Followers

Saturday, November 2, 2019

[FOTO] Riadah Pagi Kami Sekeluarga Ke Tempat Memukau Mata Dan Wajib Dikunjungi Di Seremban.



Jika disebut "Kepayang Hill", mesti ramai bertanya "kat mana tu?". Ianya tak sepopular Broga Hills atau Bukit Batu Putih yang juga terletak di sekitar Negeri Sembilan. 

Orang kata, tempat ni memang sesuai untuk riadah bersama keluarga di waktu pagi atau petang.  Mungkin juga ramai tidak sangka, di tepi Shopping complex Jaya Jusco Seremban 2 ini, wujudnya Bukit Kepayang. Kebetulan lokasi kediaman kami, betul-betul di bawah bukit ini sahaja. Mendengar suara-suara pendaki kebelakangan ini, buat kami tak tidur lena nak tahu apa ada di atasnya.



Kami berpakat malam tadi, semua orang kena bangun awal pagi ini. Tak lah awal mana, seawal 7 pagi sahaja selepas subuh jangan sambung tidur. Aniq lah yang paling bersemangat pagi ini. Dia ketuk semua bilik paksa bangun. Haha.

 
Seawal 7.15 pagi kami berjalan keluar dari rumah untuk ke trek-trek pilihan yang ada. Kami memilih "enterance 2". Laluan tak boleh terlalu mencabar, kali pertama kan? Lagipun ada anak-anak bersama. Pilihan kami alhamdulillah tepat. Ada 80% laluan  mudah dan sederhana, 20% sahaja laluan sedikit mencabar. 



Terdapat 7 station wajib singgah di puncak bukit ini. Station 1: kolam lotus, station 2: sky garden(untuk kita lepak makan jika bawa bekalan). Jangan harapkan ada jualan ya di atasnya. Kami menyesal tak bawak air. Station 3: eh! Baru perasan skip terus ke-4. So station 4:kepayang hill(ada kuil rumah ibadah di puncak ini), station 5: wishing tree yang berupa seperti pohon bongsai yang besar, station 6:stone wall dan station 7: big tree. Kesemua station ini adalah spot-spot cantik untuk bergambar. 

 

Saya rasa inilah station 3: tempat berehat sambil pilih nak ke station seterusnya. 


Deretan payung warna warni di belakang saya dan suami adalah station 2: sky garden. Kami plan nak bawak makanan untuk pendakian akan datang. Ianya seperti cafe kecil makan sambil hirup udara segar serta melihat pemandangan di bawah sana yang sangat memukau mata. Ianya persis satu cafe di Medan, yang pernah kami kunjungi. Rupanya di Malaysia pun ada gais.


Kalau korang ke sini, nak bagitahu boleh nampak pejabat saya. "Agensi Hasbah Binti Juwaini" dengan jelas sekali dari station ini. Saya tak pasti station apa, bersebelahan Wishing tree.


Banyak memori indah untuk kita sekeluarga boleh dirakamkan di sini.

 

 

 Aniq rupanya gayat dengan tempat tinggi. Aniq merangkak nak ke batu ini. Mama, abah dan kakak nampaknya ok. Kakak ada cakap nak "throw up" kemungkinan rasa loya sedikit. Actually jika tak berani, tak perlu paksa pun. Saja je mama paksa haha.

Kakak & Aniq tak lepaskan peluang naik monkey bar ini di salah satu station.


Jemputlah datang ke Kepayang Hill. Di antara hutan simpan yang masih terpelihara di tengah-tengah bandar Seremban ini. 

Mencipta keluarga bahagia, tidak semestinya mewah cukup mewah dengan masa yang berkualiti dan komunikasi santun di rumah seharian.

Hasbah Juwaini
Fb: hasbah binti juwaini
Ig:motivatorhasbahjuwaini







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature