Followers

Tuesday, September 11, 2012

Ramai orang mengimpikan "lifestyle" mewah tapi bergaji kecil@sederhana...bagaimana?

Membaca banyak cerita di internet hampir 80% masyarakat sekarang terutamanya anak-anak muda di usia 25-an ke 40-an ghairah mengejar kekayaan dan inginkan kehidupan mewah di luar kemampuan.Sehingga menyebabkan ramai di usia muda "MUFLIS". Di antara pilihan yang diambil dalam mendapatkan kekayaan:



1- Buat pinjaman peribadi berulang-ulang kali sampai maksimum .
2- Menjalankan pernigaan berbentuk konvensional
3- Melabur dalam FOREX, skim skim kewangan yang berisiko tinggi
4- suka menyimpan
5- Jual insuran
6- buat part time (locum/tuisyen/cashier/penjaga kedai/niaga burger dll)
7- Menyertai MLM
8- Apply sebanyak mungkin kredit kad sampai tak mampu bayar

 Apa yang boleh saya kongsikan, petua pertama yang perlu dilakukan adalah...rancang setiap perbelanjaan dan kewangan harian anda. Ada yang kata "elakkan hutang". kalau tak buat hutang langsung mana mungkin kita memiliki rumah atau kereta. Baru kerja setahun jagung, nak pergi kerja perlukan kereta dan tempat tinggal utk berteduh...ramai yang membuat kesilapan dengan melambat-lambatkan membeli rumah. Ada yang sanggup hidup menyewa sehingga sedar tak sedar usia dah separuh abad. Masa tu pinjaman susah nak lulus, installment bulanan tinggi dan lain-lain...rancang dengan banyakkan pembacaan di media massa dan elektronik dalam meningkatkan ilmu kewangan supaya tidak tergelincir dari landasan.

Sertiap usaha yang kita lakukan dengan seikhlas hati pasti mendatangkan hasil. Meningkatkan income bulanan, menjadikan kehidupan kita lebih baik dan menjadikan hati kita lebih gembira. Satu laporan sumber dari berita harian:


Gaya Hidup Mewah Punca Anak Muda Muflis

Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysia sehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Saya tidak mahu pergi jauh dalam memperkatakan sikap suka berhutang cukup sekadar melihat senario mengapa orang suka berhutang dan implikasinya di depan mata.

Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. 
 
Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.

Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):

Gaji: RM2,000 sebulan

Perbelanjaan:
  • Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)
  • Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)
  • Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)
  • Makan dan minum RM500
  • Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)
  • Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)
  • Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)
  • Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)
  • Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)
  • Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)

    Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak.

    Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi
    gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga.
    Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan
    gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada 5 P:
Personaliti

 
Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri. Ibu dan kakaknya suka berhutang beli perabot, hutang kain, hutang pinggan mangkuk, hutang langsir sehinggalah beli alat solek pun dengan cara berhutang. Jadi budaya berbelanja melebihi pendapatan dan berhutang sudah jadi amalan biasa pada dirinya, malah mendapat sokongan padu daripada keluarga.
Pengaruh persekitaran

 Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya sebagai eksekutif.
Promosi

Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik eksekutif muda ini menggunakan kad kredit. Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk ‘memaksa’ eksekutif ini menggunakan kad kredit. Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat ‘senyum dan ketuk pintu pejabat’ memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.
Pujian dan perasan

Sebagai eksekutif muda, banyak pujian dan dorongan agar mereka terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka. Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka ‘biar papa asal bergaya’ menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!
Tidak cukup duit

Selalu pokai atau tidak cukup duit kerana gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa golongan muda banyak berhutang. Tidak salah memilih apa juga gaya hidup yang anda kehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui, jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan. Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti, prestasi dan produktiviti pekerjaan anda yang baru mencipta nama dalam bidang yang ceburi.

Jom mula menyimpan sekarang....at least 10 ringgit sebulan pun duit juga..carilah simpanan yang menjamin dengan mengurangkan hutang piutang hidup kita lebih terjamin. Letakkan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan utk disimpan...secara konsisten =).. demi kesejahteranna & kebahagiaan masa depan..bulatkan tekad, kuatkan semangat dan terus buat,,jangan hanya menunggu...lakukannya hari ini juga..

Gambar duit lama: RM10. "SA-PULOH RINGGIT" hiii....

Selamat membaca.....informasi yang menarikk!! kan....




2 comments:

  1. Mendapatkan pinjaman hari ini @ 2% faedah dan menghidupkan semula perniagaan anda tanpa mengganggu, kami menawarkan jumlah pinjaman dari $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00, e-mel kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan. sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGERI ===========
    ALAMAT: ===========
    JANTINA: ===========
    JUMLAH DIPERLUKAN: ===========
    TEMPOH: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    akaun yang lebih baik daripada syarikat-syarikat yang sah.
    Hubungi kami di e-mel ini: gloryloanfirm@mail.com
    Puan Glory

    ReplyDelete
  2. Mendapatkan pinjaman hari ini @ 2% faedah dan menghidupkan semula perniagaan anda tanpa mengganggu, kami menawarkan jumlah pinjaman dari $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00, e-mel kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan. sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGERI ===========
    ALAMAT: ===========
    JANTINA: ===========
    JUMLAH DIPERLUKAN: ===========
    TEMPOH: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    akaun yang lebih baik daripada syarikat-syarikat yang sah.
    Hubungi kami di e-mail ini: gloryloanfirm@mail.com
    Puan Glory

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature