assalamualaikum...
Rasa tak sabar plak nak buat summary talk semalam. Tak sangka plak panel-panel tu semuanya orang2 yang sangat dikenali dan hebat2!!..yang ajak g talk ni awin coursemate Biomedic dl kat UKM. skg dia keje Great Eastern Takaful..hehe keciknya dunia kan. tup tup kawan baik jadi ajen takaful plak..hehee..dia pun tak sangka saya akan menjadi ajen takaful yang berjaya!! haaa...
dengan masa yang suntuk ni 1/2 jam je. ada banyak e-submission(permohonan baru takaful) nak kena buat ni..tak boleh terlajak enjoy sgt mengadap blog kesayangan ini, saksi suka duka dalam bergelar usahawan takaful terulung!! hahaaa....kalau u uols nak tau malam ni ada dinner GE takaful kat tropicana Golf Club..tema Pink & Hitam. baju pun belum ada. jap lagi lepas settle semua keje baru nak g cari...Dinner ni special utk pemenang contest yang Ge takaful anjurkan last year, kena buat berapa RM xxxx (tak ingat) dapat tiket g Dinner ni. saya dapat maksimum tiket 4 semuanya.so boleh ajak husband, adik + adik ipaq!! aka diorang pun klien saya jugak..hehhe..nak ajak semua klien-klien lain jugak tapi tiket limited.takpelah tunggu saya kaya sikit (hihii) saya buat kenduri kesyukuran jemput semua klien.okey...tanpa anda SIAPALAH SAYA dalam industri TAKAFUL pembangun ekonomi Islam ini..yeahhh...
tajuk forum dan ahli panel anjuran Wacana: Sinar
panel pertama: Wan Saiful. Lebih kepada "PASARAN BEBAS". konsep pasaran bebas
- penjual dan pembeli mesti sukarela untuk berjual beli
- penjual dan pembeli mesti berbaik sangka terhadap satu sama lain (2 pihak sahaja)
- Tidak boleh melibatkan campur tangan orang ke-3 eg: badan2 kerajaan ke, atau sesiapa sahaja
- Mengelakkan pembeli daripada terpedaya
- Menggalakkan pro-market/pro-competition
- Menghalang MONOPOLY (pasaran yang dimiliki oleh satu kuasa sahaja)
Panel ke-2 (dato' Dr Asri- bekas Mufti perlis skg pof madya di pusat pengajian Islam IPTA)
Pendapat beliau agak bersamaan dengan sdr Wan Saiful. Dalam perniagaan ISlam mementingkan ekonomi atau urusan berteraskan akhlak!Tetapi BUKAN dengan apa yang ada sekarang..semua orang cuba mengambil kesempatan dengan kesedaran ISLAM yang tinggi dalam masyarakat sekarang. Semua produk sibuk nak keluarkan jenama bunyi-bunyi ala-ala arab konon, "Al" kat depan, tulis bahasa arab sikit atau jawi, bukan itu yang digambarkan ekonomi ISLAM. itu dipanggil "kosmetic adjustment".Sepatutnya, ekonomi berteraskan Islam perlu mengeluarkan semua orang daripada unsur PENINDASAN!!
Perniagaan harus berteraskan keadilan dan EHSAN (merujuk segalanya, urusan jual beli, kebaikan dan pertimbangan dan semuanya yang baik2) bukan semata-mata keuntungan. Value Islamic product itu sendiri kadang-kadang tidak ada dalam produk yang kononnya islamic sangat zaman sekarang ni.
contoh :xxxxxxxx...cari sendiri..hehhee
Dari sudut korporat: Tan Sri Ali Hashim orang lama dalam pernigaan sehingga menjadi empayar TS Ali HASHIM
TOKOH KORPORAT terkenal dan sangat berjaya. pengasas (CEO) johor corporation. semua cawangan KPJ healthcare (hosp2 pakar KPJ) di seluruh malaysia, KFC, Pizza hut, Ayamas yang tidak diragui tahap "halal" nya..sehingga berkembang ke luar negara KPJ hospital..
inilah orangnyaaa...
Tak sangka lah berjumpa tokoh korporat hebat semalam rupanya. ala2 Donald Trump dah kan?hehhee...sayangnya tak google dulu kan, fokus dengan apa yang dia share kan. kalau tau dia adalah orang ini,..dah amik gambar sebelum balik tu..hehehhe . amik aura!! hahaha
pertama sekali dia cakap "9/10 drp pendapatan datangnya drp perniagaan, perkerjaan Sunnah Rasulullah saw, kalau ada anak 10 orang 9 mesti dididik menjadi usahawan melibatkan perniagaan , sorang je suruh makan gaji" ---tersentap tak? ini kali ke-2 saya dengar selepas daripada Dato' dr Maznah Hamid. didik anak jadi usahawan. Jangan sibuk suruh belajar2 nnt senang dapat kerja..jangan marah ye. share je apa yang diungkapkan..sila ambil yang positif. Kalau senang bisnes, semua orang tak teringin pun nak keje makan gaji kan??kadang2 manusia ada capability berbeza2. mungkin ada orang yang bekerja/berusaha sekuat TS Ali tapi kejayaannya tak setanding TS Ali..rezeki ni susah nak cakap kan..just do our best, let Allah do the rest!!"
points TS Ali Hashim:
- dengan kos sara hidup yang makin meningkat, golongan berpendapatan tinggi tak terasa pun kehangatan, kenaikan barang, kenaikan minyak dll..yang paling tertekan adalah golongan pendapatan rendah=( (PENINDASAN)
- Pemberian Subsisdi bukan penyelesaian..kalau kerajaan bagi semua harta kerajaan sampai bangkrup pun kepada rakyat sebagai subsidi, tetap akan berlambak golongan "marhaien" aka miskin.
cara:
- Kejar pendapatan supaya lebih tinggi.
- Laksana strategi jangka panjang
- Basmi monopoli (sistem yang menzalimi)
- Semua org muslim perlu cepat2 beli hartanah, tumah, tanah dan kumpul harta.
- pasaran bebas bersifat (liberalisasi) aka tak bagus!
- Dasar penswastaan: melahirkan banyak MUBARAK (Melayu Buruk dan Rakus) sebab sebelum penswastaan di buat org2 dlm kerajaan jugak yg berkepetingan peribadi membeli dasar swasta itu. tidak dibuka kepada umum.
Kenapa berniaga dikira JIHAD?
- Jihad memerangi RAKUS/ kerosakan dan Corruption (Islam tak ajar rasuah.mesti jaga akhlak dan berniaga)
- Galakkan PKS (Perusahaan industri kecil) yang majoritinya orang melayu ISLAM supanya meningkatkan pendapatan
- Jadikan institusi GLC sebagai institusi amanah atau wakaf korporat (google la sendiri..tak berapa arif mcm mana amanah yg dimaksudkan)
- Strategi utama : JIHAD BISNES (igt sedang melakukan jihat ekonomi islam menjadikan kita kuat & gagah dalam berniaga). dapatkan semula hartanah islam. Islam menjadi kuat jika pemilikan hartanah ditingkatkan!! so tak salah la kan mencari HARTA sebanyak mungkin..asalkan jgn lah lupa akhirat.
- "2-2 dapat..- bermaknanya hidup dan mati.."
kesimpulan:
Imagine...jika:
GLC diwakafkan, Universiti diwakafkan (bukan tempat buat duit yer), Bank diwakafkan
Waqf-driven instead of GREED-driven
lebih banyakkan sedekah dan zakat yang kaya bukan "wajibkan tax" biar dilakukan dengan sukarela!
sambungan Dato' DR Asri............
Zakat selangor last year melebihi 1.6 billion. ikutkan cukup utk membasmi kemiskinan. kelantan ramai lahirkan usahawan berjaya tapi tinggal di luar negeri kelantan. kerana LOYAL kepada negeri tanah air smuanya balik bayar zakat di negeri sendiri (kelantan) tapi kelantan mencatat rekod negeri ke-2 tertinggi penerima kebajikan masyarakat. (byk kemiskinan) ke mana harta orang ISlam pergi? sebab tu efficiency dan amamah penting..
Cadangan:
- TUBUHKAN YAYASAN (bantu lebih ramai orang)
- melantik pertubuhan yang menguruskan wakaf.
- MUSLIM belilah PRODUK MUSLIM sendiri (2 pahala : 1 membeli tidak mencuri, ke-2 membantu sesama muslim)
"jIKA kUASA POLITIK, DI AMBIL DENGAN undi parti, Kuasa ekOnomi melalui Undi ringgit!!"
lets JIhad For Economy!!JIHAD BISNES..bukan melalui berperang..rusuhan, diri sendiri buat dulu tingkatkan pendapatan diri, keluarga dan agama & baru mampu menguasai EKONOMI , Islam menjadi lebih kuat...baru namanya JIHAd!!
Iklan saja....TANAM DALAM DIRI NAK JADI USAHAWAN!!
ALL THE BEST TO ALL...INSYALLAH...SELAMAT MERUSKAN PERJUANGAN..
No comments:
Post a Comment