Followers

Wednesday, March 25, 2020

London, United Kingdom part 4


Haloo gais! Day-5 in London. 




Rasa nak ke Bicester Villlage hari ini, premium outlet paling hampir dengan kediaman kami. Dari Paddington, kami kesana dengan keretapi bawah tanah Paddington ke stesen Marylaborne. (Stesen utama) dan seterusnya ke Bicester Village. Masa perjalanannya lebih kurang 1 jam. Jauh juga kan? Sambil melihat pemandangan luar bandar London di kiri kanan. 


Sepanjang perjalanan, wifi free dan signal pun stable. Semua pakat tunduk mengadap handphone sendiri. Mama je sesskali toleh keluar snap gambar. 



Kalau kalian tak kejar masa, susun jadual train kalian di luar waktu pergi kerja orang lain.9 pagi dan 5 petang. Kebiasaannya dalam pukul 10 pagi tu just nice,  timing nak balik pula lambat sikit pastikan selepas 6 petang, memang rasa train satu gerabak tu kita punya. Terasalah “hygiene” sikit. Kami memang mak elak waktu-waktu sesak. Rimas gais. Haha.  



Pemandangan perkampungan di kiri kanan yang memukau mata. Sebaik sahaja sampai di Bicester Village, tak sabar rasanya nak tengok jenama apa yang ada. Niat ke sini memang nak shopping sahaja. 

Tengok jugaklah harganya, ada yang berbaloi dibeli yang mana ditawarkan diskaun atau harganya lebih murah daripada harga di Malaysia. Mana yang sama je harga, kami tak beli pun. 

Hmmmm... buat berat beg je! Datang keluarga ni, beg baju je dah 5 bagasi besar jika beranak lagi tak tahulah macam mana nak tolak bagasi tersebut di airport nanti.

Membebel-membebel, kita dan sampai Bicester Village. Nak habaq, ramai pula orang melayu Malaysia kami jumpa di sini yang masih bercuti-cuti. Ada juga yang bertegur sapa. 

 

 
Bicester Village ni cantik dan selesa sangat nak shopping. Ada playground besar khas untuk kanak-kanak. Letak 5 jam pun anak tak sedar masa berlalu.


Bab membeli, boleh tanya budak-budak ni. Diorang pula yang lebih.
Yang ini kira harganya lebih murah berbanding Malaysia. Outlet kasut Clark. 

 









Abang aniq moody hokey! Baru bangun tidur. Sejam dalam train, dia tertidur belum puas lena, dah kena bangun. Kena beri masa dia warm up. Haha

Kerusi ni unik! Kerusi LED. Glow in the dark.


Butik yang saya cari. Dior. Saya cari tote bag, nampaknya yang tu tak ada. Macam yang lama-lama je. Nak habaq, elok lagi lah yang kat KLCC tu. Harga pun lebih kurang je. Tapi jujurnya ada yang murah sikit di sini, murah-murah dia range nilah juga: RM6000-8000 berbanding di Dior, Klcc paling murah pun RM11,000 dan ke atas. 

(Murah level Dior lah jangan banding harga Dioq pula) sekadar kongsi harga di sini. 

 
Abah dan levis dia memang susah nak berpisah. Itu je yang dia pakai kan.

 
Butik Gucci pun besar kat sini. 

 
Minggu anniversary mama & abah ke-12 di London😍. Kali ni sambut bersama anak-anak. Selalunya memang kebetulan kami akan di luar negara bersama Great Eastern. Trip company. Tahun ni kami ambil keputusan untuk sambut bersama keluarga di London. 

 

Dekya yang ceria je sentiasa.

 

Ni sebenarnya laluan nak ke toilet. Bawak anak-anak mak tukar pampers, basuh botol susu dan urusan wajib yang lain, singgah toilet pun berjam-jam. Kena masukkan dalam itinerary lah kiranya. Boleh terbabas sehari di toilet je kalau tak pantau. Haha.


 


Sejuk-sejuk ni Minum latte, Hot Choclate dan waffle panas memang terasa nikmatnya! Tapi masih tak kenyanglah pula... 

 





Sambil tunggu train nak balik, kami ambil gambar kenangan dulu sambil melepak dalam ni.. tak banyak sangat pun shopping, best lagi oxford street, tengah kota London. Hehe. Lagi banyak pilihan dan jenama yang kita kenal. Di sini banyak juga jenama-jenama UK yang kurang familiar untuk kita. Yang pasti tak ada kedai toys! Konfim budak-budak ni kata hari ini program paling teruk dan bosan di antara hari-hari yang lain. Cess...


Okey, train dah sampai. Jom balik gais.






Kalau suka kulit lembap sepanjang masa dan nampak bersih, boleh cuba serum berkuasa tinggi ni. Hehe. Memang tak payah susah-susah bersiap sangat bila travel, kalau kulit dah ok. Bagi lembap, tak kering. Pegang rasa lembut. Whitening Serum Premium by Celebrino. 


Besar ni je. Lepas bawak naik flight dalam handbag. Apply sentiasa. 


Sebaik sampai di Paddington, kami google map restoran halal orang Melayu di kawasan sekitar rumah terjumpa satu kedai namanya “Tukdin” 2 minit daripada rumah. Sempatlah kami bersembang dengan Tukdin. Orang aloq setaq. Kena pula jumpa orang Sik kan. Eloklah tu. Bersembang sampai macam lupa duduk London. Ingat kat kedah. 40 tahun di sana, masih fasih berdialag Kedah. “Pulun Kedah Pulun” haha.


Rasa macam orang tak makan sebulan. Kebuluq! Sedap pula tu. Aduii. nikmat sangat.


Menu pilihan hari ini: telur dadar, ayam sambal, masak lemak ayam campur rebung, sup ekor dan nasi putih.


Sup ekor

Masak lemak ayam campur rebung

Ayam sambal

Berselera kakak Alysha makan. 


Penutup hari ke-5. Dah kenyang boleh balik mandi dan tidur dengan gembira. Harga kesemua makanan ini lebih kurang RM300-400 ringgit = £60-70. 

London Checked in by Hasbah Juwaini & Family💘










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature