Followers

Friday, August 31, 2018

TAKAFUL; bagaimana menarik minat pelanggan?

Menarik minat ini bukan sahaja kepada produk takaful tapi juga apa sahaja produk atau bisnes yang kita jalankan. atau lebih tepat cara memasarkan.

produk dalam bisnes ada 2 jenis; 

Tangible(boleh nampak) vs Intangible(tak boleh nampak:TAKAFUL, ilmu, kepandaian, wasiat, hibah)

setiap perniagaan perlukan kedai! bezanya, Di zaman alam maya ini kedai kita boleh dibuka secara MAYA. online. jadikan facebook, instagram, blog dan medium-medium online ini kedai kita dengan sewa zero tapi berkesan!! hari-hari promote , buat sales di kedai kita..apa saja cara supaya orang datang kedai kita.

kalau rasa susah nak jaga banyak; BUKA SATU JE KEDAI ONLINE iaitu 'facebook'. setiap kali buka facebook, ingat ni kedai takaful kita. selagi tak post hari tu bermakna 


"KEDAI BELUM DIBUKA" 

sama juga bila buka kedai, post benda lain, jual bedak promote ubat gigi kedai sebelah atau letak gambar kasut(tak kena mengena dengan produk kita). cara tak betul! 1st promote dulu produk kita. macam restoran, buka je letak menu dan ditambah 1 menu special setiap hari yang berbeza. di takaful kongsi setiap hari info-info berbeza atau dengan cara penulisan yang berbeza manfaat takaful. Baru orang tahu.


jangan dalam satu kedai, jual kasut, jual kek, jual ubat gigi -CERCA MERBA! fokus satu sahaja produk di facebook (kedai utama kita). setiap post relatekan dengan takaful sehari berkali-kali post sebab kedai kita lagi lama buka (24jam) lagi ramai pelanggan.

buat kedai kita sehingga:


  1. dicakap-cakap oleh ramai orang dan tahu kita takaful advisor , tempat rujukan, disebut-sebut dan dikenali sebagai PEMBEKAL TAKAFUL. bermula buat sampai ahli keluarga kecik-besar semua tahu kita buat takaful, dikalangan kawan-kawan serata ceruk perasan kita PEMBEKAL TAKAFUL dan selepasnya akan datang orang-orang yang tidak dikenali selepas banyak recommendation daripada orang-orang sekeliling kita yang telah menjadi clients. BESARNYA KUASA CAKAP CAKAP NI (mulut ke mulut) melalui facebook. kalau orang yang refer tak mampu nak mencarum, tapi orang yang dia refer beli dengan kita.


2. Minta klien yang berpuas hati/dah apply takaful dengan kita  dan happy dengan servis kita komen yang baik-baik tentang servis kita di wall @ facebook komen.. mudahkan uruskan permohonan, kalau ada rekod claim/GL hospital client kita , yang kita tolong uruskan terus share. untuk yakinkan pelanggan baru. yakin kita advisor yang bagus, knowledgable dan boleh tolong mereka ketika memerlukan.



vs 



3. terangkan di kedai kita setiap saat/masa tentang PENINGKATAN NILAI HIDUP BILA MEMILIKI PRODUK KITA. contoh: macam mana boleh berjimat dengan memiliki medical card? terangkan manfaat yang pelanggan dapat. anggap orang tak tahu langsung tentang apa yang kita sedang jual. sebab kesilapan kita peniaga adalah, menganggap orang tahu sendiri maklumat produk kita. kalau nak, dia datang, kalau taknak tak payah cakap apa pun tetap tak nak. ni kita yang assume bukan realiti.



4. SHARE PENGALAMAN CLIENTS: a/b/c yang telah memohon takaful dengan kita. ada yang bermasalah, ada yang mudah, ada yang tak dapat, ada yang kena reject, ada yang kena pergi medical check up. supaya penceriataan dan setiap iklan kita (post) kita di kedai kita iaitu facebook menarik setiap hari.



5. TAWARKAN "reward' atau hadiah yang kita mampu dan tidak beban, kepada client yang sudi refer kita kepada kawan-kawan mereka atau orang sekeliling mereka.

6. Buat iklan promotion yang menarik setiap hari di kedai maya kita. contoh:
'pernah kena reject dengan syarikat takaful tapi teringin nak ada satu akaun dengan takaful. dalam tempoh terhad, GET tawarkan hibah gerenti lulus kepada yang pernah kena reject oleh takaful" - berikan produk ameen. iklankan yang betul dan jangan sesekali menipu. tapi CLICHE. buat promosi dan tawaran setiap hari yang menarik!


7. BERIKAN # yang menarik perhatian. contoh: #hibahchallange atau buat #thebesttakafuladvisorhasbahjuwaini #askme #takafulwithhasbah apa-apa yang menarik.  kita yang kena kreatif menarik pelanggan dan kena usaha macam buka kedai bila takde pelanggan apa kita buat? terus main handphone atau sambung tidur? atau 'BANGKIT USAHA LAGI" bangun edar flyers, boost fbads buat aktiviti berkaitan takaful bukan terus membawang, mengeluh, tinggalkan dan buat kerja lain dgn harapan sorang yang kita approach semalam contact bagi jawapan nak apply.




"9/10 REZEKI MEMANG DATANG DRP PERNIAGAAN, TAPI 9/10 CABARAN DATANG DRP PERNIAGAAN' kalau orang yang berjaya harini kita lihat sangat berjaya, dia telah kuat usaha majukan kedai nya 5 tahun sebelum kita buka kedai. hariini kedainya dikenali dan menjadi pusat tumpuan. 

jom buat harini. ingat "facebook kita adalah kedai takaful kita. kalau malu nak buka kedai, baik jangan berniaga atau berimpian nak jadi ahli perniagaan yang hebat dan berjaya"

-hasbah juwaini-
GM TAKAFUL
team: AlFalah takaful advisors 

"kami besar dan advisor kami merata 1 malaysia"
come and join us
together we go far

1 comment:

  1. Terima kasih puan berkongsi. Sangat bermanfaat untuk sy yang baru nak naik ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature