Followers

Thursday, May 17, 2012

Takaful vs Insurance – Jangan Biarkan Diri Anda Dibelenggu Misteri

Ramai orang tanya saya, boleh ke amik insuran ni??Bukan haram ke??....so di sini ingin saya terangkan secara terperinci tentang GREAT EASTERN TAKAFUl dan konsepnya yang berasakan syariah...

Takaful vs Insurance – Jangan Biarkan Diri Anda Dibelenggu Misteri
takaful vs insurance

Takaful vs Insurance, Adakah Ada Kelainannya?

Apakah anda tahu perbezaan antara insurance Takaful dan Insurance Conventional. Didalam post kali ini saya akan cuba merungkai apakah yang menjadi perbezaaan dan kalainan diantara Takaful vs Insurance.
Secara mudahnya, insurance Takaful adalah konsep tolong-menolong dan saling jamin-menjamin diantara peserta Takaful. Ini bermakna setiap pampasan yang diterima oleh setiap peserta Takaful adalah sumbangan dan wang terkumpul dari peserta-peserta Takaful yang lain.
Jadi, apabila anda masuk dan menjadi peserta Takaful, sebahagian duit caruman anda akan dimasukkan didalam dana tabungan atau dana Tabarru’ dan sebahagian lagi akan dilaburkan oleh syarikat pengurusan takaful seperti Great Eastern Takaful Sdn Bhd.
Ini bermakna apabila anda menjadi peserta Takaful, anda telah mendermakan sebahagian duit anda untuk membantu peserta-peserta lain yang lebih memerlukan.

Adakah ini bermakna duit simpanan saya akan berkurangan?
Memang untuk beberapa tahun pertama duit simpanan anda akan dimasukkan didalam dana Tabarru ini. Namun pada tahun ke-7, wang simpanan anda akan dilaburkan dan simpanan anda akan berkembang dengan pesat tanpa dimasukkan didalam dana Tabarru lagi. Ini bermakna anda akan mendapat simpanan anda kembali beserta keuntungan didalam masa 20-30 tahun simpanan anda bersama kami.
Tetapi jika anda ingin menamatkan polisi Takaful anda, anda boleh lakukannya bila-bila masa tanpa ada syarat @jangkamasa tambahan yang ditetapkan.
Berbanding dengan Insurance, simpanan Takaful dipantau oleh jawatankuasa/panel Syariah yang ditugaskan khas bagi memantau segala aktiviti syarikat dan pelaburan syarikat. Oelh itu pelaburan anda dijamin selamat dan Halal.

Apakah kelebihan menyimpan bersama Takaful jika simpanan didalam ASB lebih baik dan menguntungkan?
Jika anda menyimpan didalam ASB apabila musibah menimpa anda, anda akan mendapat semua simpanan anda beserta dengan faedah pelaburan.
Namun jika anda menyimpan bersama Takaful, anda bukan sahaja mendapat kembali simpanan anda itu beserta dengan keuntungan. Malah anda akan mendapat pampasan yang banyak melebihi simpanan anda (sebagai contoh anda boleh mendapat pampasan dari RM 10,000 sehingga RM 1 juta pampasan).
Bukan setakat itu sahaja. Anda akan mendapat manafaat medical card sepanjang polisi anda bersama kami dan pelbagai manafaat tambahan seperti manafaat kemalangan, manafaat elaun hospital, Early Payout Critical Care, khairat kematian, provider rider dan contributor rider. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pakej Medical Card Takaful kami, sila klik link disediakan.
Itulah kelebihan simpanan anda bersama pakej Takaful kami.  Takaful vs Insurance, apakah bezanya pula?

Jadi apa pula kelainan antara Takaful vs Insurance?

Konsep Insurance Conventional pula adalah  peserta membayar premium atau caruman kepada syarikat Insurance dan syarikat insurance itu akan menjamin peserta tersebut.
Ini bermakna apabila seserang peserta Insurance mengambil pelan Insurance Conventional, mereka telah melakukan urusan jual beli yang gharar dan haram disisi Agama kita.
Sebab itulah apabila anda menganbil pelan Insurance, orang mengatakan bahawa anda telah membeli sehelai kertas yang memberikan jaminan pampasan beserta keuntungan pelaburan yang samar dan tidak menentu.
Oleh itu apabila anda mengambil pelan Takaful, anda bukan sahaja mengambil pelan yang dijamin Halal disisi Islam. Anda juga telah melakukan ibadah derma yang berterusan setiap bulan kepada umat-umat Islam yang lain yang lebih memerlukan. Dan tindakan anda ini semestinya dikira Ibadah dan selama mana anda mangambil pelan Takaful kami, pahala anda akan meningkat dari hari ke hari.
Sebab itulah diantara Takaful vs Insurance, Takaful lebih baik dan bermanafaat untuk umat Islam.
Renung-renung dan fikirkanlah… Jangan buang masa lagi, marilah sama-sama kita menyokong dan berlumba-lumba untuk menambah pahala dengan menjadi peserta pelan Takaful dari Great Eastern Takaful. Hubungi saya sekarang juga!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAKAFUL & FINANCIAL Enquiry form

Name:
Email Address:
IC number(applicable for malaysian only)
Occupation
Weight (berat)
Height (cm)
handphone number/whats app no:
Medical History 1. Healthy
2. Just warded(<2 months)
3. Unhealthy

This contact form was created by Freedback.

signature

signature