Takaful vs Insurance – Jangan Biarkan Diri Anda Dibelenggu Misteri
Ramai orang tanya saya, boleh ke amik insuran ni??Bukan haram ke??....so di sini ingin saya terangkan secara terperinci tentang GREAT EASTERN TAKAFUl dan konsepnya yang berasakan syariah...
Takaful vs Insurance, Adakah Ada Kelainannya?
Apakah anda tahu perbezaan antara insurance Takaful dan Insurance
Conventional. Didalam post kali ini saya akan cuba merungkai apakah
yang menjadi perbezaaan dan kalainan diantara Takaful vs Insurance.
Secara mudahnya, insurance Takaful adalah konsep tolong-menolong dan
saling jamin-menjamin diantara peserta Takaful. Ini bermakna setiap
pampasan yang diterima oleh setiap peserta Takaful adalah sumbangan dan
wang terkumpul dari peserta-peserta Takaful yang lain.
Jadi, apabila anda masuk dan menjadi peserta Takaful, sebahagian
duit caruman anda akan dimasukkan didalam dana tabungan atau dana
Tabarru’ dan sebahagian lagi akan dilaburkan oleh syarikat pengurusan
takaful seperti Great Eastern Takaful Sdn Bhd.
Ini bermakna apabila anda menjadi peserta Takaful, anda telah
mendermakan sebahagian duit anda untuk membantu peserta-peserta lain
yang lebih memerlukan.
Adakah ini bermakna duit simpanan saya akan berkurangan?
Memang untuk beberapa tahun pertama duit simpanan anda akan
dimasukkan didalam dana Tabarru ini. Namun pada tahun ke-7, wang
simpanan anda akan dilaburkan dan simpanan anda akan berkembang dengan
pesat tanpa dimasukkan didalam dana Tabarru lagi. Ini bermakna anda
akan mendapat simpanan anda kembali beserta keuntungan didalam masa
20-30 tahun simpanan anda bersama kami.
Tetapi jika anda ingin menamatkan polisi Takaful anda, anda boleh
lakukannya bila-bila masa tanpa ada syarat @jangkamasa tambahan yang
ditetapkan.
Berbanding dengan Insurance, simpanan Takaful dipantau oleh
jawatankuasa/panel Syariah yang ditugaskan khas bagi memantau segala
aktiviti syarikat dan pelaburan syarikat. Oelh itu pelaburan anda
dijamin selamat dan Halal.
Apakah kelebihan menyimpan bersama Takaful jika simpanan didalam ASB lebih baik dan menguntungkan?
Jika anda menyimpan didalam ASB apabila musibah menimpa anda, anda
akan mendapat semua simpanan anda beserta dengan faedah pelaburan.
Namun jika anda menyimpan bersama Takaful, anda bukan sahaja
mendapat kembali simpanan anda itu beserta dengan keuntungan. Malah
anda akan mendapat pampasan yang banyak melebihi simpanan anda (sebagai
contoh anda boleh mendapat pampasan dari RM 10,000 sehingga RM 1 juta
pampasan).
Bukan setakat itu sahaja. Anda akan mendapat manafaat medical card
sepanjang polisi anda bersama kami dan pelbagai manafaat tambahan
seperti manafaat kemalangan, manafaat elaun hospital, Early Payout
Critical Care, khairat kematian, provider rider dan contributor rider.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pakej Medical Card Takaful kami, sila klik link disediakan.
Itulah kelebihan simpanan anda bersama pakej Takaful kami. Takaful vs Insurance, apakah bezanya pula?
Jadi apa pula kelainan antara Takaful vs Insurance?
Konsep Insurance Conventional pula adalah peserta membayar premium
atau caruman kepada syarikat Insurance dan syarikat insurance itu akan
menjamin peserta tersebut.
Ini bermakna apabila seserang peserta Insurance mengambil pelan
Insurance Conventional, mereka telah melakukan urusan jual beli yang
gharar dan haram disisi Agama kita.
Sebab itulah apabila anda menganbil pelan Insurance, orang
mengatakan bahawa anda telah membeli sehelai kertas yang memberikan
jaminan pampasan beserta keuntungan pelaburan yang samar dan tidak
menentu.
Oleh itu apabila anda mengambil pelan Takaful, anda bukan sahaja
mengambil pelan yang dijamin Halal disisi Islam. Anda juga telah
melakukan ibadah derma yang berterusan setiap bulan kepada umat-umat
Islam yang lain yang lebih memerlukan. Dan tindakan anda ini semestinya
dikira Ibadah dan selama mana anda mangambil pelan Takaful kami, pahala
anda akan meningkat dari hari ke hari.
Sebab itulah diantara Takaful vs Insurance, Takaful lebih baik dan bermanafaat untuk umat Islam.
Renung-renung dan fikirkanlah… Jangan buang masa lagi, marilah
sama-sama kita menyokong dan berlumba-lumba untuk menambah pahala
dengan menjadi peserta pelan Takaful dari Great Eastern Takaful.
Hubungi saya sekarang juga!
No comments:
Post a Comment