAD SELASIH, Tingkat 3.Dr Tun datang ward round. Satu yang saya sangat suka...pakar datang ward round malam2 just after we admitted..RESPECT!! mana nak dapat macam ni. At least xplaination jelas, dia cakap dia tak suspect denggi la, maybe sakit lain. so dia kata kita tunggu result x-ray esok, n few tests yang dia request..tengok result macam mana..temporary, makan panadol..manage demam bagi reda dulu..at least boleh tidur and rest..."i love the explaination, they touch us, penerangan tu sangat clear, apa nak buat apa nak buat, so and so..."...so saya anggukla..Great!!...macam GREAT EASTERN jugak.ihii....Tq to the KPJ's team.

Koleksi gambar bersama keluarga tersayang di ward SELASIH, KPJ seremban...
Ni result darah i..+ve mycoplasma pneumonia..

Ubat nak hilangkan rasa pahit kat mulut tak boleh makan ..sedap ubat ni..nyam2 nyam..macam gula2..terus berselera makan..ada rupanya er ubat macam ni..spray dlm mulut..

ni partner bilik i...."en ahmad fadzli" hhii...my hubby pun kena admit 2 hari selepas i admitted. diorang arrange kami sebilik...best sikit...ada geng utk bersembang..kemeriahan kami menjadi lebih meriah apabila anak2 pun turut demam...suspected jangkitan yang sama...
lovely kids..demam-demam pun maintain.Hobi: bermain...tak kira tempat, jam: 24 jam kecuali tidur..
Partner sebilik...
 ada 2 tv..sebagai penghibur....
 view from our room...level 3
Bibik yang turut berkampung di hotel KPJ...

That's all...saya berkongsi kenangan dan pengalaman menggunakan kad perubatan GREAT EASTERN TAKAFUL. Pengalaman ngeri diserang pneumonia bertukar menjadi kenangan terindah.. Sekurang-kurangnya kami dapat menikmati masa bersama keluarga tercinta....Alhamdulillah..sangat-sangat memuaskan hati..lupa nak cakap, kami bercuti di sini selama 5 hari 4 malam...Walaupun dalam kesakitan masih ada kegembiraan...kuranglah sikit bebanan jiwa & raga..serta rasa sakit yang melanda. Million of thanks to KPJ and of couse credit to GREAT EASTERN TAKAFUL..menyediakan kami semua ini. 



Tanpa Great EASTERN tidak mungkin saya mampu menikmati ini semua...Paling bersyukur kepada hati dan akal yang terbuka untuk mencarum dengan GREAT EASTERN TAKAFUL...sebab saya dulu adalah selautan manusia yang anti-insuran..kihkihh...LAgi pun masa tu kerja swasta, boleh admit mana-mana private hospital. Bila berpindah ke kerja kerajaan, saya kehilangan benefit utk masuk ke hospital swasta. Terima kasih kepada akal kerana membuka hati saya untuk menerima GREAT EASTERN. Selepas 3 tahun mencarum, berminat pulak nak jadi agent...and sekali lagi alhamdulillah....banyak rezeki saya dapat di sini...



GREAT EASTERN TAKAFUL, no.1 insurance in Malaysia..,,.

Yang baik dikongsikan bersama...jangan terus menunggu dan menunggu sehingga kita hilang sebahagian kebahagian yang mampu kita kecapi...sebab saya selalu membaca keluhan selautan manusia yang tidak berpuas hati dan kecewa serta sedih dan tertekan setiap kali ada anak-anak atau ahli keluarga dimasukkan ke wad. Lagi-lagi wad di hospital kerajaan..tertekan dengan masa lawatan, makanan, servis, layanan, masa menunggu dan kekurangan di sana sini....merungut tidak menyelesaikan masalah..cari jalan penyelesaian. Tidak mampu untuk yang terbaik, cukup sekadar minimum semampu yang boleh...bermula RM125/sebulan saja.
"JANGAN BENARKAN HIDUP ANDA DIBELENGGU..rasa tertekan dengan masalah ini selagi ada jalan penyelesaian di depan mata"



 


Thursday, November 1, 2012

INFO PENDIDIKAN PERANCANGAN KEWANGAN ??

Assalamualaikum sahabat handai..

Semoga semua sihat..semalam macam bau-bau berita gembira je lagi.kakitangan awam@kerajaan naik gaji lagi??tak pasti kesahihannya...terbaca dalam facebook status kawan-kawan. Tunggu jela dan lihat. Kalau betul alhamdulillah..
"rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari"
"kecil tapak tangan, naik gaji kami tadahkan"..


Nak kongsikan satu gambar...

Siapa Warren buffet ni??
biodata Warren Buffet


So, Warren Buffet adalah diantara tokoh terkenal yang bijak dalam membuat pelaburan di dunia..

Berbalik kepada tips yang dikongsikan oleh Warren ialah:
1- Dalam mendapatkan wang: Jgn bergantung kpd satu sumber pendapatan sahaja, buat pelaburan untuk sumber pendapatan kedua

2- Dalam berbelanja: Kalau anda membeli susuatu yang anda tidak perlu, akan datang anda terpaksa menjual sesuatu yang anda sangat perlukan

3- Dalam menyimpan: "Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja, TETAPI berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan"

4- Dalam mengambil risiko: Jangan sesekali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua kaki

5- Dalam pelaburan: Jangan meletakkan semua telur dalam satu bakul

6- Dalam menjangkakan sesuatu: Kejujuran adalah sesuatu yang sangat mahal, jangan mengharapkan ia daripada org yang tidak tahu menilai harganya (cheap people"orang murahan")

tak tahulah ketepatan penterjemahannya....hhaa...tapi asalkan mesej yg ingin saya sampaikan ini difahami. "IDIOMS" .....pepatah inggeris tak reti lah nak terjemahkan...lebih kuranglah yer.

Saya suka utk menyentuh rule No.3 :

"Dalam menyimpan: "Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja, TETAPI berbelanja apa yang tinggal selepas menyimpan"

Ramai di antara anda termasuk saya suka menterbalikkan pepatah ini. Menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja, maksudnya sisa-sisa duit la kalau lebih, baru lah simpan. itu pun kalau lebih laaa....kalau tak lebih, tunggu la bulan depan pulak kalau lebih..dan selalunya TAK PERNAH LEBIH...siapa setuju? 

"anda mampu menipu org lain, tetapi tidak mampu menipu diri sendiri, betul kan?"

Anda boleh abaikan rule no.3 ini jika anda tak kisah akan susah atau senang kemudian hari. Biar nasib yang menentukan... tetapi anda perlu kisah dengan rule no.3 ini jika anda benar-benar inginkan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...jika anda sayangkan keluarga anda, masa depan anda...you have to follow this rule. Mesti ramai garu kepala macam mana nak follow rule no.3 ini?

 Garu kepala...bukan mudah utk menyimpan dengan penuh disiplin...

Disebabkan kesukaran menyimpan secara berdisiplin ini, banyak BANK & unit pelaburan memperkenalkan kaedah potongan terus daripada gaji dan potongan langsung dari akaun  dan kredit kad. Salah satu program simpanan yang menggunakan kaedah ini ialah  simpanan dengan Great EAstern TAkaful Sdn Bhd.:

1- mendidik kita menyimpan secara berdisiplin tinggi kerana penyimpanan melalui kaedah AUTO DEBIT terus dari bank gaji atau CREDIT CARD setiap bulan. Boleh juga menyimpan terus secara tahunan atau setengah tahun. 
2- Menyimpan sambil menikmati manfaat perlindungan perubatan
3-  Menikmati dividen & bonus yang tinggi setiap tahun
4- Jaminan dan perlindungan kewangan daripada BANK NEGARA MALAYSIA dalam apa jua keadaan (senang atau susah)
5- Bukti anda sayangkan keluarga anda "jika sayangkan keluarga anda, menyimpanlah dengan Great EAstern Takaful"
6- menikmati pampasan kewangan jika berlaku malapetaka @ musibah tidak dijangka
7- Pulangan wang tunai yang GERENTI di hari persaraan
8- Gantian pendapatan jika tidak lagi mampu bekerja
9- Membantu anda di dalam kesusahan
10- Simpanan terbaik dan menjadi keperluan asas kehidupan.
11- jika berlaku musibah @ sesuatu yg menyebabkan anda tidak mampu bekerja,&hilang pendapatan, simpanan diteruskan oleh GREAT EASTERN TAKAFUL sehingga anda berumur 80 tahun setiap bulan.

"okeh, selamat beramal"...................


Buka buku akaun GREAT EASTERN TAKAFUL sekarang...

Takaful Financial Advisor:
HASBAH BINTI JUWAINI
REG NO: 1056721
012-6260742...
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature