Followers

Monday, July 16, 2012

Simpan duit di syarikat kewangan takaful satu pelaburan??

How Much Life Insurance Do I Need?

by Chris Huntley on May 17, 2011:

Dalam kebanyakan perkara, insurans@takaful yang mengikut syariaah diambil untuk menggantikan kehilangan pendapatan jika berlaku kematian kepada ibu bapa@penjaga@diri kita sendiri yang sedang menanggung ibu bapa yang telah tua@anak-anak. Dalam menentukan berapa banyak jumlah perlindungan insuran hayat yang diperlukan oleh seseorang, anda boleh mengiranya menggunakan "calculator" di bawah. Beberapa pertimbangan perlu diambil kira di antaranya:

1.Masa yang tinggal sehingga persaraan - Aset terbesar ramai orang adalah "keupayaan diri mereka sendiri untuk bekerja dan menjana pendapatan" . Kebanyakan "pencari nafkah"@ibu bapa@penanggung keluarga membeli insurans hayat hanya untuk menggantikan pendapatan mereka yang hilang jika berlaku kematian yang tidak dijangka, anda juga harus mempertimbangkannya sebaik mungkin. Bagaimana?? Berapa lama lagi anda akan bekerja@berpencen?? Jika anda hanya merancang bekerja 10 tahun lagi, anda hanya memerlukan perlindungan pendapatan untuk 10 tahun sahaja dan tidak lebih .
    

2. Potensi Pendapatan pasangan - Jika pasangan anda tidak bekerja sekarang, adakah dia mampu menjana pendapatan@mencari pekerjaan sekiranya keadaan sangat memerlukannya & mendesak? Berapakah  pendapatan / pendapatan potensi yang mampu pasangan anda jana berdasarkan pengalaman dan pendidikan yang beliau miliki?
    

3. Pertimbangkan Hutang Anda - satu kebiasaan membeli insurans hayat untuk melindungi hutang rumah, rumah kedai, hutang kredit kad atau pinjaman perniagaan. Pertimbangan perlu berdasarkan berapa lama tempoh pembayaran hutang yang perlu dijelaskan. Jika hutang rumah(gadai janji/mortgage) anda perlu dibayar dalam tempoh 30 tahun, adakah anda benar-benar memerlukan perlindungan seumur hidup? Mengapa tidak hanya 30 tahun sahaja?

4. Pertimbangkan Simpanan & Pelaburan anda - Jika anda sedang giat menyimpan wang, tambahkan caruman insuran hayat ke dalamnya kerana insuran hayat sekarang berkonsepkan simpanan&pelaburan jangka panjang. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, hutang anda akan selesai dengan bantuan insuran tanpa mengusik simpanan anda yang lain.Sila pertimbangkan semua perkara di atas apabila menentukan berapa banyak insurans hayat yang anda perlukan.


Calculator: 
link:  http://www.bellgroup.com/irc_calc.htm


Income Replacement Calculator
Should a breadwinner die, the financial impact for dependents is the loss of the breadwinner's income.
The following will calculate the money needed for a replacement income.
Gross Annual Income Required by dependents: 
Number of years this income will be required: 
Estimate the inflation rate: 
Estimate the interest rate: 
State: 
Birthdate: 
Gender:  Male     Female 
Smoker/Tobacco:  Yes    No 
Health Class: 
 Type of Insurance:   


Income to be Replaced: Enter your current annual income.

Percent of Income Needed: Estimate how much of your income will be required to maintain your family's current standard of living.  Remember that your family will likely need less than 100% of your current income, because there will be one less person to provide for.

Interest Rate: Estimate a conservative rate of interest that will be applied to the insurance amount during the years that the replacement paycheque is paid out.  Over the last 25 years, Great eastern almost 40-45%
 
Inflation Rate:







The inflation rate in Malaysia was recorded at 1.7 percent


Number of Years to Replace: Enter the number of years for which you expect your family to need an income replacement cheque in the event of your death.  For example, you could enter the number of years until you retire.  


Sunday, July 15, 2012

Bangga atas prestasi itu wajar...

Jangan Sombong....

Ada seorang '"philosophy" yang menaiki sebuah perahu kecil ke suatu tempat. Kerana merasa bosan dalam perahu, kemudian dia pun mencari pelaut untuk bersembang.
'"philosophy" menanyakan kepada pelaut itu:
” Apakah Anda mengerti '"philosophy"?”
“Tidak mengerti.” Jawab pelaut.
“Wahh, sayang sekali, Anda telah kehilangan setengah dari seluruh kehidupan Anda.
Apakah Anda mengerti matematik?” '"philosophy" tersebut bertanya lagi.
“Tidak mengerti juga.” Jawab pelaut tersebut.
'"philosophy" itu, menggelengkan kepalanya seraya berkata:
“Sayang sekali, bahkan Anda tidak mengerti akan matematik.
Bererti Anda telah kehilangan lagi setengah dari kehidupan Anda.”

Tiba-tiba ada ombak besar, membuat perahu tersebut terombang-ambing. Ada beberapa tempat telah kemasukan air, Perahu tersebut akan tenggelam, '"philosophy" tersebut ketakutan. Seketika, pelaut pun bertanya pada '"philosophy":
” Tuan, apakah Anda bisa berenang?”
 '"philosophy" dengan cepat menggelengkan kepalanya dan berkata: “Saya tidak bisa, cepat tolonglah saya.”
Pelaut menertawakannya dan berkata: “Berenang Anda tidak bisa, apa erti dari kehidupan Anda? Bererti Anda akan kehilangan seluruh kehidupan Anda.”

Pengajarannya:
Semua orang sebenarnya memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bangga atas prestasi itu wajar, tetapi jangan sampai membuat diri sendiri menjadi sombong mahupun angkuh akan prestasi tersebut. Ingatlah, selalu ada yang lebih pintar dari kita. Dan kita juga masih perlu belajar dari kelebihan orang lain.

Sekadar renungan....................TQ ;)

Wednesday, July 11, 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Pantas masa berlalu, seminggu lagi datangnya ramadhan 2012, bulan yang dinantikan-nantikan oleh semua orang Islam..di seluruh dunia."selamat datang Ramadhan"..bulan penuh keberkatan.
Semoga bulan mulia ini dipenuhi dengan ibadat, terawih, dan kepada yang baru mula belajar puasa..masih belum terlewat, mulakannya sekarang..selamat melatih diri menjadi mukmin sejati. jadi kan 2012, lebih baik drp tahun sebelum ini 2011. tak kuran juga yang menantikan "BAZAAR RAMADHAN".yeay...pesta makanan seluruh Malaysia. Malaysia ni memang murah rezeki, melimpah ruah makanan yang tidak terhingga banyaknya sampai tak terhabis makan selepas buka puasa..

Apa hikmahnya Ramadhan??kenapa kita umat islam DIWAJIBKAN berpuasa dari perspektif kesihatan??

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

Manfaat lapar untuk kesihatan hati

Adapun manfaat lapar untuk kesihatan hati, para ulama telah menerangkannya : Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berkata Dzunnun ‘ailaihissalam :“Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.

Berkata ‘Aisyah radiyallahu ‘anha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”

Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.

Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah :“Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata :“Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”

Diriwayatkan dari Amir bin Qois , bahawa dia berkata :“Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”

Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah :“Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”

Beliau juga berkata :“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal sholehnya.”

Beliau berkata lagi :“Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”

Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya :“Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”

Berkata Abu Imran Al-Juwaini :“Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”

Beliau berkata :“Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”

Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”

“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.



Selamat berpuasa dari GREAT EASTERN TAKAFUL...


Selingan & pedoman,
Seringkali melihat di bulan puasa, sepanjang puasa jalan raya penuh sesak dgn kenderaan di semua jalan-jalan terutamanya yang berdekatan BAZAR-BAZAR...ada yang sibuk memilih juadah berbuka, tak kurang juga membeli keperluan hari raya..apatah lagi mendekati menjelangnya hari raya..Ramai yang berpusu-pusu balik kampung halaman tercinta.nak beraya di kampung..di kiri kanan jalan banyak x-cident melibatkan keluarga, polis, ambulans turut membantu dan kereta rosak tengah highway..salah satu faktor yg mengundang "jam" teruk..setiap malam buletin utama, tak habis-habis kisah kemalangan maut & yang terselamat pun ada..atau MALAPETAKA..Semua org berdoa utk tidak berlaku kepada kita, tapi kita manusia hanya mampu berdoa, Allah yang menentukan.JIka ditakdirkan ini giliran kita, kita hanya mampu redha & terima..LOOK!!.kereta yang rosak boleh dibaiki,sebab ada insurans, rumah terbakar pun ada pampasan sebab ada insurans....diri anda bagaimana??sudah dilindungi??....anda adalah aset paling penting dlm dunia ini..hilangnya anda hilanglah kasih sayang, hilanglah segala tempat berlindung keluarga anda...

"Sayangi keluarga tersayang dengan menyediakan payung utk keluarga anda ketika hujan turun"

sekurang-kurangnya:
- Tinggalkan sejumlah sumber kewangan (faraid) /harta pusaka kpd mereka utk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa (pampasan kematian >RM100,000)
- Menyedikan sejumlah RM2500 untuk urusan pengebumian (Khairiat Kematian) anda...setidak-tidaknya tidak membebankan @ meringankan @ mengurangkan kesedihan ahli keluarga tercinta.
- Jika anda masih hidup: Gunakan kad perubatan Great Eastern Takaful kemalangan untuk rawatan di hospital swasta. Jika ditakdirkan beraya di hospital pun, keadaan masih terbaik..(air-cond, bilik sorang senang saudara mara nak ziarah anda, makan pun sedap-order menu pilihan, layanan jururawat & pakar pun lebih mesra & terbaik)
- Jika berlaku keadaan tidk diingini, (sprti lumpuh kekal @ sementara) dapat pampasan lagi..boleh digunakan sepanjang tak boleh bekerja.Kalau ada lebih lagi, simpan dalam BANK/ASB..dari pelaburan, buat pelaburan lagi...kalau yg dapat MC bergaji penuh, boleh dapat 2 income...income kedua simpan. tak pun, gunakan untuk berbelanja lebih sikit di hari raya..




"semua orang tidak mahu terjatuh, tetapi jika ia terjatuh juga, tiada sesiapa mampu menolaknya, biarkan GREAT EASTERN TAKAFUL membantu anda, di saat anda terjatuh..di GREAT EASTERN TAKAFUL semua pemegang polisi dibantu dengan seikhlas hati, tak ada cakap-cakap belakang punya, marah-marah, kecik hati..semuanya ikhlas & telus, yang penting orang pertama yang datang menghulurkan tangan..."


"kereta rosak tengah highway pun, GREAT EASTERN datang "towing PERCUMA" di mana saja anda berada...jimat 300 ringgit.boleh shopping raya.."


itu saja utk kali ni...jumpa lagi lain kali..TERIMA KASIH, JUTAAN terima kasih kerana sudi melawat blog saya.."kalau anda jatuh, Great Eastern tolong tarik..jgn risau yer..tapi buka account ngn GE dulu la."






 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature