Followers

Monday, September 10, 2012

Insuran hayat satu kehendak atau keperluan?

Assalamualaikum warga maya...

Saya baru berjumpa kawan saya, dia tanya saya kenapa perlunya insuran. Saya katakan pertama sekali disebabkan peningkatan kos hidup terutamanya kos perubatan yang mendadak naik setiap hari..

dia menjawab: ada hospital kerajaan apa?pergi jela..free.bayar pun berapa ringgit je.emm...saya angguk setuju. betul juga.so perlu lagi ke insuran hayat?Apa pendapat anda...pasti setuju kan. kawan saya juga bandingkan insuran hayat dengan kereta. dia kata: saya rasa, saya jual kereta, kereta satu keperluan. sebab tu penting. kalau tak ada kereta, sanggup ke nak jalan kaki pergi tesco?jalan kaki pergi kerja...saya angguk lagi.betul laa, mesti tak sanggup punya.pakai lawa-lawa, berpeluh sana sini... Dia sambung lagi: tapi insuran pada saya satu kehendak je..macam beli handbag, tak ada pun, boleh masuk dalam beg plastik je. kalau kata sebab kos perubatan, kita pergi jelah hospital kerajaan. saya angguk lagi...nak cakap apa. sebab memang betul.

saya terfikir sesuatu, berapa lama XXX rasa mampu jual kereta?jawapan dia:sampai tua la...
saya sambung: semua orang pergi kerja naik kereta, ada yang naik motor, ada yang naik kenderaan awam...apa yang paling XXX takut waktu tengah drive menuju tempat kerja, balik kerja atau waktu memandu kereta di jalan raya? saya tunggu jawapan dia: accident...saya angguk dan saya sambung: Boleh kita elakkan kemalangan?kadang2 kita dah cukup berhati-hati, disebabkan kecuaian orang lain kita menjadi mangsa...boleh elakkan kemalangan?

dia jawab: tak bolehlaaa...

saya sambung lagi:di saat ini insuran satu keperluan. XXX kata ada hospital kerajaan, ok tak apalah XXX memilih untuk ke unit kecemasan hospital kerajaan. Ok je..bila dah sakit, fikir nyawa je. asalkan selamat. Ajal maut di tangan tuhan. kalau pergi 5 star hospital pun, ditakdirkan hayat hanya sampai di sini, pergi jugak.setuju tak?....

XXX jawab: memang betul. sebab tu saya tak kisah ada insuran ke tak ada insuran. pergi hospital semua pakar datang pun, andai sampai masa, pergi juga.

Saya nak sambung lagi sikit. Itu kalau meninggal, ok la, satu nyawa dah hilang...nyawa yang lain macam mana XXX??anak-anak yang masih belajar hilang tempat bergantung, hilang keseluruhan atau sebahagian pendapatan, kereta mungkin kena jual, hutang yang ditinggalkan...isteri yang disayangi atau suami. atau mak ayah yang telah tua. Yang bergantung hidup kepada duit bulanan yang kita bagi setiap bulan...Sedih mereka kehilangan kita sambil memikirkan cara untuk meneruskan kehidupan. "Jangan kita tinggalkan keluarga kita dalam keadaan meminta-minta".sekurang-kurangnya ada insuran nyawa, dapat pampasan kematian, khairiat keatian, ratusan ribu cukuplah untuk keluarga teruskan hidup seperti biasa...cukup satu?

XXX angguk..tapi saya ada banyak simpanan dalam bank. cukup untuk mereka survive. saya pun berfikir: oklah orang kaya kan, banyak duit ni, so tanya jela: Berapa banyak? jawapan: adalahh..... takmau paksa tanya simpanan orang, saya sembang lagi lah:XXX masih rasa insuran satu kehendak? jawapan: boleh dipertimbangkan. macam betul jugak u kata, tapi masih tak sepenting kereta...

saya sambung lagi. Andai kata, akibat kemalangan tadi XXX sakit atau menjadikan XXX tidak sihat, patah, hilang sebahagian anggota mata, telinga, tangan, kaki dll, kecederaan ringan atau teruk lagi lumpuh...nauzubillah. "Malang tidak berbau"..boleh lagi XXX terus menjual kereta?

jawapan XXX: mestilah tak boleh.tunggu sihat dulu baru boleh berniaga balik

saya: Angguk. Di sini insuran hayat menjadi satu kerperluan. Kenapa? sepanjang tempoh XXX sakit atau  tidak berupaya bekerja, kos perubatan: XXX kata masuk hospital kerajaan, maybe bayaran pun murah je kot. kan banyak simpanan, guna jela...macam mana dengan TNB bagi elektrik free tak kat XXX? Rumah kena bayar tak bulan-bulan, kereta installment bulanan ada discount tak?

XXX: tak derla..kena bayar jugak sebab bukan" mati" insuran nak tanggung.kalau mati bolehla rumah jadi free kalau atas nama XXX, kereta jual balik la kat bank kalau tak mampu bayar, sebab insuran tak cover kalau meninggal. family kena sambung bayar...(org jual kereta mesti tau bab-bab kereta)

saya: kos kehidupan harian, duit belanja anak-anak sekolah, isteri, belanja rumah, belanja dapur...pinjaman peribadi semua macam mana?berapa lama duit simpanan XXX boleh bertahan utk tanggung semua kos ini?

XXX: 2-3 bulan je kot. Komitmen kitorang tinggi. Kereta, rumah, duit dapur, hutang sana sini,..

saya: selepas 2-3 bulan macam mana planning XXX nak teruskan kehidupan?

XXX: terdiam...baru terfikir agaknya..sambil membayangkan nasib kehidupan yang bakal berlaku jika ia benar-benar berlaku.

saya: Di sini insuran hayat menjadi satu keperluan...kenapa? dalam akaun simpanan Great Eastern, termaktub satu manfaat. Jika berlaku kemalangan kepada XXX, menyebabkan XXX tidak mampu bekerja lagi, XXX diberi pampasan kemalangan dan alaun harian sepanjang XXX diberi "MC" oleh doktor. Tujuan alaun ini sebagai gantian pendapatan yang XXX hilang disebabkan musibah yang melanda. Bolehlah XXX meneruskan kehidupan seperti biasa. Tanpa rasa susah hati. Di sini relavannya "sediakan payung sebelum hujan". bila hujan, payung pun dah ada..Adakah XXX rasa kehidupan lebih terjamin & selamat?

XXX: mestilah sangat-sangat selamat."Secure & gerenti" . Lagi dapat apa?

saya: XXX kan dah tak boleh kerja.macam mana XXX nak simpan kat insuran setiap bulan lagi, betul tak?dah la duit ASB makin menyusut bayar ubat & bil hospital?Great Eastern dengan murah hati menawarkan kepada XXX untuk tidak perlu lagi mencarum, tetapi GREAT EASTERN TAKFUL(GE) yang tolong carum kepada XXX secara percuma sampai XXX berumur 80 tahun. Maknanya setiap bulan akaun XXX bertambah seperti biasa dgn jumlah yg sama di samping menikmati manfaat yang disediakan. Di sini terbuktinya keprihatinan insuran hayat. Di saat XXX terjatuh, GE takaful menghulurkan tangan. Sebagai membalas jasa XXX menyimpan dengan GE takaful selama ini. Perlu tak insuran hayat XXX?

XXX: emm....perlu la jugak..

saya: (Saya tak rasa kawan saya menerima semua ini 100%, jawab macam terpaksa je..) macam mana simpanan XXX di ASB atau bank yang banyak. makin mnyusut ke makin menggunung XXX?

XXX: Kalau saya tak kerja, makin merata laa..dah tak kerja mana nak ambil duit simpan lagi...habis beli ubat semua & kos rawatan, bayar bill api air..lain-lain tanggungan. Inilah masanya  utk digunakan hasil kerja kuat sebelum ni. tak adalah jadi papa kedana at least boleh hidup...

saya: kalau saya bagi pilihan kpd XXX, pilihan A: XXX terus je guna duit simpanan, korek semua keluar sikit-sikit slow2 sampai habis...macam sekarang atau pilihan B: jangan usik duit simpanan langsung yang ada, tapi GREAT EASTERN rela nak tanggung semua kos perubatan, ubat, pembedahan ke semualah..percuma..XXX nak tak?

XXX: orang gila je taknak. Mestilah sangat-sangat nak.free...tuu..

Saya: Sekali lagi, di sini perlunya insuran hayat. dengan membuka akaun simpanan di GREAT EASTERN TAKAFUL, semua kos perubatan XXX GE yang tanggung. Bagi bilik yang selesa lagi..macam hotel. rawatan percuma, pembedahan ditanggung dan lain-lain.adakah XXX rasa ini berbaloi dan satu bentuk pelaburan yang terbaik di mana simapanan XXX tetap bertambah macam biasa setiap bulan dan dapat dividen setiap tahun macam biasa time XXX sihat jugak, boleh bawak keluar bila-bila masa jugak seperti di tabung haji @ ASB?bagus tak plan simpanan ini?

XXX: sangat baik lah...

Saya: sikit lagi. simpanan anak-anak diteruskan sehingga umur anak XXX mencecah 25 tahun percuma. kenapa? Dalam GE takaful, XXX sebagai pencarum kepada mereka, XXX juga dilindungi.XXX tak perlu risau tentang kewangan mereka. time nak masuk universiti, kos pendidikan pun makin meningkat, keluarkanlah sebahagian simpanan yang ada untuk mambayar yuran dan kelengkapan lain.Sehingga umur 25 tahun percuma,26 tahun anak-anak sambung bayar sendirilah...adakah simpanan pendidikan anak-anak terjamin?

XXX: angguk setuju..(muka insaf)..sekarang baru saya rasa keperluan insuran hayat ini. terima kasih atas penerangan dan perkongsian ini. saya rasa ramai berfikiran seperti saya, bila bisnes ok, duit adalah sikit di bank rasa dah cukup selamat. Rupanya belum cukup selamat lagi...ada kekurangan dan perlu penambah baikan. perlukan satu jaminan kehidupan...betul lah tu, kita hanya mampu merancang tp tuhan menentukan. "BILA KITA PERLUKAN PAYUNG, PAYUNG DAH TERSEDIA"..itu lebih baik daripada di saat hujan turun, baru bergelimpangan mencari payung yang tak tahu di mana....


Kisah pengajaran. sekadar perkongsian kerana ramai di antara kita terlepas pandang dan kurang informasi tentang insuran hayat..harap dapat membuat kesimpulan drp cerita ini. KEPERLUAN ATAU KEHENDAK...insuran hayat tidak sama dengan handbag coach atau PRADA atau kata lain masa depan bukan seperti beg plastik. Diri adalah aset kehidupan. Masa depan yang hebat dirancang hari ini bukan macam beli handbag, tak ada pun, boleh masuk dalam beg plastik je. Nyawa & insuran lebih bernilai kerana  memberi sinar kehidupan yang lebih baik dan menjamin masa depan yang GERENTI selamat.

"Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit....selagi kita hidup di dunia"

wassalam...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature