7/5/2013: from KL-Kota kinabalu menaiki Air Asia. kami berlepas pada pukul 6.30am. Bertolak dari rumah pukul 4 pagi.dengan menaiki teksi (seremban cab) yg telah booked awal sehari sebelumnya. Jam 3.50am teksi dah datang depan rumah..berniat utk tidak menyusahkan ahli keluarga nak hantar pagi-pagi buta ke airport
1. sorang RM118.(beli waktu promosi). kami semua 6 orang = RM708
2. Luggage 55kg (RM 60). Memandangkan beg kami terlebih berat terpaksalah tambah lg 15 kg(Air asia charge di kaunter RM75)..hmm...double harga..sedih. pengajarannya, biarlah lebih sikit tambah luggages...kalau tak, lagi banyak kerugian melanda,
3. Teksi rumah ke LCCT = RM95(150% drp charge asal sebab after midnight)
TOTAL = RM938
Sampai Kota kinabalu international airport (KKIA) dalam pukul 9.15am. Tunggu sepupu datang jemput kat airport terus pergi rumah dia untuk penginapan percuma (2 malam)
rumah sepupu ni, di INANAM, Kota Kinabalu (dalam 8km je dari airport)
Aktiviti hari pertama (7/5/2013)
Memenuhi matlamat utama dulu ke sabah...jumpa 1st client di "SURIA SABAH" (Shopping complex)
betul-betul tepi laut...
View yang sangat cantik bandar Kota Kinabalu ni..
Memandangkan sampai pagi, mengantuk..jadi appoinment after lunch hour pukul 2 pm.Actually bukan client lagi, "PROSPECT" = FUTURE client...lepas presentation closed 3 cases. Glad to know them. Mungkin ke sabah lagi hantar polisi??...insyaallah. lepas app0inment, kids nak BIG APPLE.
Pic kurang cantik (camera hp)
Kami teruskan aktiviti "sight seeing" sekitar bandaraya. Kos agak free kecuali isi minyak je RM50 sebab kereta pinjam sepupu...
Jesselton point, Kota Kinabalu
tempat untuk penumpang naik feri atau speed boat ke Pulau gaya. Pulau sapi. Labuan dan lain-lain yang kecil-kecil di sekitar sabah. Ibarat "TEKSI" boat. pengangkutan awam yg utama menghubungkan penduduk pulau dan Kota Kinabalu.
Kami makan-makan nasi padang yang tak best kat sini tapi sedap je..hii..RM80 sekeluarga.
Dalam pukul 5 lebih kami terus berhajat nak ke pasar phillipine tapi nampak langit macam sangat gelap, bakal hujan lebat...kami terus balik. memang betul sangkaan kami. Hujan sangat lebat. so malam pertama di KK diam-diam je dalam rumah. makan-makan sambil sembang-sembang....
Rabu (8/5/2013)
9.00 am: Appoinment with client di survay, Likas (Shopping complex kecik je) dalam 3 KM je dari rumah sepupu. So jumpa kat KFC. ni just nak hantar polisi & kad yang dah siap. Sempat jugak tengok harga roti "GARDENIA" yang digembar gemburkan naik..rasanya fitnah kot. harga pada 8.5.13 kecik RM3.00, besar RM 4.00 (harga biasa) . ada pic dalam hp pulak..
Balik lunch appoinment lagi di Queens Elizabeth Hospital, KK.(3.00 pm)
Then terus balik rumah, after dinner keluar balik ke pasar filipin memandangkan malam last di KK. Selepas ni nak ke lokasi lain sekitar sabah.So kami ke pasar filipina:
Murtabak ayam
suasana mlm di tepi pantai KK
crabs..sedap kan??
Kerabu rumpai laut..
Shopping: plus kena pau sebab bukan org sabah kan...habis dalam RM 300.00 (tak berapa ingatlah..)
sambung lagi part 2....
sambung lagi part 2....
No comments:
Post a Comment