Followers

Friday, September 25, 2020

10 Idea Genius Bilik Mini Laundry di Rumah Untuk Ruang Sempit


Saya tengah google dengan gile-gile designs mini laundry di rumah memandangkan rumah saya pun, tak ada ruang untuk laundry. 

Tapi saya masih berimpian nak adakan satu mini laundry yang boleh berfungsi untuk semua ahli keluarga. Tujuannya lebih kemas, sistematik dan tersusun.

Alang-alang dengan aktifnya saya mencari "layout" reno untuk laundry ini, saya rasa korang pun boleh juga guna sebagai isnpirasi dan tips bila nak adakan mini laundry di rumah nanti.

Ok, tipsnya yang saya jumpa






1. Gunakan sepenuhnya ketinggian ruang yang ada


 

Kalau ada washer & dryer. Tepi-tepi letak mop,sabun basuh, towel dan lain-lain.

2. Letakkan mesin basuh selevel mata dan tangan kita. Supaya tak perlu membongkok atau panjat kerusi ketika membasuh.

               


3. Panggil orang kabinet buat rak atas mesin. Terutama untuk mesin basih jenis buka dari atas. Saya punya pun top loading washing machine.

                


Ni saya jumpa di "View along the way.com". Ada custom kabinet di atasnya. 

4. Wujudkan tempat menggantung. Mungkin ada baju-baju yang tak boleh dimasukkan ke dalam mesin, boleh cuci dan gantung sahaja.

Kemas kan? Kita imagine dulu.

5. Storage dalam kabinet mesti ada tempat untuk letak mop dan macam ni. Sebab tu kena custom. Kita je tahu apa kita guna. Contohnya mop tu kan tinggi. Terus je buat macam ni. Kita kena cadang dan beritahu kontraktor dari awal.

Setiap ruang yang kita ada perlu berfungsi dan boleh digunakan sepenuhnya. Bukan sekadar cantik di mata.

6. Pilihan pintu kabinet laundry kita boleh pilih yang berlipat. Kalau terbuka mungkin buat kita tak selesa nak basuh baju. Rasa terkurung atau berlanggar dengan daun pintu ketika bekerja.

Boleh lipat ke tepi dinding. Tak semestinya kiri kanan. Lipat sebelah je. Jadi rasa terbuka bila membasuh. Dah sudah boleh tutup balik.

7. Bila sebut laundry, jangan lupa tempat gosok baju. Seperti di dobi. 


Contoh yang saya jumpa. Iron board tu boleh dilipat ke dalam. Sesuai la ruang kecik kan. Compact! Ada tapi tak nampak. Mata pun tak sakit.

8. Wall mounted holder

Ok tadi kan kata buat kabinet untuk mop dan penyapu. Contoh dia macam ni. Siap-siap buat holder jadi sangat kemas dan cun.


 

9. Untuk jimat lagi ruang, jangan pakai bakul baju. Pakai bag macam ni, gantung belakang pintu kabinet untuk letak baju kotor yang tunggu dibasuh.

Saya kurang minat macam ni. Tapi kalau ada yang suka boleh. Lama-lama roboh pulak pintu kabinet. Haha

10. Last ni paling berguna. Rak yang boleh adjust. Kadang-kadang terbeli sabun yang tinggi dia berbeza daripada sebelum ni. Jenuh juga nak cari yang ketinggian botol sama je setiap masa. Kadang-kadang nak ubah bauan atau selera. Ni adalah yang terbaik.

Tu je 10 tips yang boleh ditimbang tara sebelum buat mini dobi di rumah. Lengkap, cantik dan tak rugi sekaki pun ruang yang ada. Tak mahu bazirkan ruang yang ada.

Semoga berguna dan bermanfaat. Kalau tengok majalah atau pinterest, tunjuk yang cantik sahaja walaupun yang kurang fungsi dan tak guna langsung. Tu dipanggil "easthetic" dalam kabinet. 


Bye! Hasbah Juwaini.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature