Followers

Sunday, October 28, 2012

CATATAN SEJARAH....

Assalamualaikum warga maya,

Hari ini rasa teruja nak bercoloteh di blog. Semalam saya menghadiri satu event insuran@takaful Great Eastern di Menara Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur sempena hari penganugerahan SUPER BEEZ DAY Quarter 3 2012. Quarter 3 tu bermaksud kejayaan yang dikira dari July, Ogos & September 2012. Dimana semua production kerja dinilai secara terperinci mengkut statistik atau berdasarkan angka pencapaian. Apa yang saya nak kongsikan, saya yakin semua orang tahu, Company Great Eastern bertapak di singapore dan menyebarkan sayap ke seluruh dunia, Di antaranya Malaysia dan berkembang pesat menjadi company no 1, terbaik pencapaiannya, terbanyak asetnya dan terbanyak mengeluarkan polisi insuran dan takaful di Malaysia setiap tahun menginggalkan syarikat2 insuran@takaful pesaing yang lain jauh ke belakang. 

sumber rujukan: statistik BANK NEGARA MALAYSIA 
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=stats_insurance&lang=bm&eId=&ac=93

Majoriti yang meminati bidang insuran dan takaful ini adalah chinese. Less than 5% malays. Apabila menghadiri majlis-majlis mereka yang gilang gemilang, satu benda yang berlegar di fikiran....mereka TEKUN mencari kekayaan dalam erti kata lain DUIT. Demi memantapkan kewangan dan ekonomi mereka dimana satu pepatah yang mereka pegang mengagumkan saya iaitu:

 "Apabila satu generasi bekerja kuat, 3 generasi akan manikmatinya"....

dan mereka sanggup menjadi generasi satu itu. tanpa mengharapkan menjadi generasi ke-2 atau ke-3 dan ke-4 yang hanya menikmati sahaja. Di saat mereka tekun membangunkan ekonomi keluarga dan secara tidak langsung ekonomi negara juga, apa yang masyarakat kita sedang buat??saya berbangsa Melayu....sedih mengenangkan masyarakat kita berbalah sesama sendiri, mengutuk mengeji sesama sendiri, memperjuangkan sesuatu yang belum pasti milik kita...tak habis-habis berperang tentang politik sehinggakan bangsa kita sendiri berpecah belah..seagama dan sebangsa..Kita tidak sanggup berkumpul dalam mambangunkan ekonomi kita, tetapi sanggup berhimpit-himpit dan bersengkang mata demi memperjuangkan dan berperang dengan bangsa sendiri...Mengapa kita tidak mampu menjadi seperti mereka? kita kini bukan lagi ketinggalan dalam pendidikan, 80% semuanya graduan-graduan terhebat lepasan di seluruh dunia seperti  mereka juga yang sememangnya pencatat rekod pelajar cemerlang universiti, sekolah dan sebagainya di mana-mana, Saya harap bangsa kita bangun dan menghargai setiap peluang yang ada di dalam negara MALAYSIA tercinta ini. Jangan sampai semua hasil asalnya milik kita menjadi milik orang lain. Apa yang kita perlu bangunkan adalah EKONOMI....EKONOMI..EKONOMI...Apabila kita mampu memgang ekonomi kita mampu melakukan apa-apa sahaja tanpa kita sedari.

Saya tidaklah sehebat mana, tetapi sekurang-kurangnya saya sentiasa mengejar dan berusaha utk memartabatkan ekonomi melayu setanding bangsa lain..Sekadar perkongsian titipan sejarah sejak menganggotai GREAT EASTERN...

7.1.2011: Secara sah berdaftar dengan BANK NEGARA MALAYSIA setelah lulus dalam peperiksaan investment-link dan insurance malaysia...dan satu lagi tak ingatlah. di Lembaga insurance Malaysia, Maju Junction,KL.

tahun pertama tak banyak kenangan & sejarah dicipta sebab baru join, suddenly pregnant plak "ANIQ HAZLEY" yang dah setahun setengah sekarang. Ada case but tak berapa aktif la  sebab alahan waktu pregnan & confinment 3 bulan.Kesimpulannya, setahun yang ditinggalkan tanpa kesungguhan. "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

Selesai confinement, mula bekerja..baru bersemangat nak kejar cita-cita balik. satu persatu sejarah mula dicipta...

 1st award dapat: silver award untuk Quarter 2 (April, May, Jun 2012)

2nd award: Great Leo Award, 1st world hotel Genting Highland

Master Sales Award 2012
Quarter 3: Top 3 (the only malay)
Q3: Menara Great Eastern, KL. Dapat 4 award
Cabutan bertuah: BONIA WATCH (Q3; 28.10.2012)
Few awards yang baru dapat.....alhamdulillah..=)
 
ok...ni saja untuk sharing hari ini...jika anda yakin&percaya pada Great Eastern
dan belum memilki akuan simpanan takaful hubungi saya:
HASBAH JUWAINI
GREAT EASTERN FINANCIAL ADVISOR,
MASTER IN BUSINESS ADMIN
BACHELOR IN BIOMEDICINE
reg no: 1056721(takaful)
012-6260742








 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature