Followers

Sunday, December 30, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru. Apa Azam Kamu?

Tahun baru sangat sinonim dengan AZAM BARU..betul tak? Pastinya ramai di antara kita mempunyai impian tetapi sejauh mana impian itu mampu dikecapi. Buka balik diari 2012, 1.1.2012...apa impian dan azam yang tertulis. Tanpa kita sedari sebenarnya, ada diantaranya telah kita kecapi walaupun ada yang tidak 100%, setidak-tidaknya 60%,80%..emm...tak sangka kan? "IMPIAN MENJADI KENYATAAN"

Tutup buku lama Diary 2012.......
Azam baruuu.....
 
Memandangkan blog ini berkisar kewangan..TOWARDS FINANCIAL FREEDOM, straight to the point kita semak dulu apa perbuatan atau habit buruk 2012 yang banyak menghabiskan duit gaji @ simpanan kita sepanjang tahun 2012:
 
1- hobi berbelanja tak kira masa
Shopping....setiap kali "sale"
Ini masalah besar kepada wanita termasuk saya. Hobi utama "membeli" kerana dengan membeli barang atau apa sahaja menjadi terapi jiwa yang paling mujarab dan sangat menggembirakan. Hilang segala tekanan dan bebanan di dalam otak...kononnya nak berjimat. Berbelanja secara hemah. Sebab tu hanya bershopping sakan bila tiba "jualan murah". Sampai terlupa, TERbeli benda yang tidak perlu. Kasut 4 pasang, baju baru 7 helai, baju baby 10 helai, kasut baby 5 pasang, mainan baby 3 mainan, shawl @tudung 10 helai dan lain-lain.....nampak macam sikit kan, tapi bila bawak, tak cukup tangan. Ada yang sanggup letak dalam kereta dulu, datang balik...hii..pernah dengar "ukur baju di badan sendiri". Pada saya, kalau banyak duit berlebihan tak ada masalah, beli lah semampu yang mampu..timbul masalah kepada yang kurang mampu tapi berpura-pura mampu. Terikut-ikut gaya orang kiri kanan bawak beg banyak. Bila gaji masuk, joli habis..baru 2 minggu lepas gaji muka masam mencuka, tensen, jadi pemarah, status fb gaya kurang waras...semuanya kerana gara-gara kewangan yang kehabisan.. Selalu terfikir..masih bolehkah dipakai pepatah ini
 
"membeli mengikut keperluan??" atau lebih baik ini "membeli mengikut kemampuan"
 
zaman 2012 ni ramai yang berbelanja mengikut keperluan tetapi di luar kemampuan. Lebih baik ikut kemampuan terlebih dahulu baru fikirkan keperluan. Ikutkan semuanya yang wujud di alam maya ini, menjadi keperluan kita. Sesuatu barang @ produk tak akan dihasilkan jika tidak ada keperluan.....
 

Kesan utama berbelanja mengikut keperluan???

Bill Credit Card tertunggak @ maksimum
 
Sapa pernah menghadapi ini??? Ini hasilnya drp berbelanja mengikut keperluan..ada Hp NOKIA nak tukar Samsung notes dana iPhone. Kerperluan zaman sekarang semua org pakai smart fon, ada TV besar tak best sebab GEMOK..nak TV LCD @ skrin nipis baru nampak pelakon jelas sikit keperluan jugak ni, ada jam tangan vinci nak tukar BONIA, bergaya sikit keperluan hidup di bandar "gaya", ada motor EX5...tukar motor 4 lejang canggih dan laju baru nampak macho sikit. Keperluan cepat sampai tempat kerja. Semuanya menggunakan kredit card....0% interest with credit card monthly installment..ini semua menjadi "kewajipan" jika anda BANYAK CASH!!
 

 
2- Tabiat kedua
sangat suka dengan "entertainment" ; wayang, jalan-jalan cari makan, vacation, travelling..
yang ni susah jugak saya nak komen. saya sendiri mencari "entertainment" setiap hujung minggu bersama keluarga yang tidak mampu dinafikan melibatkan perbelanjaan kewangan. Cuba untuk mengawal supaya tidak kerap beraktiviti (setiap hujung minggu) mungkin kepada sebulan sekali atau paling teruk 2 minggu sekali tetapi belum mampu.  


Bersiar-siar di SETIAP hujung minggu
 
Kerap makan di luar....hampir setiap hari @ malam
Terlalu kerap buat kenduri: harijadi x 4 (setiap seorang ahli keluarga), anniversary, raya puasa, raya haji, makan-makan saja, family gathering, masuk sekolah niat nak bersedekah tetapi terikut-ikut trend orang kaya yang sememangnya tersangat mampu lain cerita ok...ini utk orang yang kurang budget tapi nak jugak ikut...sehingga rasa terbeban.Sekali buat kenduri tak, puasa 7 hari..
 
 
Lain-lain aktiviti. Pada saya ini semua tak salah, malahan sangat patut diamalkan dalam menjaga keharmonian dan kegembiraan semua pihak keluarga dan memenuhi kehendak jiwa diri sendiri juga.Semua orang mengimpikan kehidupan yang mampu buat apa sahaja sebaik terlintas sahaja di fikiran. tetapi ramai yang tersangkut dalam masalah kewangan yang menekan setiap masa. Ada yang mengambil jalan mudah, menyalahkan pihak lain cthnya kerajaan sebab membebankan rakyat...tetapi percayalah jika 10 kali pun bertukar, kehidupan kita tetap tidak berubah jika kita tidak keluar mencari penyelesaian dengan mendapatkan lebihan wang di luar sana. Rezeki Allah ini luas seluas lautan, tetapi kenapa ada yang mendapat setengah dari lautan tersebut, ada yang mendapat suku daripadanya dan ada yang hanya menghirup di persisir lautan sahaja. USAHA, USAHA, USAHA....bukan sekadar duduk dan menanti rezeki jatuh ke riba!!
 
3- Hobi yang melibatkan kos :- minat modified @ cantikkan kereta, minat motor berlebihan, tengok wayang, menempah baju baru setiap bulan, tersangat menjaga keterampilan dan koleksi sehingga melibatkan kos yang tinggi (baju 10,000, kasut 5000, handbag 12,000)...dan lain-lain.atau ada jugak yang suka kumpul kasut murah RM20 sepasang tapi sekali beli 10 pasang..esok beli lagi, lusa beli lagi...kasut comel ala-ala korea..pakai sekali sakit kaki, jadi hiasan jelaa....hii....
 
4- Gila gadjet: bertukar handfon setiap kali keluar model baru yang lebih canggih, peralatan komputer, minat Apple(semua produk Apple Store beli buat koleksi)
 
cukupla 4 yang major...kita tengok plak, azam baru:
 
"saya ada impian, impian saya besar, kalau bukan besar..bukan impian saya"
 
 
IMPIAN & GOAL 2013
1- Tambahkan simpanan pendidikan anak-anak (RM500 setiap seorang setiap bulan)
2- tambahkan simpanan sendiri : rahsia laaa...ihii
3- Beralih angin...
 
Saranan saya untuk anda dan kawan-kawan:
  1. Dapatkan multiple income. Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja cthnya part time insurance ajen, berniaga online, berniaga pasar malam dll.
  2. Jadikan amalan RAJIN sentiasa dalam mengejar impian...jangan MALAS dan suka tidur sahaja.
  3. Sentiasa BERSEMANGAT dalam berusaha dan pastikan ianya berterusan
  4. Pupuk semangat sukakan duit jika anda suka berbelanja dan suka nikmat dunia tapi berpada-pada laa...bukan maksud saya nikmat dunia : clubbing, maksiat semua tu yer..tu semua tak tinggalkan pun tak apa..tak rugi langsung. what i mean is, nikmat travelling,shopping, gathering etc "have fun in islamic way". Kenapa perlu lepaskannya sedangkan kita mampu memiliki kedua-duanya DUNIA & AKHIRAT...
  5. Satu bidang yang saya rasakan mampu merealisasikan impian kita ialah INSURAN...menjadi ajen insuran...
 


 
 
Ok semua...end up here. wishing all of u Have a "HAPPY NEW YEAR 2013"...countdown. Semoga tahun 2013 ini lebih baik yer..utk kita semua..=)
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature