Ulasan buku: FREEDOM by LAI SENG CHOY
Apa maksud freedom?maksudnya:
"mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk mengekalkan individu dan orang tanggungannya dari segi keperluan hidup asas tanpa pendapatan aktif dan pada masa yang sama, menjadi pemilik kepada masa sendiri"
maksud active income : kenapa mesti kita bangun awal dan bergegas ke tempat kerja di awal pagi ke pejabat@tempat kerja dan bekerja non-stop seperti mesin setiap hari utk memastikan kerja kita siap, menjadi kebanggaan org lain, dan dibayar gaji pada setiap hujung bulan. Kenapa ramai org melakukan perkara ini walaupun ramai di antaranya "unwilling" tak rela melakukannya....
JAWAPAN: sebab mereka perlu bekerja untuk mendapatkan duit ($$) utk sara kehidupan. "Lagi besar periuk nasinya lagi besar lah keraknya"
dalam masa sama, anda terpaksa berkorban masa, tenaga dan kesihatan untuk mendapatkan bayaran gaji setiap bulan. Dan ada diantara mereka yang berfikir "berbaloikah dgn segala pengorbanan yg diberikan?"
berbeza dgn maksud freedom: org yang mampu mendapat income tanpa perlu berkorban masa mereka bersama keluarga, kesihatan atau apa-apa yang lain yang bernilai dlm hidup mereka.
So now...."change your mindset to bring money to u and to make your money work for u..."
Mesti ramai yang terbakar kan dengan ungkapan di atas.kalau nak tau, terus baca..fakta menunjukkan ramai yang ada impian tapi terkambus akhirnya kerana 3 faktor di bawah:
- tak ada plan tindakan (road map)
- kurang kepercayaan kepada diri sendiri (self confidence)
- tidak menyemak dari semasa ke semasa plan tindakan yang telah dirancang (progress monitoring)
1- Tahu komitmen sebenar anda:kira-kira, tolak, tambah laa..hutang kete, rumah, personal, etc..makan minum, pampers, sayur, baju, transport dll...lepastu ambil INSURAN (yeay!! part ni paling i suka ni.tambahan sendiri: insuran GREAT EASTERN TAKAFUL.tapi details chapter 7 belum sampai lagi...cuma dia kata: dapatkan "SUM ASSURED" (BSA)berdasarkan komitmen sebenar kita. Jangan terpengaruh dgn ajen insuran yang kadang2 nasihatkan kita ambil terlalu tinggi BSA yang memaksa kita membayar Premium yg tinggi setiap bulan. ini akan mengurangkan duit kita utk pelaburan lain.. so wajib ambil insuran tapi BSA = komitmen bulanan kita darab 12 bulan..utk jaminan kehidupan.
2- tahu berapa anda perlu untuk persaraan nanti: kira la bila pencen apa komitmen yang tinggal yang masih kena bayar bulan-bulan. bekerja mencukupkan nya.supaya dah tua tak payah kerja lagi..boleh jalan-jalan habiskan masa bersama keluarga dan cucu cicit..
3- Tahu macam mana nak melabur dalam "stock" dengan jayanya
4- Lindungi pelaburan walaupun ketika ekonomi merudum
chapter 1: this is life
author ni asalnya anak seorang tailor biasa drp kedai menyewa smp dpt beli kedai sendiri di tanjung sepat. Walaupun tak kaya, tapi mereka sekeluarga banyak masa bersama di kedai jahit milik ayah mereka.
Bisnes family makin bagus hasil kerja keras dan mula berfikir utk kembangkan perniagaan. Parents dia rasa nak buka coffee shop. Bermula la kehiduapn lebih mencabar. mak dia tak ada masa nak tengok anak-anak buat homeworks, belajar pun kat kedai kopi dlm keadaan bising..life makin trouble.
bisnes berkembang selepas 9 tahun: 1 kedai jahit(dijual) + 1 kedai kopi (baru dibuka)
now, family earn lebih pendapatan drp kedai kopi mereka. Tapi selepas bekerja kuat, nerhempas pulas tiada masa bersama anak2, tiada lagi jalan-jalan di taman hujung minggu(ahad), no picnics..tapi author & abangnya sangat bermotivasi tinggi dalam pelajaran. sentiasa menjadi pelajar cemerlang di sekolah.
top students in school..
namun dalam proses membesar, mereka mula mencari orang yang boleh memandu mereka setiap masa. memilih rakan sebaya sebagai role models, pelajaran makin merosot kerana lebih banyak masa dihabiskan bersama rakan-rakan.
peers..
kesan rakan sebaya hinga gagal mengawal diri menyebabkan penulis merosot dalam pelajaran dan dikenakan kelas"detention"
kelas teruk ni...budak-budak nakal.tapi mereka cepat sedar...belajar balik and result kembali ok dan sambung pelajaran ke pre-uni di subang jaya, seterusnya menyambung pelajaran ke Australia.
Finance and marketing, Australian university, Perth.
tajaan: parent (PAMA) after 35 years of working
penulis mula sedar, di sini mula mengajar beliau berjaya dalam kewangan sekarang ini..titik toLAk bermula tentang pengetahuan pengurusan kewangan.
(pengajaran kat sini: to all, startlah menyimpan sikit utk anak-anak dari kecil utk tanggung yuran pengajian mereka di universiti nanti. melalui ilmu, seagalanya mungkin berubah.ibu bapa sebahagian drp penyumbang masa depan anak-anak kita...menyimpanlah dengan plan pendidikan GREAT EASTERN TAKAFUL). sikit pun tak apa, tapi "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" sebab hasil pembelajaran di Australia, beliau berjaya menjadi seperti sekarang:
Freedom to him;
no. 4 paling best: ada pilihan untuk tidak melakukan apa-apa (ayat pemalas je kan??).hehhehe...
to have all these 6 lifestyles, consider these 4 elements:
- sumber yang ada: kenalpasti kekuatan & kelemahan kewangan kita melalui cash flow, net worth statement dll
- masa: tanpa masa, tak ada satu pun plan kewangan yang boleh dilakukan, unless menang loteri!!(for muslim: haram lah..loteri, byk lagi jalan cari rezeki halalan toyyiba)
- Inflasi:
- Pulangan (rate of return ROI): lagi tinggi tinggi ROI, lagi pendek masa kita tunggu.lagi cepat kita kaya..
keperluan: benda yang diperlukan kalau takde, tak boleh hidup cth; makananan, rumah dll
kehendak: sesuatu yang kita rasa nak dlm hidup ini. cth: samsung S4. kalau pakai nokia 3310 pun taklah mati cuma sekadar kepuasan handphone canggih...
COACH HANDBAG..
BEG TAKDE JENAMA: mana satu pilihan anda?
senario A: semua org perlukan makanan dan minuman utk hidup ttp kita tak perlukan makanan mewah di restoran mahal dan Kenny rogers setiap hari...
senario B: kita perlukan kereta utk bergerak drp A-B point tp kita tak perlukan BMW,Toyota atau HONDa untuk membawa kita ke destinasi. Perodua pun boleh bawak kita ke mana-mana.
Senario C: Kita perlukan pakaian utk bagi kita selesa, warm tp kita tak perlukan "DIOR", "GUESS", "LEVIS" untuk membalut diri kita...
so, dapat beza ye sekarang kehendak vs keperluan??
My investment-framework:
"DO, PLAN, CHECK, ACTION" --- PDCA
plan: berapa lama nak sampai ke destinasi "impian"
do: dah rancang(plan) kena buatlaa..
check: review our progress along the way
action: buat adjustment kalau perlu and bertindak make sure we are always on the track!
on track...nak menang tak??mesti selalu on track dgn apa yg kita telah rancangkan..
JOURNEY TOWARDS MEANINGFUL & PLEASANT LIFE..
FREEDOM should be our final destination . follow me how to get there..
Please do it right and do it now!!
Tuliskan satu contoh praktikal objektif hidup anda sekarang. cthnya:
A: nak pencen at age 35 dengan cash dalam tangan RM1,000,000 (mine)
B: nak miliki rumah berharga kurang drp MR250,000 ketika umur 25 tahun
C: nak kawen umur 27 tahun dan nak berbelanja tak lebih RM20,000
D: nak settlekan loan rumah sebelum umur 30 tahun
bagi tempoh masa utk mencapainya dan boleh dicapai. jangan berimpian yang MUSTAHIL untuk dicapai cnth: nak tambah tinggi 10 inci dalam masa 5 hari. impian yang mushkil ni. umur waktu berimpian 35 tahun. MUSTAHIL la kan? kalau budak umur 10 tahun ada harapan lagi..minum susu 5 gelas setiap hari nak naikkan satu inci ...(contoh sahaja)
"YOUR OBJECTIVE SHOULD BE ACHIEVABLE WITHIN YOUR CAPACITY"
contoh jadual nak set objektif:
contoh..buatlah "priority" ikut selera masing-masing
make sure amount yg kita target tu bukan "main tibai" je yer, mesti "carefully calculated" berdasarkan kos sara hidup, perbelanjaan dan kriteria-kreteria lain yang berkaitan kewangan seharian.
Perjalanan melengkapkan matlamat pelaburan ini mengambil masa dan usaha yang hebat diperlukan. Pecahkan ia kepada target-target kecil , baru senang nak dicapai. di hujung perjalanan, apabila anda melihat kejayaan mesti rasa terkejut kerana berjaya mencapainya dengan mudah satu persatu..
TQ FOR READING...WILL BE CONTINUED...
No comments:
Post a Comment