Followers

Sunday, April 20, 2014

mendidik diri lebih "POSITIF"

assalamualaikum....

Ramai yang bercakap selalu baca blog ini sebagai sumber inspirasi + motivasi..Terlebih dahulu saya mngucapkan JUTAAN terima kasih. Secara tak langsung membakar diri ini lagi nak menulis walaupun kadang-kadang tak sempat!! sikit-sikit curi masa sekiranya melalui penulisan ini mampu membuatkan anda rasa bersemangat dan lebih berwawasan serta apa bentuk sekalipun yang mendatangkan kebaikan...saya berbesar hati menghadiahkan semua isi-isi kandungan cerita di dalam blog saya ini dengan seikhlas hati....TETAPI sebagai manusia biasa saya juga tak lepas dari kesilapan dan keterlanjuran (kata-kata atau perbuatan) SILA JANGAN IKUT ATAU WAT BODOH JE DGN KELEMAHAN ITU....hehhehe

arini nak kongsi satu kisah

perunding unit amanah

Minggu lepas terbaca post kat Fb ada orang share "front page sinar harian ke xigt news apa..tapi tentang 2 millionaire sisters yang sangat berjaya dlm kehidupan di usia muda"

tapi apa respon daripada orang ramai. ada yang positif TAK KURANG JUGAK yang sangat  NEGATIF komennya..berunsur "dengki/menyampah/jeles/marah/dll" dengan menggunakan agama sebagai penguat komen mereka! cnth:

"di dunia je korang berjaya akhirat belum tentu!"
 "kalau berjaya takde agama macam ni lah jadinya, akhirat nanti korang taulah kat mana korang"

wahhh.....komen yang pada saya tidak langsung MEMBINA! Soal akhirat, siapa kita nak menilai sesorang adalah pasti ahli neraka dan bukan ahli syurga? sekurang-kurangnya dia dapat syurga dunia...ntah2 akhirat pun dia dapat. kita tak tahu...di mana kita pada pandangan ALLAH swt. kita malaikat ke yang tak pernah buat kesilapan..dan ternyata takde apa2 yang nampak salah yang diorang buat. cuma sorang bertudung sorang lagi tak bertudung. Pintu taubat sentiasa terbuka! andai ALLAH swt nak dia masuk syurga sekelip mata semuanya berubah dan kita yang nampak sangat sempurna tu (bukan saya..tp org yang komen tu) sekelip mata jugak mampu menjadi sebaliknya!!

CUBA DIDIK DIRI SENTIASA POSITIF MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN dan BERDOA supaya dia berubah di mana kita nampak SIKIT- SIKIT KEKURANGANNYA. itu baru seikhlas-ikhlas muslimah/muslim...yang nak tengok seagamanya berjaya dunia dan akhirat!!

MEH BACA SATU CERITA.....

ehsan blog: http://islamituindah-my.blogspot.com/2012/09/kisah-seorang-pelacur-yang-masuk-syurga.html



Satu hari, saya ternampak satu orang wanita yang pakaiannya masyaAllah macam bukan pakaian orang islam..kesian dia saya tengok.. tapi yang menyayat hati saya bila saya tengok dia telah memberi makan kepada seekor kucing yang sangat kurus kelaparan dengan tangannya.. terus teringat satu cerita yang diceritakan oleh rasulullah.. 

seorang orang pelacur yang melihat seekor anjing dalam kehausan, dan pelacur ini tadi telah menanggalkan kasutnya lalu mengambil air didalam perigi dengan susah payah, bajunya kotor.. lalu nmemberi minum kepada anjing tadi dengan kasutnya yang menyebabkan Allah masukkannya ke dalam syurga..

kalau nampak orang tak pakai tudung ke..tak ttup aurat ke..tak solat ke.. kene kesian kat die n doa dalam hati agar Allah bagi hidayah pada dia. yaAllah terimalah amalan wanita ni..walaupun dia macam ni.. Kau terima lah amalan dia menyebabkan dia masuk syurga..lepas dari azab kau..

Ahmad bin Husain Rah. (cicik kepada Nabi s.a.w) pernah berkata " Jangan lah kamu memandang remeh terhadapat sesuatu amalan..kemungkinan besar Allah campakkan keredhoaannya dalam amalan itu, Janganlah kamu memandang rendah kepada seseorang, kemungkinan besar dia itu dikalangan Auliya'(orang2 yg hampir dengan Allah)"

YaAllah Kau jadikan lah hati setiap orang islam kasih pada orang lain.. janganlah ada benci dalam hati setiap hati orang islam.. satukan lah hati orang islam yaAllah..
ok...kita ni jiwa kena bersih sikit..bila jiwa kita bersih sebersihnya..melihat kejayaan, kesenangan dan kegembiraan org lain akan menjadi sebahagian drp kebahagiaan kita..tapi kalau jiwa kotor berpura-pura mulia mmg apa yang kita fikirkan "itu yang akan kita zahirkan melalui penulisan, percakapan, perbuatan tak mampu kita nak selindungkan"...

Buang segala pemikiran NEGATIF dalam diri...yang hanya mampu menurunkan energy kita, kekuatan kita dan semangat kita utk lebih berada di atas..tak lebih dari tu kesimpulannya "MENARIK KITA  KE BAWAH sikit, demi sedikit"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature