Followers

Thursday, March 7, 2013

RICH DAD POOR DAD

Ulasan buku "RICH DAD POOR DAD"...siapa pernah baca buku ini? Buku tentang Robert T. Kiyosaki ni yang mempunyai 2 org ayah seorang "Professor" dan seorang lagi "businessman". Professor seorang ayah kandung vs businessman hanyalah ayah angkat.

Best seller book worlwide
 
Beliau selalu berhadapan dengan 2 prinsip hidup yang sangat berbeza di antara kedua-dua ayahnya sejak kecil.
 
"Poor dad" menekankan supaya beliau rajin belajar, menjadi pelajar cemerlang di sekolah, sambung belajar di universiti dan mendapat pekerjaan yang baik di syarikat yang besar serta ternama.
 
Manakala "RICH DAD" tidak menafikan perlu belajar tinggi tetapi lebih menekankan "orang yang benar-benar bijak tidak perlu menjadi orang yang paling bijak di dalam kelas tetapi mampu menggajikan orang yang lebih bijak untuknya"
 
 
                                                                                       
Definisi Employee, Business Owner, Self Employed dan Investor menurut persepsi
"RICH DAD".
 
Jom kita kenalpasti di manakah kita terletak? Kerana mengenalpasti kategori ini mampu menilai kemampuan kewangan kita.
E - Employee: Anda ada pekerjaan. Tetapi pekerjaan tersebut hak orang lain. atau erti kata lain kerja makan gaji
S - Self employed: Memiliki pekerjaan sendiri. Masa lebih fleksibel dan bekerja sendiri
B - Business owner: Anda mempunyai sistem sendiri dan orang lain bekerja untuk anda
I - Investor: Pelabur. yang paling best ni!!tahap di mana $$$ yang bekerja untuk anda.
 
Jom check akaun kita kenapa ada banyak tu jer...ihii..
 
He created the “Cash Flow Quadrant,” a diagram that is widely used in personal finance lessons today.

Employees – Orang yang mengorbankan masa untuk pendapatan

Jika anda di kategori ini, 100% pendapatan datang drp hasil aktiviti, bermakna anda hanya boleh meningkatkan pendapatan dgn satu cara sahaja iaitu "TUNGGU KENAIKAN GAJI". Mendapatkan satu pekerjaan yang baik, stabil, adalah tidak terlalu senang sekarang tetapi TIDAKLAH TERLALU MENJANJIKAN SATU kehidupan yang bagus di masa sekarang. Masa berubah menyebabkan konsep mendapatkan kerja yang bagus, terus bekerja untuk 40 tahun dan pencen dengan mendapat 60% pencen bulanan daripada gaji terakhir menjadi bukan yang TERBAIK di masa sekarang. Hari ini, golongan ini adalah golongan yang membayar cukai paling tinggi.

Self-Employed – Orang yang "memliki" kerja sendiri & mengorbankan masa untuk pendapatan (Saya rasa saya di sini 50% + employees 50%)

Ramai American = Malaysian yang mengimpikan untuk bekerja sendiri, betul tak? Faedah untuk menjadi majikan adalah hebat BUKAN? Masalah di sini ialah masa anda menjadi sangat terhad apabila anda memiliki pekerjaan sendiri kerana masa sehari hanyalah 24jam. Contoh kerjaya yang memliki kerja sendiri:  kontraktor, ajen hartanah, ajen insuran, programmer, konsultan dll.

Hakikatnya, majoriti yang bekerja sendiri setelah beberapa tahun melakukannya akhirnya mendapati perniagaan ini tidak bekerja untuknya tetapi mereka yang bekerja sebagai pekerja untuk bisnes mereka. mungkin bekerja dengan jam yang kurang daripada type E(employee) tetapi masih tidak mampu mencapai semua impian dengan pekerjaan ini.

Let’s move to the right side of the Cash Flow Quadrant, dan kita lihat sama-sama Quadrant ini dimana 95%  orang terkaya di dunia mencapai kemewahan yang diimpikan.

Business Owners – Memiliki sistem & orang yang bekerja untuknya..

Sesuatu perniagaan yang mempunyai sistem seperti Mc' Donald..yang mampu mengaut keuntungan daripada sistem yang berulang secara berterusan. Proses ini juga dikenali sebagai "duplicate" atau penduaan diri anda. Membuka satu perniagaan salah satu contoh "memiliki perniagaan". Setelah anda berjaya membentuk satu team yang dilatih untuk meduakan anda, ini membolehkan anda mendapat gaji apabila anda membiarkan ia beroperasi di dlm sistem. Ini kerana satu proses dalam satu sistem akan berterusan jika kita tidak bekerja. Anda masih lagi membuat duit ketika anda sedang bercuti, bermain golf, saat berbelanja wang bersama keluarga ataupun TIDUR... 


Menjadi seorang "pemilik perniagaan" ada sedikit perbezaan dengan "self employed" dimana "pemilik perniagaan" mendapat pendapatan bukan semata-mata daripada usahanya tetapi juga daripada usaha orang lain yang terlibat dengan perniagaan tersebut secara langsung atau tidak langsung. Keadaan ini yang membentuk "aliran tunai" atau "pendapatan pasif" yang mana tidak terikat atas usaha seharian sahaja tetapi juga hasil diri sendiri dan orang lain juga. Orang yang mempunyai "pendapatan pasif" mempunyai pilihan untuk bangun setiap pagi dan memilih utk mengejar punch card @ cari wang ATAU berehat di rumah tanpa mengurangkan sedikit pun pendapatan.

INVESTORS - DUIT MEMBUAT DUIT DI ATAS DUIT ANDA

Pelabur adalah orang yang mendapat pendapatan berpatutan. Kategori ini melaburkan wang mereka jadi mereka mula membuat duit!! Peringkat terakhir yang perlu semua orang sampai adalah quadrant 4 ini (PELABUR). Peringkat di mana anda tidak perlu lagi bergantung kepada usaha seharian anda atau orang lain untuk mendapatkan pendapatan TETAPI duit anda yang bekerja untuk anda 24 jam tanpa rehat. Duit tidak perlukan masa tidur atau makan untuk bekerja dengan tekun. Majoriti manusia tidak mampu untuk bermula di sini (sebab tak semua dilahirkan sebagai anak raja/ditinggalkan dengan harta yang berbillion2) tetapi kita mampu sampai ke sini.

The Cash Flow Quadrant satu illustrasi yang menggambarkan tahap batasan pemikiran setiap orang adalah berbeza-beza. Hakikatnya semua orang mahukan banyak duit, untuk usaha yang sedikit mungkin dan melakukan apa yang disukai sahaja. Memahami konsep "Cash Flow Quadrant" adalah satu keperluan. Ia tidaklah terlalu menggembirakan utk bekerja seumur hidup, ini akan kita pelajari setelah kita "memiliki perniagaan" dan mula sedar perniagaan itu memaksa kita bekerja untuknya...

Semoga ilmu ini membuka minda anda yang inginkan kebebasan kewangan dalam hidup. . Sebelum melabuhkan tirai, ringkasan "Cash Flow Quadrant"...

Sila terima hakikat...di manakah kita, inilah penghujung kehidupan yang bakal kita terima...di atas usaha atau apa yang kita lakukan hari ini...Jangan mengharapkan sesuatu yang luar biasa jika anda tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan tidak mahu mempelajari ilmu kewangan ini
 
Assalamualaikum.......semoga perkongsian ini berguna untuk semua juga diri saya..




 
 
 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature