Followers

Wednesday, July 2, 2014

kenapa hidup kita perlukan motivasi?

ada orang kata:

 "menyampah tengok orang bermotivasi-motivasi sangat ni.."
"takyah motivasi-motivasi, buat je apa kita suka"
"terlebih positif ni tak kena tempat"
"cakap tak serupa bikin orang-orang termotivasi sgt ni mmg macam tu ke?"


MOTIVATION IS LIKE TAKING A SHOWER, U NEED IT EVERYDAY!!

Motivasi seperti mandi di setiap pagi sebelum memulakan tugasan harian, kita perlukan motivasi setiap hari atau motivasi seperti "makanan" yang menjadi sumber tenaga kita setiap hari.


top up motivasi setiap hari....

kita memang dilahirkan dalam kesusahan..sebab tu kita perlu sabar dan cari motivasi supaya setiap kesusahan dalam setiap usaha rasa lebih ringan

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
    ”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35] 
     
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’]

sumber:  https://www.facebook.com/notes/bicara-hidayah/ujian-dan-dugaan-tanda-allah-sayang/142394455830621

Bagi yang kuat berusaha dalam hidup hariannya..memang merasakan kehidupan ini banyaknya ujian betul kan? tak perlu BERSEDIH dan mengadu domba, BANGKIT mencari kekuatan dalam kepayahan!!


 
KUAT!! kawan-kawan... ramai yang rasakan hidupmnya serba kekurangan tapi hakikatnya dia cukup segalanya....

- rumah yang selesa
-kereta yang mampu membawa kemana-mana
-pakaian yang selalu bertukar
-makanan yang lebih dari mencukupi
-keluarga yang saling menghargai dan penuh kasih sayang
-kewangan yang sederhana
-ibu bapa yang masih hidup

yeahhh...cari motivasi di saat rasa kecewa dan sedih!! mampu memberikan kita sejuta senyuman dan kekuatan...

kepada yang sedang mencari-cari kesengan, rasa dah puas mencuba tapi masih belum mampu memberikan setiap impian bulan dan bintang yang dicita...teruskan usaha murnimu..kerana percaya kepada janji ALLAH swt

‘Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?’

ramai yang mengimpikan kejayaan tapi mengharapkan usaha yang sekampit beras tapi memberikan kejayaan sebesar sawah padi...untuk berjaya kita kena tinggikan usaha setinggi langit dan letakkan harapan kejayaan yang sebesar lautan,,,hehhe.. kejayaan setinggi atap rumah je..usaha tu biar lebih dulu sebab rezeki ni agak subjektif. semuanya atas kehendak ALLAH swt. bukan hak kita jugak untuk mepertikai setiap rezeki yang kurang atau lebih(yang ni takde org pertikai kan?kalau kurang je bising hehehhe)

menjadi kuat sentiasa..fikir positif saja..

USAHA TAKKAN MENATIJAHKAN KEPUTUSAN.

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)
Dan sungguh, satu masa dahulu, kita benar-benar yakin akan ayat Allah ini.
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

sumber:  http://muharikah.wordpress.com/2011/05/16/allah-pasti-bersamamu/


jadi......
yang terus berusaha sekarang teruskan usaha, saya sendiri merasakan cabaran dalam kehidupan ini sangat besar. orang hanya nampak kejayaan tapi tak nampak kepayahannya..


keep on moving. keep on doing!! until the sucess really happen...


dalam perjalanan sebuah kehidupan, saya banyak jumpa manusia yang pelbagai...ada yang jenis:

-mulia sangat pekertinya  dan tak perlu dipertikai
-ada yang buruk sangat perangainya
-ada yang menghina melihat org lain
-ada yang sangat menghormati org lain sedangkan dia jauh lebih dihormati
-ada yang penuh kepura-puraan
-ada yang sombong gilerrrr
-ada yang merendah diri
-ada yang sangat sederhana
-ada yang ambil kesempatan
-ada yang mengelak(ngeeee)
- ada yang macam-macam...indahnya DUNIA penuh warna warni kehidupan


"rasa berdebar setiap kali nak jumpa client" tapi saya harap sangat saya selalu berjumpa orang yang IKHLAS dalam perjalanan pernigaan TAKAFUL ini..
     Kekuatan dalam kepayahan: 
    "SENTIASA JELAH FIKIRKAN YANG BAIK-BAIK TENTANGNYA...."
    PENGUBAT YANG PALING MUJARAB!!
     

     tetiba UAI ada kat sini...hehhe. =) doa ini mendalam maksudnya.TERBAIK!!

    selamat meneruskan perjuangan semua.usaha tanpa henti dan INGAT kunci kejayaan hati adalah

     "KEIKHLASAN YANG TIDAK BERCAMPUR KEPURA-PURAAN"
      
    ikhlas,
 motivator & Islamic financial adviser
012-6260742
     
     

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature