Followers

Saturday, February 25, 2012

KISAH HATI SEORANG ISTERI

Assalamualaikum warga facebook dan dunia maya,

Menaip di wad hospital...hehee...Anak kedua saya diserang diarrhea(cirit birit) dan muntah teruk. Sekarang masih berada di wad untuk rawatan lanjutan tetapi alhamdulillah negatif ROTA VIRUS yang sangat popular sekarang ini. Keadaannya  stabil dan masih lagi cirit birit sikit sikit.

Pagi tadi saya ke Great Eastern Mall menghadiri satu majlis ilmu tentang TAKAFUL sebab saya take turn dengan bibik jaga ANIQ di hospital.apa yang saya nak kongsikan dengan  sahabat sekalian, satu kisah sedih si isteri yang baru saya dengar pagi tadi.yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan!!

Kisahnya bermula begini.....


Kisah satu keluarga yang sederhana besar. 3 orang anak, seorang ibu dan seorang ayah.Anak yang paling besar perempuan berumur 7 tahun(darjah 1 sek rendah), yang ke-2 berumur 5 tahun, dan yang paling kecil berumur 1 tahun setengah. Si isteri seorang esekutif akaun dan suami seorang guru. Hidup di pinggir ibu kota Kuala Lumpur yang sememangnya kos hidup agak tinggi apatah lagi kalau hidup di tengah tengah kotaraya. Tapi dengan kehidupan sekarang ini, di mana-mana pun kos perbelanjaan kehidupan sememangnya agak besar. Beras 10kg di mana-mana pun sama jer harga.paling murah RM23.90. petrol RON 95 1 liter (RM1.98 kalau tak silap)  standard seluruh malaysia...

Dengan anggaran pendapatan suami & isteri mencecah RM 5,000-6,000 sebulan.Nampak boleh tahan la walaupun takla kencang sangat tapi kira ok lah malangnya, selepas menolak perbelanjaan harian:


Ini baru keperluan wajib, belum masuk beli baju, sekali sekala nak belanja anak-anak makan di luar (steamboat/western/pizza/Mc donald dll). Nak ikutkan kerja dah boleh tahan la. Belajar dulu separuh nak rak jugakla tapi ini saja yang mampu untuk golongan berpendapatan sederhana. Realiti kehidupan sekarang, Pendapatan RM5,000..Keperluan mencecah RM5,443...mana nak cari lagi RM443 untuk top up??...Hasil claim overtime selain itu, adalah sikit-sikit hasil berniaga kecil-kecilan jual tupperware, avon, join MLM sikit-sikit,..mengajar tuisyen, dan lain-lain,Zaman sekarang kan senang cari duit dan SENANG JUGAK DUIT HABIS pun walaupun belanja berhemah...tapi tak kisahla, biar tak kaya yang penting bahagia dan cukup makan...

Biarpun jauh di lubuk hati jiwa meronta dan menangis, tetapi boleh tahan lagiii...walaupun NO SHOPPING AT ALL
Suatu pagi,si suami pergi sekolah seperti biasa. Bangun pagi, mandi. gosok gigi..on the way ke sekolah drop by kakak yang sehaluan. Isteri si akaun exec hantar anak ke rumah pengasuh. dekat je selang beberapa blok. Belum sampai office lagi kerja swasta masuk pukul 9 pagi ,5 minit sebelumnya ,handphone Nokia model lama isteri berdendang (polifonik)..."hello, assalamualaikum"..."Hello, puan Aishah?Saya membuat panggilan dari Hospital Kuala Lumpur...suami puan Cikgu Adnan ditimpa kemalangan jalan raya, tetapi puan jangan bimbang keadannya stabil setakat ini dan sedang dirawat di unit kecemasan. Jika puan dapat menghadirkan diri ke sini adalah lebih baik"
"Saya akan ke sana sekarang" Mendengarkan cikgu Adnan stabil hati sedikit tenang tetapi denyutan kencang jantung tetap tidak dapat dibendung.

Si isteri terus memandu laju kereta saga BLM selaju yang boleh ke HKL tanpa berlengah lagi.Hati isteri mana yang tidak kencang mendapat panggilan sebegitu. Kalau manusia diberikan sayap, memang sayaplah yang pertama sekali dibuka supaya boleh terbang.Lalaun paling pantas untuk sampai ke destinasi..Sesampai ke destinasi..Alhamdulillah!!Semuanya selamat....
Suami mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan yang malangnya si suam mungkini tidak dapat berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda akibat fraktur teruk dan mengakibatkan si suami berkemungkinan tidak mampu lagi bekerja...kali ini..HATI:

Hancur berderai,..............

Mendegarkan laporan perubatan pakar. Apa yang berlegar-legar di fikiran hanayalah satu..Bolehkah dipulihkan kepada baisa? ada tak dimana-mana hospital swasta atau pakar berbayar yang mampu mengubati keadaan suamiku ini?Ujian ini terlalu berat untuk ditanggung...Kami kan masih muda."Mampukah aku menyara keluarga seorang diri??"..Tiada sepatah kata yang boleh dituturkan hanya air mata menjadi teman setia. Di saat permata hati  membesar tentunya perlukan duit, mana nak cari kos rawatan lanjutan, ubatan dan fisioterapi dan lain-lain...hanya mempu mengucapkan "Berserah kepadanya..."

Hati meruntum

2 minggu si suami terlantar, habis semua ASB dikeluarkan adalah dalam RM10,000 hasil simpanan sejak mula bekerja sebagai back up in case memerlukan wang segera. ASB kan nak keluarkan mengambil masa juga dan hanya hari bekerja sahaja boleh dikeluarkan di pejabat pos, sambil itu dalam usaha memulihkan si suami diangkut ke sana sini manalah tau masih ada peluang untuk kembali normal, . Semakin hari  duit simpanan semakin menyusut...Ramai saudara mara datang menjenguk ada jugaklah yang menghulurkan sedekah/derma...jumlahnya adalah linkungan RM1500----RM2000,..., Si ibu dan ayah di kampung turut sama membayangkan gelapnya kehidupan selepas terang walaupun seketika...kerana selama ini, cikgu adnan seorang sahaja yang boleh diharapkan dan tempat mereka bergantung hidup. Di kampung RM300-400 sebulan cukuplah untuk makan pakai...Mana nak cari duit?mana nak cari duit?? mana nak cari duit untuk teruskan hidup???

Hidup perlu diteruskan...

Benar kata orang "Money is not everything, but everything are almost about money!!" Andaikan aku ada RM50,000 sekarang...pasti dan pasti hati tidak setakut ini....

Hadith riwayat Bukhari
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

 Cek tunai RM 200,000...

Atas nama Cikgu Adnan cek tunai bernilai RM 200,000 sampai ke rumah.Apakah ini??siapakah yang baik hati mendermakan wang sebanyak ini???it comes from...DANA TAKAFUL, simapanan RM 150 setiap bulan yang Cikgu Adnan amalkan sejak 3 bulan lalu..Masyaallah...betapa besarnya nikmat dan rezeki yang Allah turunkan.


Tiada apa yang nak dilafazkan hanyalah mampu menadah tangan sambil berlinangan air mata tanda "penjat syukur kepada Allah yang tidak terhingga".. Dalam masa yang sama, berjuta-juta terima kasih kepada GREAT EASTERN Financial Advisor yang datang menyerahkan cek. Menangis kerana malu dahulunya menjadi penentang no. 1 takaful di dunia. Penentang no. 1 apabila si suami menyuarakan keinginan untuk mula menyimpan dengan GREAT EASTERN TAKAFUL, menjadi penentang no. 1 plan-plan yang menggunakan pepatah "menyediakan payung sebelum hujan" kerana yakin kami masih muda, masih kuat bekerja tak perlukan insuran hayat kerana kami mampu kumpul duit sendiri untuk tanggung kos rawatan dan tanggung keluarga jika terjadi apa-apa..dan kemungkinan besar tak terjadi apa-apalah lagipun kami kan sihat walafiat je. tak ada penyakit... 

Ini kisah benar..yang saya suka untuk kongsikan dengan semua sahabat sekalian.jadikan ikhtibar jika ianya berguna. Tiada yang lebih baik daripada wang ringgit di saat kita ditimpa kesuasahan. risiko di mana-mana...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.Percayalah, tiada satu sahabat pun yang sudi menghulurkan derma RM100,000 di saat kita ditimpa musibah hanya "sabar, sabar, sabar..." yang tidak langsung menambahbaikkan keadaan hanya sekadar ucapan melepaskan batuk di tangga. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"..Renung-renungkan. 

Say yes to TAKAFUL. kepada yang sudah mempunyai takaful TAHNIAH kepada diri sendiri kerana anda telah menyelamatkan masa depan anda dan orang yang anda sayangi di sekeliling anda serta mampu mendidik diri menabung secara disiplin dan dalam masa yang sama menikmati faedah-faedah yang dikongsi bersama pencarum-pencarum TAKAFUL. Yang masih tertinggal bas tu, mulakan hari ini kerana "anda tidak mampu mengubah arah tiupan angin, tetapi anda mampu mengubah layar kapal kerana andalah nakhoda sesebuah pelayaran kapal di lautan"...

Yang mana menjadi keutamaan di saat kesusahan ?
Kad kredit
 kad ATM
Kad Perubatan

Kajian:
Kad kredit - dah tak boleh kerja tambahkan hutang lagi??sapa nak bayar nanti
 kad ATM -  Nak guna pun, mana ada duit dalam tu...dah habis selepas 5 hari gaji masuk
Kad Perubatan - ada sejumlah wang tersimpan RM720,000 + pampasan RM200,000 +++


2 comments:

  1. Cerita benar yg harus diambil iktibar..semoga lebih ramai yg akan sedar kepentingan insurans ni...TQ for the article dear...menginsafkan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature